Sunday, June 22, 2014

PERGINYA SEORANG MURABBI, USTAZ ABU BAKAR CHIK





Al- Fatihah buat Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik yang telah kembali rahmatullah dalam satu tragedi kemalangan jalan raya di Lebuhraya Bukit Besi sebaik pulang dari program di Shah Alam malam tadi.

Jenazah Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik akan disembahyangkan pada jam 5.00 petang ini. Jenazah kini berada di rumah beliau bersebelahan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT)











Sumber : FB Ustaz Abu Bakar Chik Full & Pemula Langkah

Monday, June 16, 2014

100,000 PAGEVIEW !!!







Alhamdulillah, terima kasih kepada semua sahabat2 akhi,
walaupun di mana sahaja kalian berada,
akhi harap ape yang akhi kongsi kat sini
dapat same2 kite amik sesuatu daripada ape yang ingin
akhi sampaikan ^^....



Saturday, June 14, 2014

LIRIK BROTHERS FT WAHEEDA - SATU MISTERI




Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa


Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia


Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita


Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja



Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita


Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namu harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa


Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita


Yang tiada pernah memungkirinya janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

Wednesday, June 11, 2014

PERSIS MUTIARA




Biar ku tunduk bisu
Aku tahu
Gelora hatiku
Ku mahu
Aku lafazkan rindu


Biar ku hanya diam
Aku selam
Jiwau terdalam
Perasaan cintaMu yang ku pendam


Kata paling terindah
Tak mungkin bisa ucapkan
Hakikat rasa yang ku rasakan


Pabila ku renung ke alamMu
Terlihat ku hatiMu kasih
Persis mutiara


SinarMu mendamaikan
Pergolakan
Insan yang lelah mengembara


Tak terbilang dosa-dosa aku
Titis hujan airmata
Tenang sebentar hanyut semula




Monday, June 9, 2014

KETIKA INI TUHAN-KU





Ketika ini Tuhan ku...
Hanya ada aku dan Kamu
Kutinggalkan sebentar nikmatnya dunia
Untuk bangun dan merintih kepada-Mu


Ketika ini Tuhan ku...
Ujian tidak berhenti-henti menduga
Aku mengaku bukan mudah untuk kulaluiny
Kerana aku juga manusa biasa yang tidak sempurna apa-apa


Ketika ini Tuhan ku...
Aku rela segala hidupku
Hanya untuk aku gunakan pada-Mu
Meskipun datang badai dan gelombang
Yang tidak berhenti menyapaku


Ketika ini Tuhan ku...
Berikan aku semangat itu
yang pernah dimiliki para kekasih-Mu
Agar akhirnya kelak
Aku mampu mengikuti jejak mereka
Di dalam indahnya syurga-Mu

Saturday, June 7, 2014

TARBIYYAH SEORANG RIDER






Assalamualaikum sahabat2 akhi, ye ye, akhi tau akhi da botak skrg^^ haha


Alhamdulillah, sejak2 ade motor ni, akhi da naik 'gatal' jadi seorang RIDER KENTAL!!! ^^ Pegi mane2 pun naik motor, walhal balik klate pun akhi naik motor...


"Uishhh, tak sakit pinggang ke boh??"


" Tak eh, jiwa memg suke travel, cmni la, huhu".


Sebenarnye ramai yang anggap golongan brader2 motor ni xmolek,
teruk,
perosak masyarakat,
mase tak cerah la
tapi..


adakah sahabat2 terfikir ape yg diorang hadapi time diorang ngah travel?


Akhi bg gambaran skit, pernah tak tgok
bangkai kucing ke, bangkai lembu ka tgah2 jalan??
mengharungi perjalanan di bawah sinat mentari terik,
kekadang tu hujan lebat sampai kene berhenti bawah pondok tau surau2,
menghadapi detik menghampiri kematian,
same ade melibatkn kete, MPV, bas tau lori??
atau sesame sendiri??

hhmmmm....

sbenarnye sume2 yang ade tu mendekatkan diri brader2 motor ni dekat kpd Allah,
mereka2 ni lebih alert ngan kematian dan jiwa roh tarbiyyah itu sendiri.

Terdapat 1001 cter2 muhasabah di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, so, akhi nk share skit moment spnjg perjalanan balik ke klate tempoh hari, ni trip akhi yg ke 3 balik ke klate as RIDER KENTAL!!!^^ haha




Pit stop di UIA Kuantan






Time hujan lebat^^



Menyingkap panorama di jambatan ngah2 jalan^^





Nasi Kukus = RM7.00, waaaaaa ^^



Di Masjid Batu 7, Dungun



Poster kreatif^^









Di rumah sahabat^^



Bersama Baby Nuha ^^



Dinner jap ^^


"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah maka sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal". (QS Al Baqoroh : 269 )




Ni adik akhi, Azfar Azahan, elok akhi sampai kt umah, ngah geliat2 atas tilam, 
die datang terus bace depan akhi ^^ huhu,
jadi ustaz jap...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...