Wednesday, May 14, 2014

PERGINYA SAHABAT KU, SHAIFUL IDLAN






Sahabat,
Kau pergi dulu sahabat.


Saat mendengar khabar itu,
Hati ini mula risau,
Hanya mengharap bait2 harapan,
Rupanya berita itu sahih,
Gugur jantung aku sahabat,
Aku tidak percaya ini semua,
Tapi itulah takdir.


Sujud dhuha aku diakhiri dengan linangan air mata,
Langkah ku haru mendapatkan sahabat yang lain,
Mereka setujuan dengan ku,
Ingin bertemu dengan mu buat kali terakhirnya,
Suasana hiba meneyelibungi sepanjang 2 jam perjalanan.


Kami ke teratak nenda mu,
Tapi kamu belum tiba lagi,
Masih lagi di sana.


Asar hari ini ditutupi awan mendung,
Seakan-akan sedih akan kehilangan mu,
Angin sejuk bertiup menyeliputi kami semua.


Setelah lama menunggu,
Akhirnya jasad mu tiba sahabat,
Aku mengiringi mu sehingga saf hadapan,
Kau diimamkan oleh ulama’ sahabat,
Bertuah kamu sahabat.


Setelah kamu disolatkan,
Aku mengangkat keranda mu,
Di bawa ke tempat sementara mu,
Aku tidak sempat melihat wajah mu sahabat.


Sebaik talkin dibacakan,
Hujan kecil menyirami kami,
Allahuakbar sahabat,
Inikah pertandanya sahabat?
Petandannya amalanmu diterima olehNYa?


Sebelum kami pulang,
Ku peluki ayahanda mu,
Dia amat sedih sekali sahabat,
Tapi sahabat,
Aku percaya,
Dia berjaya melahirkan seorang mujahid,
Ia adalah kamu sahabat.


Langkah pulang kami berat sahabat,
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku,
“Jangan tinggal sahabat!!!!”
Tetapi,
Kali ini aku terpaksa sahabat,
Kerana kami perlu teruskan perjuangan ini,
Dia sayang kamu,
Dia cinta kamu sahabat.


Tinggallah kamu bersama para solihin,
Para syahid yang lain,
Insya Allah,
Kami bakal menyusuri mu.



# Buat epul, acap doakan epul bahagia di sana. Epul, terima kasih. Terima kasih epul. Terima kasih kerana pertemukan acap dengan sahabat yang lain. Berehatlah epul, enta penat mungkin, sebab tu Allah rehatkan enta, Allah mahu kami teuskan perjuangan ini. Perjuangan ini penuh dengan ujian. Ini ujian kepada yang kehilangn mu epul. Alhamdulillah, epul takda berhutang dengan acap, kalu ade pun, acap dah lama halalkan. Duit acap, duit sahabat. Acap tak berkira dengan sahabat. Inilah pesan Abg Faisal kepada acap. Epul, enta memang hebat. Enta contoh terbaik sahabat2. Enta seorang tokoh di mata kami. Berehatlah epul, tunggulah kami epul. Laungan takbir enta akan sentiasa acap ingat. TAKBIR!!!! 


...........................................................



Detik perpisahan kita


Alam sedih akan permergianmu epul




Ketika kami disamping pusara mu, epul


bait2 terakhir epul : http://www.youtube.com/watch?v=Ch07ESxH-Zc&feature=youtu.be

1 comment:

sfw said...

salam alaik...
baru juga dpt khbr dr teman2 di UMP tentang pemrgian arwah,,masih teringat kenangan ketika pertandingan debat ASEAN 2013 ketika menentang UMP...
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
-Salam takziah daripada kelab debat Arab UKM-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...