Tuesday, April 14, 2015

KELAHIRAN ... BAGI KU ISTIMEWA






Hari minggu ni, cuaca damai sekali, Abi telah keluar pergi bermain badminton bersame2 kawannya, tinggal la anak sulung sorang ni dengan Umi kesayangannye. Pagi ini die bercadang untuk memetik petai di belakang rumah untuk dimasak sambal bilis petai kegemaran abinye. Kakinya melangkah laju menuju ke pintu dapur akan tetapi terhenti seketika di hadapan stor yang sudah lama tidak dimasukinya. Die membelek2 buku koleksi abinya.


"Eh, abi ade buku pink, haha, lawak la abi ni". Matanya tertangkap satu ungkapan yang disertakan dengan nukilan panjang, KELAHIRAN ... BAGI KU ISTIMEWA ... Die mula membacanya.



...........................................



Malam ini aku menulis buat kali pertamanya dengan bergelarkan seorang Abi. Allah, Alllah, Allah ... Kisah malam ni Abi tak boleh lupakan, saat Umi mengadungkan anak sulung ku, Along, Abi tiada di sisi Umi, banyak masa Abi terpaksa memenuhi tuntutan membawa Murabbi Abi ke tempat ceramahnya. Memandangkan hanya Abi yang masih tinggal dekat dengannya, maka Abi lah yang bertanggungjawab dalam menolongnya ke mana2, dalam bahkan luar negeri Abi pergi. Musafir hidup Abi sejak bujang memang macam tu.


Malam itu Umi telefon abi, Umi tanye Abi, Abi dah makan ? Abi jawab belum. Menjadi kebiasaan Abi untuk telefon Umi dahulu untuk memberitahu Umi yang Abi akan makan. Kalau di rumah kami makan bersama, rase kosong kalu makan asing2. Abi suap Umi, Umi suap Abi. Tapi malam tu tidak. Musafir Abi melenyapka saat itu sebentar. Umi faham kerja Abi. Umi redha sejak kami berkahwin lagi. Panggilan malam tu, Umi beritahu Abi yang Along bermain2 dalam perut Umi. Along dijangka hadir ke muka bumi Allah ini seminggu lagi. Abi suka bila Umi letak telefon di perut Umi, seakan degakan yang berbunyi itu adalah suara Along yang ingin bercakap dengan Abi. Selepas itu, kami meneruskan hal masing2.


Tidak lama selang beberapa jam, Umi menghubungi Abi sekali lagi hanya sekadar untuk memberitahu yang Umi akan tidur sebab berasa penat. Abi membalas ucapan Umi dengan bacaan doa tidur. Kebiasaan bila tidur, kami akan tidur sebantal. Lengan Abi menjadi bantal Umi. Nikmat cinta kami Allah bagi pinjam begitu lama sehinggakan tiada hujungnye. 


Ketika Abi mula berangkat ke rumah, Umi menelefon lagi. Kali ini suara Umi desahnye lain. Umi bagaikan menangis kerana merasa sakit ingin melahirkan Along. Habis semua sahabat dan jiran Abi telefon tapi tidak berangkat, mungkin mereka tidak perasan. Perjalanan ke rumah lebih kurang dalam masa 1 jam setengah. Abi resah. Murabbi Abi menguatkan Abi. Tiba2 Umi hantar mesej kepada Abi.


"Umi sedang drive, doakan kami selamat sampai ke hospital".


Allah, tindakan gila ape Umi ni. Abi dah tidak keruan. Air mata Abi mengalir. Malam itu Abi memandu dengan laju sekali. 160 - 180 km/h. Murabbi Abi terus memberi kata2 untuk menguatkan jiwa Abi, tapi otak Abi terus memikirkan Umi yang sedang sakit. Abi pantang dengar Umi mengaduh, walaupun Umi tercucuk tulang ikan dijarinya. Deru angin yang masuk ke kereta membuatkan abi terus membelah selekoh malam tanpa menghiraukan bahaya menjengah. Sememangnye skill pemanduan laju Abi manfaatkan sebaiknya, demi Umi, demi Along.


Tiba di hospital, dalam bilik Umi masih lagi mengerang kesakitan. Pantas Abi mencium tangan dan dahi Umi. Dahi Umi berpeluh teruk. Abi mengingatkan Umi untuk terus mengingati Allah. Umi tidak dapat meneruskan deliver sebab pintu rahim Umi masih terbuka sedikit. Umi semakin lemah. Kondisi Umi begitu teruk, abi tidak pernah lihat sebelum ni. Tangan Umi abi genggam erat2, mulut Abi terus menguatkan Umi dengan zikrullah. Doktor datang memberitahu yang Umi perlu lakukan pembedahan sebab tali pusat Along melilit leher Along. abi menahan kuat air mata Abi demi sebuah semangat kuat kepada Umi. Umi dibawa ke bilik bedah. Doktor tidak membenarkan Abi masuk tapi Abi degil, abi naik tocang melawan perintah doktor. Abi melihat satu2 operasi perut Umi dibelah. Muka Abi terus mengadap Umi yang kini sudah tidak bermaya. Air mata Umi Abi lap kerana terlalu banyak. Doa munajat terus abi panjatkan semoga semuanya selamat.


Alhamdulillah, tepat jam 10.30 malam Along selamat dikeluarkan dari perut Umi tapi doktor mengesahkan yang Along tidak menangis, Abi tidak keruan. Umi terus lemah. Abi menyuruh doktor uruskan Along. Badan Umi Abi peluk erat. Air mata Abi jatuh. Umi tiada berkata. Abi mintak Umi terus kuat, terus membuka mata tapi tangan Umi menarik baju Abi merapatkan telinga abi dimulutnya.


"Abi, tengok Along. Die sorang2 kat sana"


"Tidak sayang, doktor sedang uruskan Along. Abang takkan tinggalkan sayang sorang2"


"Anak kite perlukan kite".


"Abang takkan ... "


"Kalu abang sayang Umi, tengok Along cepat"

Kata2 ini sangat berat untuk abi pertimbangkan. Dengan semangat yang ada, Abi pergi tengok Along di bilik rawatan sebelah. Along masih lagi tidak bergerak. Perlahan doktor memberitahu Abi yang Along dah tiada kerana lemas. Tapi naluri Abi kuat mengatakan yang Along masih lagi ada. Abi mengangkat Along lalu dibaringkan di dada Abi. Dengan selawat, Abi mengosok2 belakang Along tapi Along masih lagi tidak bergerak. Dengan izin doktor Abi membawa Along ke Umi. Abi baringkan Along di atas Umi. Belakang Along terus Abi usap berserta selawat. Tiba lama lepas tu terdengar suara rengetan Along. Allah, Allah, Allah, tiada kata lain selain syukurillah. Kami berhujan air mata dan memeluk Along bersama2. Alhamdulillah, Along sihat. Laungan iqamah di telinga Along Abi laksanakan di sebelah Umi. 


Peristiwa ini banyak mengajar Abi. Umi, Along, dua jiwa Abi yang Abi sayangi. Semoga Along menjadi insan solehah untuk terus menyambung rantai dakwah Rasulullah SAW ...


...............................................


"Adakah aku kini anak yang solehah ? Along bermonolog sendiri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...