Saturday, February 15, 2014

KEMBALI KE JEJAK


"Ya Allah, maafkan akhi, agak lame tinggalkan sahabat2 di sini. Akhi memohon seribu kemaafan kerana kekhilafan ini. Sejujurnya akhi ada masa dan komitmen yang agak berat di luar sana. Duhai sahabat2 akhi, akhi memohon untuk tempoh lebih kurang setahun lebih yang mendatang ini, sahabat2 akhi dapat mendoakan akhi untuk sentiasa teguh di jalan perjuangan ini. Tidak cukup tangan dibuatnya. Kini, menggalas amanah yang besar di UMP menambahkan lagi jurang antara kita. Sebab tu akhi ambil pendekatan untuk share perkara2 yang sesimple mungkin, agar ukhwah kite tetap utuh."^^


Akhi nak share sikit sedutan projek akhi...


...................................................


Jam menunjukkan jam 3 pagi.

“Ameer, Ameer, Ameer…”

Ameer membuka matanya perlahan-lahan.

“Ya saya..” jawabnya perlahan.

“Kamu nak bertahajjudkan?”

“Ya.”

Ameer tidak dapat mengecam raut wajah yang menegurnya itu. Keadaan ketika itu sedikit gelap. Dia hanya mampu melihat sekujur badan berjalan berlalu pergi sambil memakai jubah hitam tanpa kopiah dan bertubuh seakan-akan dirinya.

“Siapa dia ni?” Dia bertanya kepada dirinya sendiri. Matanya masih lagi tidak boleh membuka normal kerana diselaputi dengan tahi mata yang melekat.

“Bila pula aku pesan kepada orang lain untuk kejutkan aku. Hhmmm, lantak la. Allahuakbar .” Mulutnya masih lagi menguap.

Dia mula mengangkat badannya yang berat itu untuk ke tempat wudhu’. Seterusnya, dia terus membaitkan kata-kata cinta kepada kekasih abadinya itu di dalam tahajjud cintanya itu.


“Allahuakbar.”


...................................................



"Eh, macam...."

"Ssshhhh, insya Allah akhi akan bagitau kemudian. Same ade realiti atau rekaan, yang tu pun nati akhi bagitau balik. Cume akhi nak mention yang ni merupakan salah satu projek akhi berduet dengan salah seorang lagenda PTS. Siapa? Kena la tunggu, kalu tak, tak suspen la kn^^haha. Pape nanti, akhi bagitau balik. Akhi cume harapkan doa dan sokongan daripada semua sahabat2. Semoga apa yang akhi lakukan ni diberkati dan dikira sebagai jalan dakwah disisi Allah.^^






Teringat kenangan lame^^
Terima kasih ustazah SuteraUngu^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...