Thursday, March 28, 2013

TAKE NOTE HERE!!!




Trend zaman pada hari amat pantas berubah. Sepantas kilat yang menyambar. Baru sahaja ingin merasai trend baru, sudah muncul lagi trend yang baru. Dan ia berlaku secara berterusan dan berleluasa. Faktor utama yang mendorong kepada perubahan ini adalah kemudahan akses yang hanya boleh dilayari bila-bila masa dan hanya perlu membimbit sebuah gajet ringan sahaja. kesan trend mudah dilihat sendiri melalui masyarakat yang berada disekeliling kita. Tidak salah untuk mengikuti trend, tetapi adakah sahabat-sahabat menimbang dahulu dengan menggunakan hadis berikut:

Sabda Rasulullah SAW :  Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (mak nyah/ pondan) samada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. 

Trend ini semakin menjadi-jadi dalam mesyarakat kita. Bukan sahaja di alam reality, malah ia mula berani menampilkan diri di laman sosial bag digilai ramai. Ya, mungkin ramai yang akan bersorak disebabkan anda berkelakuan begitu kerana ia dianggap kelakar. Sedar atau tidak itu semua mendorong kepada laknat Allah SWT? Hiburan itu tidak salah. Yang salah adalah menyalahgunakan hiburan. Semua orang suka akan hiburan kerana itu merupakan fitrah manusia yang inginkan hiburan tapi yang bukan melalaikan.

Trend berkelakuan seperti berlainan jantina merupakan trend yang tidak diambil berat oleh masyarakat sekarang. Ia bukan sahaja mengambil aspek ‘jaga tepi kain orang’, malah ia menggunakan fakta takdir yang mengatakan bahawa ‘ Allah sudah takdirkan aku jadi begini’. Sedar atau tidak itu merupakan bahawa itu merupakan satu bentuk ujian Allah SWT. Ada seorang sahabat lelaki yang berperwatakan seperti sejak lahir, tetapi disebabkan kefahaman agama yang ada dalam hatinya, dia berusaha untuk berperwatakan sebagai lelaki walaupun ia agak terlihat sedikit seperti wanita.

Trend ini juga biasa dimasukkan ke dalam aktiviti yang dianjurkan oleh badan tertentu seperti menghias pengantin dengan pakaian yang berlawanan dengan jantinanya. Apa objektif sebenar yang ingin disampaikan kepada para peserta melalui aktiviti ini? Untuk seronok? Ketahuilah para sahabat bahawa Allah SWT tidak akan meberkati sesebuah majlis yang mengandungi segala maksiat di dalamnya  walaupun pada awalnya majlis itu dimulakan dengan bacaan doa. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Adakah sahabat-sahabat sudah bersedia?

Tuesday, March 26, 2013

LIRIK INSTINCT - ITMI'NAN





Lahirmu kedunia
Membawa seribu bahagia
Seperti mentari bercahaya
Menyinari alam semesta
Kaulah permata

Jiwamu bersih umpama
Salju di gunung Himalaya
Harapan jadi insan bertaqwa
Itmi’nan namamu indah
Kaulah permata

Seluas langit
Luas lagi kasihku
Engkaulah qurratul ainin ayah dan juga ibu
Sedalam laut
Dalam lagi sayangku
Hiduplah impian bersama restu

Oh setenangnya namamu
Tenang hatiku ini
Bila ku lihat manis senyuman dibibirmu
Mekarlah bunga jambangan
Bersama doa siraman
Hiasilah kehidupan
Dengan wangian nur iman
Kaulah permata

Saturday, March 23, 2013

SUBUH BERJEMAAH




Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 

Sumber di sini

Wednesday, March 20, 2013

DUNIA TERUS BEREDAR



Bermulanya saat, lahirlah minit. Datangnya minit, disambut jam terus berganti hari. Hari tanpa sedar menukar menjadi bulan. Maka dari bulan, beralih pula kepada tahun. Begitulah peredaran yang kita hadapi tanpa sedar,tanpa paksaan. Setiap hari dibibitkan dengan pelan perancangan yang ingin dilakukan. Tidak pernah putus. Kekadang itu, kita hanyut di telan zaman. Zaman bayi sudah berlalu. Zaman kanak-kanak sudah berlalu. Zaman remaja sudah berlalu. Kini, zaman menguji kematangan menjengah.Hari demi hari ditempuhi dengan pelbagai menah.

Sedarkah kita akan semua ini? Ilusi dan dimensi yang bermain di mata telah memekakkan telinga. Menutup segala ruang bagi mengaburi makna sebenar kehidupan. Kita leka di kala malam bertukarnya siang dan siang bertukarnya malam. Hayatilah firman Allah SWT: 

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Sedarlah kita akan bekalan yang perlu dikumpul. Dunia yang maya ini hanyalah tempat persinggahan yang sangat sementara. Kini, kita sudah menganjak tua. Masihkah lagi kita mahu berfoya-foya sedangkan berita kematian sering menjengah di telinga kita. Ramai yang sudah pergi menghadap-Nya. Usia dunia juga sudah tidak lama. Zaman kehancuran dunia bakal menjelang. Marilah kita siapkan diri ini dengan sebaik-baik keadaan agar kita cukup bersedia di hadapan-Nya. Ingatlah, di sana kelak ramai manusia akan termenung dengan keresahan. Tercari-cari sesuatu yang tak pasti. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Masanya bakal tiba tanpa mengenal usia tua atau muda.

Dunia terus beredar
Masa terus berputar
Di mana hidup akan terdampar
Di mana hayat akan bersandar

Merenung masa depan
Dengan berjuta harapan
Mengenang masa lalu
Sayu rindu dan pilu hati
Naluri insani mencari erti


Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash  ayat  83).

Tuesday, March 19, 2013

JIHAD UNTUK SYAHID





Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.” 

Daripada  Aisyah RA  katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

Daripada  Abu Musa (Abdullah bin Qais) al-Asha`ri RA katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana keberanian kerana panas hati, dan kerana riya’. Maka yang mana satukah di antara semua itu berperang kerana Allah? Jawab Rasulullah SAW : Sesiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dialah orang yang berperang pada jalan Allah. “


Sumber di sini

Thursday, March 14, 2013

DIRI INI PENUNTUT



gambar hiasan


‘Orang tidak berilmu umpama hidup tanpa tiang’.

‘Tuntutlah ilmu walau ke negeri china’.


Dua frasa yang sudah biasa hinggap di halwa pendengaran kita. Indah bait kata-kata ini kekadang itu dapat menaikkan semangat kita untuk terus mencari dan mendalami ilmu baru baik secara formal mahupun secara tidak formal. Semangat ingin tahu meluap-luap dalam jiwa kita sehingga apabila ia tidak mencapai tahap yang kita inginkan, kita akan menjadi hampa dan murka. Sedih mengenangkan nasib diri yang lemah. Jatuh hiba jiwa yang dahulunya pantas meneroka alam.


Duhai sahabat, di sini dikongsikan satu motivasi yang mungkin berguna buat kita semua. Pernah atau tidak kita merasai zaman kegelapan? Zaman di mana kita tidak mempunyai apa-apa ilmu dalam melakukan sesuatu perkara. Kita hanya sekadar menjadi penurut peintah sahaja. Dan pada kita itu kita diibaratkan seperti burung kakak tua yang hanya tahu mengikut kata-kata sang pemberita. Selepas dikoreksi diri barulah kita tersedar., betapa pada ketika itu kita sangat HINA, sangat BODOH. Oleh itu, kita mula mengatur langkah mendalami ilmu-ilmu dan kita menemui sebuah jalan yang telah menghubungkan kita ke sebuah taman yang penuh dengan cahaya yang sangat menyenangkan mata yang memandangnya.


“Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis.” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu.” maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. al-Mujadilah: 11).


Sesungguhnya ilmu itu benar-benar menaikkan darjat seseorang. Seorang sahabat telah menjadi lebih rendah diri apabila dia menemui ilmu baru yang langsung tidak ia ketahui. Walhal dia seorang penghafal al-qur’an. Seorang penggemar majlis-majlis ilmu. Seorang yang amat taat dalam mendalami ilmu. Cuba dibandingkan dengan kita si pelayan nikmat sementara di dunia ini. Banyak perkara yang kita lakukan mendorong kita ke arah kelalaian. Ke arah keseronokan sementara yang tiada penghujungnya.


Ayuh sahabat! Kita bangkitkan diri kita ini. Semai kembali benih yang dahulunya mekar di zaman muda. Jangan biarkan ia layu menuju kematian. Sirami kembali jiwa kita dengan jiwa rabbani. Berihkan diri kita dari dakwat-dakwat kelalaian yang akan menggelapkan diri kita. Perlahan-lahan kita melangkah dengan penuh kesabaran, agar kita mudah berlari menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi.


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:

Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.]

Monday, March 11, 2013

LIRIK 月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin) BULAN MEWAKILI HATIKU





你问我爱你有多深 (ni wen wo ai ni you duo shen)- Anda bertanya betapa aku mencintaimu
我爱你有几分 (wo ai ni you ji fen)- Aku mencintaimu sedikit
我的情也真 (wo de qing ye zhen)- sayang saya adalah nyata
我的爱也真 (wo de ai ye zhen)- cinta saya adalah benar
月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin)- Bulan mewakili hatiku


你问我爱你有多深 (ni wen wo ai ni you duo shen)- Anda bertanya betapa aku mencintaimu
我爱你有几分 (wo ai ni you ji fen)- Aku mencintaimu sedikit
我的情不移 (wo de qing bu yi)- Saya teguh cinta
我的爱不变 (wo de ai bu bian)- Saya suka perubahan
月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin)- Bulan mewakili hatiku

轻轻的一个吻 (qing qing de yi ge wen)- Sebuah ciuman lembut
已经打动我的心 (yi jing da dong wo de xin)- Telah menyentuh hati saya
深深的一段情 (shen shen de yi duan qing)- Sebuah cinta yang mendalam
教我思念到如今 (jiao wo si nian dao ru jin)- Mengajari saya rindu kamu sampai sekarang


你问我爱你有多深 (ni wen wo ai ni you duo shen)
我爱你有几分 (wo ai ni you ji fen)
你去想一想 (ni qu xiang yi xiang)- Anda memikirkan
你去看一看 (ni qu kan yi kan)- Anda pergi untuk melihat
月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin)- Bulan mewakili hati


轻轻的一个吻 (qing qing de yi ge wen)- Sebuah ciuman lembut
已经打动我的心 (yi jing da dong wo de xin)- Telah menyentuh hati saya
深深的一段情 (shen shen de yi duan qing)- Sebuah cinta yang mendalam
教我思念到如今 (jiao wo si nian dao ru jin)- Mengajari saya rindu kamu sampai sekarang


你问我爱你有多深 (ni wen wo ai ni you duo shen)
我爱你有几分 (wo ai ni you ji fen)
你去想一想 (ni qu xiang yi xiang)- Anda memikirkan
你去看一看 (ni qu kan yi kan)- Anda pergi untuk melihat
月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin)- Bulan mewakili hati





你去想一想 (ni qu xiang yi xiang)- Anda memikirkan
你去看一看 (ni qu kan yi kan)- Anda pergi untuk melihat
月亮代表我的心 (yue liang dai biao wo de xin)- Bulan mewakili hati



Sumber di sini

PERMAISURI HATI IMAM HASAN AL BANNA



Gambar Hiasan


Salam mahabbah untuk yang sudi ke blog yang tak seberapa ini.. Hati terpanggil untuk berkongsi satu kisah, berkenaan seorang wanita yang patut kita kagumi dan contohi.. Sering kali saya mendengar kisah Asy-syahid Imam Hasan Al-Banna, namun hati gersang ini bertanya, siapa pula sayap kiri perjuangannya? Hasan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya, jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaannya, membahagiakan hatinya tatkala dia di dalam rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah. Saya mula mencari tentang si dia. Siapakah? Ternyata dia insan hebat! Namanya tak lain dan tak bukan sama seperti nama entry kali ini..


Teringat pada kalam dan janji Allah,

"... dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

(Surah An-Nur:26)

SAYIDDAH LATIFAH HUSAIN AS-SULI...

Lembutnya nama, selembut maknanya, juga selembut perilakunya..

Sejak awal lagi, Imam Hasan Al-Banna menegaskan bahawa beliau memerlukan seorang muslimah yang kuat, yang cekal dan tabah untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam berdakwah. Persepsi saya, bukan mudah untuk bergelar seorang isteri kepada aktivis hebat ini, Imam Hasan Al-Banna, yang setiap ruang kehidupannya dipenuhi dengan kegiatan dakwah. Seawal pagi, Asy-Syahid akan bergegas keluar untuk memulakan perjuangannya dan akan pulang pada sebelah malamnya.. Latifah adalah sebaik-baik wanita buat Imam Hasan Al-Banna yang mampu mengisi segala kekosongan yang ada pada As-Syahid itu.

Perjuangannya Imam Hasan Al-Banna bukanlah satu perkara yang main-main. Bukannya seperti membina sebuah pondok untuk berteduh dari sinaran matahari. Tetapi Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk membangunkan sebuah peradaban. Dan dia percaya, peradaban tidak akan wujud tanpa seseorang yang dia yakini kesejatiannya.

Diawal pernikahan mereka, Latifah sudah bersiap sedia untuk berhadapan pada saat-saat atau waktu hidup berseorang, tanpa seseorang untuk dia berlabuh hidup dan cintanya.. Dakwah Ikhwah yang dipimpin oleh suaminya sudah pasti mempunyai risiko yang hebat. Latifah sudah tahu bagaimana untuk menempatkan dirinya. Dicurahkan dirinya buat suami dan anak-anak. Itu juga salah satu jihad buat Latifah. Mengurus hal rumah tangga dan mentarbiyah anak-anak bukanlah suatu perkara yang mudah, yang mana diibaratkan seperti memetik dua jari.

Latifah As-Suli memang berasal dari sebuah keluarga yang taat beragama. Maka, no wonder lah Latifah menyedari akan tuntutan terhadap dirinya apabila menjadi isteri kepada seorang pendakwah. Pada malamnya, Latifah harus bangun untuk menyambut kepulangan suaminya. Namun, Imam Hasan Al-Banna amat memahami, beliau berhati-hati apabila hendak membuka pintu. Jauh dilubuk hati Imam Hasan Al-Banna tidak mahu menggangu tidur permaisuri hatinya kerana seharian menguruskan rumah dan anak-anak. Bahkan Imam Hasan Al-Banna tidak cerewet dalam soal menyediakan makanan. Dia tidak segan untuk menyediakan makanannya sendiri..

Sepanjang usia perkahwinan Imam Hasan Al-Banna & Latifah As-Suli, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata penghibur kehidupan. 5 perempuan dan seorang lelaki. Latifah tidak pernah mengeluh, cuma suatu ketika hatinya pernah dilanda resah kerana salah seorang anaknya sakit tenat dan si suami perlu harus tetap menjalankan jihadnya.

Latifah menanamkan jiwa islamik buat anak-anaknya. Disemai sikap suka membaca dalam diri ulama'nya supaya tidak terpengaruh dengan hagemoni luar.. Ketika saat Imam Hasan Al-Banna keluar masuk penjara, dia berusaha untuk menjadi wanita yang sabar dan komitmen. Dan dia juga menyedari bahawa kewajipan asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu. Latifah meluangkan waktunya untuk anak-anak. Hati ibu mana yang tidak bahagia melihat kejayaan anak-anak. Lebih-lebih lagi berjaya dalam hal akhlak dan amal. Perkara ini saya kira sudah pasti tidak dapat dilakukan oleh seorang ibu yang asyik sibuk dengan perkara luar serta mengabaikan keluarga dan anak-anak..

Selepas Imam Hasan Al-Banna kerahmatullah, sendirian Latifah As-Suli membesarkan anak-anaknya. Kini, dia mempunyai tugas tambahan di dalam rumah, iaitu memperdalam wawasan keislamannya. Yang dimaksudkan dengan wawasan keislaman adalah membaca al-quran bersama tafsirnya, mempelajari sunnah Rasulullah, dan bagai lagi dia berusaha untuk menerapkan di dalam diri anak-anaknya. Latifah juga menempatkan dirinya untuk mempelajari sejarah salafussalih serta seputar berita berkaitan dunia Islam.

Betullah, seseorang yang apabila tidak menambah keislamannya, akan merasa sukar untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam.. Dengan memahami Islam secara baik, seorang wanita akan mengetahui peranannya buat keluarga dan masyarakat..

Perjuangan serikandi ini membuahkan hasil yang luar biasa.. Kesemuanya anak-anaknya berjaya. Meraih predikat formal di dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama WAFAA, menjadi isteri kepada Dr. Said Ramadhan. Kedua, AHMAD SAIFUL ISLAM, kini berkhidmat di Mesir. Dia juga pernah berada di parlimen. Ketiga, bernama TSANA, sebagai lecturer di Universiti Cairo. Keempat, RAJA'A, kini sebagai seorang doktor. Kelima, bernama HAJIR dan berkhidmat sebagai seorang lecturer kedoktoran di Universiti Al-Azhar. Dan yang keenam, bernama ISTISYHAD. Dia seorang Dr ekonomi Islam.. Puteri mereka yang bongsu ini dinamakan Istisyhad kerana dia dilahirkan pada ketika hari ayahnya mendapat syahid..

Hebat bukan? Itulah yang dikatakan, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..

Sumber di sini

Sunday, March 10, 2013

LIRIK SHAHIR - AKU YANG BERDOSA




Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Thursday, March 7, 2013

SATU AMANAH




Amanah. Perkara yang paling berat di atas muka bumi ini. Ramai diantara kita pada hari menganggap jawatan yang disandang merupkan satu platform untuk menampilkan diri. Tidak kurang juga untuk merasa megah di mata manusia.

Pernah atau tidak kita terfikir bahawa setiap jawatan yang disandang itu merupakan satu amanah? Amanah dari Allah SWT. Adakah kita sudah bersedia dengan jawapan-jawapan yang kukuh untuk dibentangkan di hadapanNya kelak?  Amanah juga boleh terdiri dari pelbagai bentuk dan keadaan. Antaranya, menyampaikan pesanan, menjaga barang orang lain, melaksanakan kerja dengan penuh dedikasi dan menepati masa.

Mari sama-sama fahami dalil dan nas berikut.

Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: ‘Jalankanlah amanah yang diberikan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.’” (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).Sabda Rasulullah: “Jalankanlah amanah” adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisa:58).

Dan sabdanya: “Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu:” ertinya janganlah kamu memperlakukannya sebagaimana dia memperlakukan kamu, dan janganlah membalas pengkhianatannya dengan pengkhianatanmu. Ini adalah nas tentang kewajiban menjalankan amanah, berkaitan pinjaman, kiriman dan sebagainya.

Nas ini juga menunjukkan bahawa orang yang melakukan kejahatan akan dibalas kejahatan. Ini adalah masalah yang diperdebatkan oleh para ulama, tetapi pemberian maaf adalah lebih baik, berdasarkan firman Allah swt.: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang lalim.” (Asy-Syura:40)

Kita sebagai mahasiswa/i khususnya di UMP seharusnya kita melatih diri kita dengan sifat yang mulia ini. Bukankah amanah tergolong dalam 4 sifat-sifat yang ada pada nabi? Penyampai risalah Allah SWT. Sesungguhnya, sifat ini dapat menjadikan kita seorang insan yang bukan sahaja indah di pandangan manusia malah di pandangan Allah SWT. Sekecil-kecil perkara kebaikan yang kita lakukan amat besar di sisi Allah SWT.

“Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hemdak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’I, Ibn Majah dan Ahmad)

Sumber: http://attanzil.wordpress.com/2008/07/20/dalil-tentang-wajibnya-menjalankan- amanah/

Friday, March 1, 2013

DEMI CINTA SUCI




"Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau."


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"


Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.


Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.


Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.


Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.


Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."


Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.


Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.


Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.


Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.


Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.


Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...