Monday, June 24, 2013

PENDEK KATA



Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak akhi mencoret something kat blog ni. Sebelum ni asyik wat sharing je^^. Maybe kali ni ringkas je dulu k. Sebelum tu akhi nak ucapkan selamat beribadat kepada semua sahabat2 yang akhi kasihi dalam bulan syaaban yang sedang berlangsung ni. Bulan rejab dah berlalu pergi. Kejap je kan.  Bukan ape, insya Allah, tak lama lagi kite akan sama2 menyambut bulan ramadhan yang menjadi ke’gila’an ramai bagi mengejar untuk membuat kebaikan walaupun sekecik mane pun kebaikan tu ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT tersangat la grand^^.

Kali ni akhi sekadar nak kongsi skit saat2 singkat bersama adik2 akhi di rumah. Buat pertama kalinya akhi tidak akan menyambut ramadhan di rumah seperti sebelumnya, sebaliknya akhi akan menyambutnya di UMP. Kebetulan di samping akhi bersama sahabat2 yang lain untuk membuat persiapan bagi menyambut adik2 baru ke UMP september ni, akhi jugak mengambil sedikit masa untuk wat short sem (haha^^rajin kan?). Saje, nak isi mase cuti yang lame nih. Ramai yang dah balik rumah untuk bersama keluarga, untuk bekerja, terpulang la atas kemampuan masing2.

Alhamdulillah, akhi tiba di rumah elok2 time subuh. Kali ni kami berjemaah di masjid. Selepas borak2 ngan family, adik2 akhi ajak akhi untuk test ‘kuda’ baru akhi^^hehe. Alhamdulillah, best sgt. Kembar akhi yang tolong akhi untuk beli motor ni, die memang pakar dalam bab ni, sampaikan ayah akhi nak beli pape yang berkaitan ngan benda yang berenjin ni, ayah akhi akan tanye die.



3 beradik!!!


Riadah pagi bersama adik2^^















Lepas tu, kami adik beradik plan nak pegi shopping raya, memandangkan akhi balik kejap je, ni la peluang yang ada untuk akhi bejalan2 ngan mereka2 ini^^.


Shopping raya^^ 



Tema untuk tahun ni^^


Aqmar azahan


Bab ni memang akhi respect sesangat, sume casher akan berhenti wat keje bile azan sedang dikumandangkan...tiada di tempat lain^^ contoh yang patut dicontohi oleh sahabat2 sekalian^^


Tak puas kat Mydin, pegi pulak Hari2^^


testing session^^






Alhamdulillah, sekarang akhi dah selamat sampai di UMP. doakan kejayaan akhi kat sini k. Sekali lagi akhi nak ucapkan selamat beribadat kepada sume sahabat2 akhi tak kira seberapa tua mahupun seberapa muda^^haha. pastikan niat kite hanya untuk mengejar kasih sayang dan redha Allah SWT. Hidup dah tak lame. Jauhi kemungkaran, dekati kebaikan dan amalan, semoga kita dapat bersua lagi dengan izin-Nya^^.



Thursday, June 13, 2013

NIKMAT KEJAYAAN




Di bawah terik mentari. Seorang anak berlari-lari. Baju sekolahnya kini sudah dibasahi peluh. Seperti sedang mandi. Matanya membulat ke hadapan tanpa mempeduli keadaan sekeliling. Beg sekolahnya naik turun naik turun kerana goncangan badannya yang besar dan bulat. Setibanya di rumah, dia terus meluru masuk melalui pintu dapur yang diperbuat daripada kayu. Dilihatnya ayahnya makan bersama ibu serta adik-adiknya yang lain. Tanpa membisu panjang.

“Mak. Ayah. Saya dapat 1A!!!”

Wajahnya ceria bagaikan tidak percaya apa yang diperolehinya.

“Alhamdulillah”. Ibunya datang memeluknya disusuli oleh ayahnya. Pelukan yang penuh dengan kasih sayang.

Apakan tidak. Dia merupakan salah seorang yang sedikit lambat dalam pelajarannya berbanding dengan adik-adiknya yang lain walaupun dia seorang abang yang sulung. Sebelum ini seribu satu kegagalan yang hinggap pada dirinya. Sedih bukan kepalang. Matanya sering melihat adik-adiknya yang lain menerima hadiah di atas kejayaan mereka dalam akademik. Tika itu dia hanya mengintai dari celahan bilik. Itulah yang biasa dia lakukan tika ayahnya memanggilnya untuk melihat nikmat sebuah kejayaan.

Dahulunya, ketika pertama kali ayahnya memanggil untuk melihat drama tersebut, badan dia kaku berdiri. Sayu hati melihat drama yang begitu menyinggung perasaan kerdilnya. Hati kecilnya menangis meronta-ronta. Bukan itu sahaja, dia juga sering dipukul dan dibebel oleh ayahnya untuk menjadi seorang yang cemerlang. Tapi dia tahu, ayahnya sangat sayangkan dia. Sudah banyak kali dia berusaha namun pintu kegagalan menyambutnya. Hati mana ingin terus tinggal dalam lingkup kegagalan.   

Pernah dia bertanya kepada adiknya sendiri bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya. Walaupun malu, dia menebalkan mukanya untuk bertanya. Segala apa yang diajarkan oleh adiknya dituruti satu persatu. Namun gagal juga.

Pernah juga dia mati akal. Biliknya menjadi markas buasnya bagi melepaskan geram dan kemarahan. Airmata yang mengalir di pipi menjadi saksi kemurkaan yang bermaharajalela dalam dirinya. Akibat kelelahan itu, dia akan tertidur tanpa dia sedari.

Benar janji Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. [surah Ar-Rad:11]


Hari ini menjadi saksi. Kini dia sudah berjaya mencapai apa yang dikehendakinya. Syukur yang tidak terhingga. Walaupun pada pandangan zahir insan lain bahawa itu merupakan sesuatu yang memalukan tetapi baginya itulah hadiah yang tidak ternilai buat kedua orang tuanya. Gembira si anak apabila melihat ibubapa tersenyum akan kejayaannya. Atas titik peluhnya sendiri.

Monday, June 3, 2013

LIRIK SHOTUL HARAKAH - LIRIH PEMBEBAS




(Intro. Drum)
Haha hahaha haha hahaha
Hahaha hahaha hahaha hahahahaha
Hu ah hu

Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Kringat darah bercucuran
Iringi kepergian

Bribu nyawa tlah terbang
Menuju tempat yang dijanjikan
Tapi ghiroh tak kan sirna
Bebaskan bumi anbiya

Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Kringat darah bercucuran
Iringi kepergian

Bribu nyawa tlah terbang
Menuju tempat yang dijanjikan
Tapi ghiroh tak kan sirna
Bebaskan bumi anbiya

Puing bebatuan tlah menjadi saksi
Kekejaman yahudi bangsa syaithoni
Meninggalkan luka, jiwa terzholimi
Berazam bebaskan Palestina kembali

U ha u

Derap-derap pejuang
Generasi nafas perubahan
Rengkuhlah kejayaan
Goyah jalan disingkirkan

A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha
A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha

U ha hu

Instumrentalia Drum

Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Kringat darah bercucuran
Iringi kepergian

Bribu nyawa tlah terbang
Menuju tempat yang dijanjikan
Tapi ghiroh tak kan sirna
Bebaskan bumi anbiya

Puing bebatuan tlah menjadi saksi
Kekejaman yahudi bangsa syaithoni
Meninggalkan luka, jiwa terzholimi
Berazam bebaskan Palestina kembali

U ha hu
Derap-derap pejuang
Generasi nafas perubahan
Rengkuhlah kejayaan
Goyah jalan disingkirkan

A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha
A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha

A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha
A aa ? aaa
A aa ? hahahahahaha

Hu ha hu

Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Kringat darah bercucuran
Iringi kepergian

Bribu nyawa tlah terbang
Menuju tempat yang dijanjikan
Tapi ghiroh tak kan sirna
Bebaskan bumi anbiya

Puing bebatuan tlah menjadi saksi
Kekejaman yahudi bangsa syaithoni
Meninggalkan luka, jiwa terzholimi
Berazam bebaskan Palestina kembali

U ha hu





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...