Wednesday, January 15, 2014

KELEBIHAN 'IBU' AL-QUR'AN




Al-Fatihah ialah pembuka al-Qur'an. Ia menjadi rukun dalam setiap rakaat solat. Ia mempunyai pelbagai nama, antaranya Fatihah al-Kitab, Um al-Kitab, Sab'u al-Mathani dan lain-lain. Surah ini mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadis.

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata: "Ketika malaikat Jibrail sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara pintu dibuka di atasnya. Jibrail kemudian mendongak ke langit dan berkata: 'Itu ialah suara pintu langit dibuka dan sebelumnya tidak pernah dibuka sama sekali melainkan pada hari ini. 'Lalu turun satu malaikat dari pintu tersebut yang mana malaikat itu tidak pernah turun melainkan pada hari ini."

"Maka ia menemui Nabi SAW dan berkata: 'Hendaklah engkau bergembira kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, iaitu surah al-Fatihah dan beberapa ayat pada akhir surah al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf pun daripada kedua-duanya, melainkan apa yang engkau pohon pasti akan dimakbulkan oleh Allah."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...