Tuesday, October 29, 2013

MENJIWAI ALAM


 Selepas makan malam, sahabat akhi, Mujahid membawa akhi ke tempat terpencil di UMP. Ya Allah, cantik btoi area2 ni. Maka terjadi la sesi fotografi yg comei2 ni^^















Mujahid: Simpan gambar ni, ana nak mati dah.
Akhi: Ana pun...

Monday, October 28, 2013

KEBARA UMP - REHLAH UKHWAH 1.0





Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi sedikit peluang kepada akhi untuk share something pada kali ni. Alhamdulillah, semalam dengan izin Allah SWT, team KEBARA UMP telah berjaya menjalankan REHLAH UKHWAH 1.0 bertempat di Pantai Sepat, Tanjung Lumpur, Kuantan. Walaupun hujan program tetap dapat dijalankan dengan lancar.


Detik2 kenangan^^



MC program, Akhi Hanif^^



Pengasas KEBARA UMP, Akhi Hassanal dan Presiden KEBARA UMP, Akhi Shaiful Idlan^^



Modul sedang dijalankan



Peserta menjawab pertanyaan







Setiausaha 2 KEBARA UMP, Kak Husna (kanan)









Akak2 senior pun join jugak^^ 








Tukang BBQ^^



Unit makanan, Kak G dan Kak Mizah



Kenangan terindah, bawak makanan dalam hujan ngan payung besar^^





Sama2 menikmati juadah^^best sgt



Sesi fotografi




Alhamdulillah, walaupun beberapa rintangan yang dihadapi kami tetap berjaya menjalankan program ini buat pertama kali. Sokongan daripada semua pihak amat kami hargai. Akhi tak sangka bantuan Allah tiba disaat kami terkontang-kanting untuk setup program ni. Sangat bersyukur^^. Insya Allah, team KEBARA UMP akan menjalankan lagi beberapa program mungkin dengan kerjasama kelab2 dan badan2 tertentu. To all UMPians, nantikan saje k^^.

Tuesday, October 22, 2013

LIRIK MAWI FT AC MIZAL - AL HAQ... YANG SATU





(Mawi)
Ya Allah
Berikanlah daku petunjuk
Agar bias ku meneruskan hidup
Agar bias ku berjalan di jalan yang lurus

(AC Mizal)

Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatiMu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragaMu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
Dibawa dosa pahala,
Hidup di dunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)

Ku bersujud padaMu,
Berdoa pada yang Satu,
PadaMu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk dariMu,
Berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganMu.

Ya Allah
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah
Ya Allah
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)

Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata-kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita


(Mawi)

Ku bersujud padaMu,
Berdoa pada yang Satu,
PadaMu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk dariMu,
Berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganMu.

Ya Allah
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah
Ya Allah
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

Allahu ya hafizu nafsi waruhi
Bismillahi jibrail
Fi yamini bismillahi mikail
Fi syimali bismillahi israfil
Fi amami bismillahi izrail

(AC Mizal)

Allahuakhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Ku rindu padaMu
Setiap hembusan nafasku ku seru namamu
Sebagai hambaMu yang lemah yang hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Ku berdoa padaMu dekatkan diriku denganMu tenangkan jiwaku terangkan jalanku

Ya Allah
Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah
Ya Allah
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti.









Friday, October 18, 2013

ANTARA KESALAHAN UMUM KETIKA MEMBACA SURAH AL-FATIHAH





Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.


Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati


DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA....IYA bermaksud matahari.


Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada  mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!


SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti


AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya


Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:


a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)


Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.




DARIPADA KAK PAH






Thursday, October 17, 2013

DIRI INI DAIE SEBENAR?





Duhai hati-hati yang celik,


Hari ini, kita sudah mempunyai ramai penghafaz al-Quran. Kita juga sudah mempunyai ramai graduan agama. Setiap tahun, beribu-ribu pelajar agama merayakan konvokesyen. Begitu juga, kita mempunyai ramai professional dalam pelbagai bidang.

Syukur, alhamdulillah! Tapi kita masih kekurangan satu perkara. Kurang apa? Kita kekurangan daie. Kita kekurangan golongan agamawan dan profesional ini bangkit menjadi pendakwah.


Seorang Mengesani Ribuan Orang


Ummah rindukan daie yang mampu mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.

Kalau daie itu jumlahnya ribuan orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.

Umat hajat untuk melihat Islam yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.


Penyeru Kepada Allah


Siapa mempunyai cita-cita mahu menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi daie.

Samada kita seorang jurutera, atau doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi daie.


Daie yang macam mana?

Daie ini ada macam-macam sebenarnya. Ada:

1.      Ad-daie ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.
2.      Ad-daie ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.
3.      Ad-daie ilallah- mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.


Sebaik-baik Perkataan


Sungguh hebat kedudukan ad-daie ilallah ini sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).


Duhai hati yang hidup,


Mari bermonolog dengan Allah… 
Aku datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak sukai, duhai Allah.

Semoga niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu, dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi melantunkan ahsanu qaulan, sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang mengajak orang kepada Allah SWT.

Biar orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa yang terdekat,

“Jom, kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin ada hati yang berbisik,
“Erk! Macam poyo!”

Ya. Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian. Takut nanti orang kata,

“Hek eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit! Uweks..”


Duhai hati,


Seronokkah kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita. Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain. Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?

Terpulanglah kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.

Pilihlah untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.


Cahaya Daie


Tanpa daie, masyarakat akan menderita penyakit bodoh.  Mereka akan diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin. Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.


Dakwah perlukan Kaedah, Baru Berfaedah


Hendak menjadi daie, bila-bila masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.

Hendak menjadi daie sejati perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada manfaat.

Daie dengan kaedah berdakwah bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja, hilang nilainya.

Moga dengan kaedah dakwah ini, musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.

Apa kaedahnya? Tidak cukup ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.


Daie Terbaik


Daie terbaik ialah Nabi Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24 jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar. Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.

Apabila kita mempelajari kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi daie buat umat.


Berjiwa Daie


Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.

Jika kita tidak mahu berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh jiwa.

Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian manusia,
Jika ada 10 orang yang  membenci,
ada 1000 yang lain sudi menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.

Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,

Dengan setulus-tulus cinta.

---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."

- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)




Monday, October 14, 2013

SALAM AIDILADHA 1434 H





Salam Aidil Adha akhi ucapkan kepada semua sahabat2 tak kira di mana
kalian berada. Jadikan Aidil Adha ini salah satu titik tolak kita 
untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukan hanya sekadar untuk
mengikuti program korban tetapi ibrah disebalik program tersebut yang 
kita inginkan. Akhir kata daripada akhi,

"Dok molek2 blako, wak mano balik kapong tu, ejah skit
maso kito ngan family, nak2 lg sek2 study kt u nih, rayo2
molek, suko2 jugok, tapi jange lupo ziarah sadero2, member2 
wak skapong ngan kito, selamak blako deh,
ingak Allah, ingak maye, ingak blako2 segalo amale tu"

*korang faham ka??^^

Wednesday, October 9, 2013

CARA MENGUATKAN MINDA KELAS PERTAMA






Sebagai seorang remaja, lebih-lebih lagi seorang pelajar,ingatan yang kuatsangat penting untuk memudahkan pembelajaran dan mengatur kehidupan. Di sini ada beberapa teknik menguatkan daya ingatan.


Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.


Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.


Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.


Awasi Pengambilan Ubat


Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.


Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan


Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca


Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali


Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Fokus


Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


Bermain Dengan Angka


Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran


Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Antara makanan-makanan yang boleh diamalkan untuk menigkatkan daya ingatan ialah makanan-makanan yang baik untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan;



1. Manisan madu lebah asli.
2. Air zam zam
3. Kurma / Tamar
4. Susu segar
5. Kismis / zabib
6. Halia.
7. Kekacang
8. Air rendaman kemenyan arab / kemenyan putih.
9. Kuning telur.
10. Lobak.
11. Bunga cengkih.
12. Daging burung merpati.
13. Minyak sapi.
14. Hati.
15. Za’faran
16. Otak ayam.
17. Roti kering.



” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”


Wednesday, October 2, 2013

ABANG, SI DIA...






Kenali ‘Kriteria’ Sebelum ‘Si Dia’

Remajaku sayang,

Usah terlalu peningkan kepala berfikir hendak berkahwin dengan siapa. Kenalilah ‘kriteria’nya sebelum ‘calon’nya. Imam Ghazali memperkenalkan kriteria pasangan soleh 10 tahun sebelum anaknya mula mencari.

“Mak abah saya tak buatpun macam Imam Ghazali,” cebik remaja.

Tidak mengapa! Mungkin mereka tidak tahu. Jika mereka tahu, boleh jadi mereka akan segera lakukannya. Maafkanlah mereka. Yang lepas biarlah lepas. Kita kan masih ada ‘hari ini’ untuk menambah ilmu?

Lebihkan ‘Menjadi’ daripada ‘Mencari’

Remaja,

Masih sudi lagi dengar ‘sharing’ daripada akak? Jom!

Sekiranya nanti dirimu meminati seseorang, sudah tentu dirimu tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Betul kan?

Sekiranya dirimu meminang, sudah tentu kau tidak mahu pinanganmu ditolak. Setuju tak?

Tipnya mudah sahaja. Lebihkan ‘menjadi’ daripada ‘mencari’. Sinergikan dengan doa ke hadrat si Pemegang Hati. Insya-Allah cintamu pasti berbalas. Siapa yang tidak mahu sesusuk periba

“Hah, menjadi?”

Ya! Jadilah peribadi yang mampu mendidik diri sendiri. Kemudian, insya-Allah mampu menjadi pendidik buat generasi masa depan. Orang yang mempersiapkan diri menjadi individu Muslim lebih berpotensi membangunkan sebuah ‘baitul Muslim’ (rumah tangga yang menegakkan nilai-nilai Islam).


Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

Remaja semua nak kahwin, kan? Bagus! Normal tu. Alam perkahwinan bagaimana yang diinginkan? Penuh cinta atau penuh sengsara?

Ketahuilah, banyak punca-punca permasalahan dalam rumah tangga termasuklah masalah dalam mendidik anak-anak boleh dicegah seawal kita mempersiapkan diri menjadi peribadi soleh dan solehah. Juga seawal kita membuat pemilihan yang terbaik terhadap pasangan hidup kita. Inilah tanda kebijaksanaan mencegah  sebelum merawat.


Bayangkan…

Lahirnya seorang bayi comel ke dunia. Suci. Bersih. Dia melihat ibunya yang susah tersenyum. Dia melihat ayahnya yang monyok memanjang. Dia melihat lingkungan keluarganya yang asyik bercakaran.

Secara fitrahnya, si kecil itu mencari-cari wajah yang berseri-seri. Telinganya mencari-cari kata-kata yang baik. Namun, ibubapanya yang gagal mempersiapkan diri dengan akhlak penuh senyuman dan kelembutan sebelum bernikah, biasanya akan terbawa-bawa akhlak itu selepas bernikah, dan selepas menjadi ibu bapa. Si kecil itu menadah dan menyerap dengan mudah apa sahaja yang terhidang di sekelilingnya itu. Agaknya, dia akan membesar menjadi anak yang bagaimana?

Remajaku sayang,

Remaja sudah tentu mahu menjadi ibubapa yang hebat suatu hari nanti kan? Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi peribadi anak-anak seperti pengaruh ibubapa, pemakanan, genetik, persekitaran, rakan sebaya, guru dan sebagainya. Faktor ibubapa adalah faktor yang paling besar kesannya ke atas agama anak-anak tersebut hinggakan Rasulullah SAW mengingatkan,

“Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah (Islam dan mengabdikan diri kepada Allah). Maka, ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Bukhari).

Pesan Atok yang bernama Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Barangsiapa dengan sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja, bererti dia telah melakukan suatu kejahatan yang sangat besar. Kerosakan pada diri anak kebanyakannya datang dari sisi orang tua yang mengabaikan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama serta sunnah-sunnahnya.”

Semuanya Ujian

Jika remaja lahir dalam keluarga yang baik, bersyukurlah. Pengaruh baik ibubapa itu akan memberi kesan besar dalam melahirkan seorang remaja yang maju, hebat, berkeyakinan diri, tetap pendirian dan berwawasan jauh.

Jika remaja lahir dalam keluarga yang kurang baik, bersabarlah. Semua itu hakikatnya suatu ujian. Jangan merintih pada ujian. Kreatiflah mencari penyelesaian. Banyak hikmah di sebaliknya. Jika remaja positif menerima ujian ini, lihatlah kesan positif yang bakal diterima.

Antaranya, remaja yang biasa dileteri, dicalari hati dan perasaannya bakal menjadi ibubapa yang memahami jiwa anaknya. Belajar dari pengalaman itu, maka, dia mendidik dan menasihati anaknya dengan komunikasi berkesan, bukan dengan meleteri, menghukum, menunjuk protes diam, menutup pintu berdentum dentam atau memulau.

Antara lain juga ialah, remaja yang biasa disakiti, bakal menjadi ibubapa yang prihatin terhadap kesakitan anaknya, maka dia tidak memukul sembarangan. Pukulan hanya alternatif terakhir setelah nasihat diberikan berkali-kali dengan penuh hikmah. Itupun tidak boleh memukul ketika marah. Tidak boleh memukul untuk betul-betul menyakiti. Mesti bertujuan mendidik. Jika tidak, ini suatu pencabulan terhadap ‘amanah’ Allah. Allah tidak buta melihat sakitnya anak didera. Allah tidak tuli mendengar tangisan anak disakiti. ‘Amanah’ pasti ditanya!


Pilihan di Tanganmu!

Sambunglah kekuatan ibubapa kita. Usah diulangi kesilapan mereka. Jangan pula kita memilih kesilapan yang sama untuk mendidik anak-anak kita nanti. Bimbang, apa yang kita beri itulah biasanya yang kita dapat.    

Pilihlah mencegah sebelum mengubat. Itu yang terbaik (high class). Namun, jika kita gagal ‘mencegah’ ketika remaja, jangan bunuh potensi hari ini untuk ‘merawat’. Sentiasa ada jalan. Yakinlah!

Analoginya, orang yang gagal ‘mencegah’ daripada mengamalkan cara hidup tidak sihat pada masa mudanya, mudah mendapat penyakit pada zaman tuanya.  Ketika muda dia tidak mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman rutin, lalu dia menderitai penyakit ‘Janda Manis’ iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Mengubat itu memang sakit. Tapi, lebih sakit lagi jika kita membiarkan diri menderitai kesakitan itu terus-menerus. Perlu mengubat setelah sakit! Andai seseorang diberi peluang mengundur ke masa lalu, sudah tentu dia memilih kebijaksanaan mencegah sebelum merawat.

Cegahlah dirimu daripada berakhlak buruk. Bimbang nanti anakmu juga mewarisi akhlak itu. Cegahlah dirimu daripada memilih pasangan yang tidak beragama atau tidak berminat mendalami agama. Bimbang nanti, anakmu menceduk akhlak pasanganmu itu. Pilihlah ibu atau ayah yang terbaik untuk anak-anakmu. Pengaruhnya sangat besar!


Anak Suatu Amanah

Jom, mari kita dengar pula pesan Atok yang bernama Imam Ghazali,

“Anak adalah amanah (bukan beban, tau!) di tangan kedua orang tuanya. Hatinya yang suci adalah mutiara yang masih mentah, belum dipahat mahupun dibentuk.

“Mutiara ini dapat dipahat dalam bentuk apapun, mudah condong kepada segala sesuatu. Apabila dibiasakan dan diajari dengan kebaikan, maka dia akan tumbuh dalam kebaikan itu.

“Dampaknya kedua orang tuanya akan hidup berbahagia di dunia dan di akhirat. Semua orang dapat menjadi guru dan pendidiknya. Namun, apabila dibiasakan dengan keburukan dan dilalaikan, seperti dilalaikan haiwan, pasti si anak akan celaka dan binasa. Dosanya akan melilit leher orang yang seharusnya bertanggung jawab atasnya dan menjadi walinya.” (Risalah anjahul wasa’il).

Abul A’la bersyair indah,

Seorang anak tumbuh dewasa di antara kita,
Sesuai dengan apa yang dibiasakan oleh bapanya,
Seorang pemuda tidaklah beragama dengan begitu sahaja,
Kerabatnyalah yang membiasakannya beragama.





p/s: Akhi menghargai shabat2 yang bertanya tentang topik yg agak hot nih, semoga ia membantu skit sebyk k^^ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...