Thursday, March 12, 2015

PERTAMA KALINYA



Matanya jauh merenung ke ruang laman. Kadan2 ade bayangan petang pohon rendang di mukanya. angin petang kali ni damai sekali menandakan kemarau baru tamat. Ruang kerjanya tiba-tiba dipenuhi suara along yang datang entah dari mana pun dia tak perasan.

"Abi.... "

"Ye..."

"Uitt, knape bi ?"

"Ntah la"

"Ha? Ntah? Abi ni dah kenape? " Tangannya mula merayap ke bawah ketiak abinya sambil berpaut di tangan abinya seperti buaian.

"Abi rindu umi eh? Along tau".

"Tak la"

"Dah tu kenape? Tak pernah2 Along tengok muke Abi macam ni".

"Along nak tau something tak?"

"Of course la nak, ape die Abi?"

"Dunia dah nak kiamat Along", sambil tangannya mengangkat badan kecil anaknya ke riba, mereka masing2 memandang ke laman. "Tak lame lagi Islam akan menang dan dunia ini akan hancur setelah semua kejahatan dihapuskan dengan kuasa Allah swt".

Along terdiam. Dia hanya mendengar ape yang Abi ingin sampaikan. Abi menyambung lagi.

"Manusia dah tak nampak akhirat sayang. Manusia dah betul2 hanyut dalam keparahan jasad mereka sendiri. Nafsu menjadikan mereka seperti manusia yang berakal tapi buta segala2nya. Dan kita juga akan berpisah suatu hari nanti dengan fasa kematian yang kita tak tahu bila masanya. Mereka2 yang berjuang dalam topeng perjuangan Islam tetapi mereka menghancurkan tentera Allah dari dalam secara diam2 akibat kerakusan kuasa dan tidak menguasai sepenuhnya sumber daripada Al-qur'an dan hadis juga dari sejarah nabi2 terdahulu".

Tanpa sengaja air matanya mengalir.

"Abi nangis ?" Tangannya lembut menyapu air mata di muka abinya.

"Along beruntung sayang. Alhamdulillah, Along dilahirkan dari rahim umi dan abi yang telah didedahkan dengan suasana dan didikan tarbiah. Abi dulu tidak dapat merasai nikmat seperti kamu sayang. Inilah yang menjadi dorongan kuat Abi dalam perjuangan dakwah Islam. Abi bina ini agar kita lebih menghayati hidup kita dalam mengamalkan sunnah2 nabi yang mana mereka di luar sana amat kehausan kenikmatan ini seperti abi dahulu sayang".

"Kalu bumi dah kiamat atau kematian datang, Along nak duduk dengan siapa Abi?"

"Along sayang, kematian itu datang tidak kira umur atau siapa diri kita, asasnya dari mana kite semua datang, di situlah kite semua akan kembali dan semua akan merasai detik kematian itu. Kalu ade antara Abi atau Umi atau Along sendiri yang pergi dulu, kite sebagai khalifah kena teruskan perjuangan. Kematian adalah perpisahan sementara. Kalu kite kuat doa insya Allah , Allah akan pertemukan kite balik".

Along bangun lalu memeluk abinya.

"Along sayang Abi. Along sayang Umi. Kalu Abi dengan Umi pergi nanti, Abi jangan la risau, Along akan terus lakukan seperti yg Abi ajar"

"Di mana kita, Allah lah yang paling dekat dengan kita".

"Ye Abi, Along faham".

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...