Wednesday, January 15, 2014

ANTARA DUA CINTA




Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman.

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang.

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mencengkam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mangumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.


PAHROL MOHAMAD JUOI 

MENUTUP AURAT ITU FITRAH




"Menutup aurat adalah
fitrah yang seiring dengan 
naluri manusia yang telah
dibekalkan oleh Allah SWT.
Perasaan malu pula
dijadikan pendinding dan
kubu yang kukuh untuk
mengiringi keperluan manusia 
menutup aurat." 

KELEBIHAN 'IBU' AL-QUR'AN




Al-Fatihah ialah pembuka al-Qur'an. Ia menjadi rukun dalam setiap rakaat solat. Ia mempunyai pelbagai nama, antaranya Fatihah al-Kitab, Um al-Kitab, Sab'u al-Mathani dan lain-lain. Surah ini mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadis.

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata: "Ketika malaikat Jibrail sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara pintu dibuka di atasnya. Jibrail kemudian mendongak ke langit dan berkata: 'Itu ialah suara pintu langit dibuka dan sebelumnya tidak pernah dibuka sama sekali melainkan pada hari ini. 'Lalu turun satu malaikat dari pintu tersebut yang mana malaikat itu tidak pernah turun melainkan pada hari ini."

"Maka ia menemui Nabi SAW dan berkata: 'Hendaklah engkau bergembira kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, iaitu surah al-Fatihah dan beberapa ayat pada akhir surah al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf pun daripada kedua-duanya, melainkan apa yang engkau pohon pasti akan dimakbulkan oleh Allah."

9 CARA MERAIH KETENANGAN




1. Lemah lembut

2. Berlapang dada

3. Menjaga kemuliaan diri serta mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi

4. Mencari keredhaan Allah

5. Tidak berdendam malah mendoakan

6. Memaafkan orang lain, antara cara "membasuh" hati

7. Menamatkan sebab-sebab yang boleh membawa kepada kemarahan

8. Menjaga maslahah umum

9. Mengingati kebaikan orang lain walaupun sedikit

BUKAN CINTA KUBURAN

" Syaitan suka berkeliaran dalam
rumah tangga kita.
Mengapa?
Kerana rumah kita jadi 
kuburan, bukan jadi masjid. Banyak
perkara-perkara mungkar 
dalam rumah kita yang
menyebabkan syaitan suka 
bertandang".




"Cinta yang meminggirkan
cinta Allah
amat rendah mutunya dan
tidak tahan uji. Apabila wajah kendur,
cinta luntur.
Apabila kemudaan hilang,
sayang terus melayang.
Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, 
malah boleh meningkat lagi
rasa cinta walaupun 
perubahan fizikal berlaku
kerana
tapak cinta itu di hati,
bukan di mata. 

MELIHAT DENGAN MATA AKAL




Suatu kaedah pendidikan Islam berbunyi:

"Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti
mana orang tuamu mendidikmu.
Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang
berbeza dengan zamanmu".

Tuesday, January 14, 2014

BIODATA RASULULLAH SAW




NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib

TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah. TEMPAT
LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama: Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama: Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :

1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :

1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas)


#SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW...Allahummasolli'ala Muhammad...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...