Thursday, February 28, 2013

PERUTUSAN RINGKAS IMAM HASAN AL-BANNA






Wasiat ini telah ditulis ketika dalam perucapan Imam Hassan Al Banna sebelum beliau dibunuh. Beliau telah merasakan bahawa dirinya tidak tinggal lama di muka bumi Allah ini, maka beliau telah beri wasiat yang berharga untuk semua jemaah islam. Pembunuhan beliau adalah satu tamparan yang besar bagi umat islam di Mesir waktu ketika dahulu. Akan tetapi wasiat  yang beliau tinggal  untuk kita masih lagi ada untuk kita bersemangat dalam jalan dakwah ini.


Wahai saudara- saudaraku,

Berimanlah kepada Allah dan berbanggalah dengan kepercayaan ini dan juga berpeganglah dan bersandarlah keatas nama keiman kepada Allah. maka janganlah kamu semua takut selain Allah, janganlah kamu bimbang selain kepada Allah, tunaikanlah kewajipan keatas Allah dan jauhilah laranganNya.


Berakhlaklah  dengan akhlak yang mulia, dan berpegang dengannya sebaik-baiknya. Jadilah orang yang kuat dengan akhlak kamu semua dengan apa yang Allah telah berikan hadiah kepada kamu yang telah Allah berikan kepda orang-orang mukminin dan juga orng-orang yang bertakwa dan soleh.



Hendaklah kamu semua saling ajar- mengajar mengenai al quran  dan juga sirah -sirah. dan juga saling kamu ingat -mengigati akannya. Jadilah kamu orang-orang yang beramal dan janganlah saling bergaduh.  Jika Allah telah memberi hidayah kepada sesuatu kaum, Allah akan memberi ilham kepada kaum tersebut. Sekiranya kaum tersebut sesat setelah diberi petunjuk  maka jadilah kaum yang suka bergaduh dan bertelingkah.

Berkasih sayanglah  diantara kamu, jagalah  ikatan diantara kamu , itulah adalah rahsia  kekuatan kamu, dan juga tiang kejayaan kamu. Tetapkan lah hati-hati kamu  sehingga Allah membuka hati-hati kamu dan juga kaum kamu dengan kebenaran dan Dialah sebaik - baik pembuka.


Dengarlah dan taatlah dengan ketua kamu dalam susah , senang , rajin dan benci. Dan itulah simbol pemikiran kamu dan lingkungan perhubungan diantara kamu. 


Maka selepas ini dekatlah kemenagan Allah dan pertolongan Nya. Peluang ini tiada ragu lagi,(( dalam beberapa tahun lagi, bagi Allah urusan sebelum dan setelah mereka menang. dan pada hari kemenagan itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4) kerana pertolongan Allah . Dia menolong  siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang.(5)  )) {ar rum 4,5}




Monday, February 25, 2013

DAKWAH INI YANG TERAKHIR AKU SAJIKAN


Alhamdulillah, bernafas kita lagi hari. bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Selawat dan salam juga dilafazkan kepada rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Allah dah bagi akhi idea untuk berkongsi setelah sekian lama memerah idea yang tidak kunjung tiba. Kali ini akhi hanya ingin berkongsi sebuah kisah seorang pendakwah muda. Mungkin sudah ramai di kalangan kita sudah mengetahui kisah ini terutamanya sahabat2 di Malaysia. Akhi agak terlambat untuk berkongsi akan kisah ini. sejujurnya akhi nak sampaikan kembali kisah ini bukan sahaja kepada sahabat2 di Malaysia malah kepada semua sahabat2 di bumi tercinta yang sementara ini. Kepada sahabat2 yang memhami coretan berbahasa melayu ini, akhi berharap sesangat agar sahabat2 dapat berkongsi dengan sahabat2 yang berbahasa lain agar kite dapat same2 mengambil ibrah dari kisah ini.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

_________________________________________________________________________________


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.


7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’


8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.


9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.


10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.


Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.


12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.


13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.


Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.


Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’


14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.


Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.


Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.


15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)


Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?


Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.


Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.


16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.


Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.


Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.


Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.


Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”


Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.


Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.

Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.


17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.


Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.


Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.


Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.


Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.


Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.


18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.


19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.


Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.


Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.


Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.


Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir


20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.


Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya






SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah 



Sumber di sini

Alhamdulillah, sampai di sini saje dulu. Diharap apa yang dikongsi dapat memberi semangat yang baru kepada kita semua untuk terus berdiri di jalanNya. sehingga berjumpa lagi. Insya Allah^^

BERSABAR DAN BERDOA MENGHADAPI PENYAKIT




Daripada Ata’ bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas RA berkata, “Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?” Aku menjawab: Bahkan “Tunjukkanlah”. Ibnu Abbas RA berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata, “Ya Rasulullah, Aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku”. Dijawab oleh Nabi SAW, “Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau”. Dijawab oleh wanita itu, “Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat “. Rasulullah SAW lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.

Sumber di sini

Thursday, February 21, 2013

JAUHI GODAAN WANITA




Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”

Sumber di sini

Wednesday, February 20, 2013

MANUSIA YANG SEBENAR-BENAR BIJAK






Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

Sumber di sini

DIHARUSKAN MENANGIS KEPADA ORANG YANG MENINGGAL DUNIA





Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.


Sumber di sini

Monday, February 18, 2013

LIRIK THE ZIKR - DUNIA BARU ISLAM





Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam


Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Wednesday, February 13, 2013

IHTIFAL 2013 : DEBAT ASEAN BAHASA ARAB 2013




Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurnia olehNya kepada kita selama ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat yang amat dirindui.


Alhamdulillah, syukur sangat2 kepada Allah SWT kerana telah memilih akhi untuk join team KEBARA (Kelab Bahasa Arab UMP) untuk mewakili UMP dalam Pertandingan Debat ASEAN Bahasa Arab yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia . Sebelum ni, akhi agak kecewa kerana tidak dapat join sahabat2 akhi ke Kaherah, Mesir untuk mengikuti Program ijazah Sanad Al-Quran kerana sebab yang tak dapat dielakkan. Rupa2nye Allah lebih tahu apa yang sesuai bagi diri akhi. Maafkan hambaMu ini sekiranya hatinya terdapat sedikit buruk sangka yang sukar ditangkis…Allahuakbar!!!


Sebelum akhi memulakan latihan bersama sahabat2 KEBARA, akhi terpaksa mengikuti meeting di kolej kediaman akhi. Insya Allah meeting ini akan disambung semula pada bulan februari ini. Ya Allah, sesungguhnya amanah itu berat untuk dipikul tetapi Kau lebih akan kemampuan diri ini. Ya Allahjpermudahkanlah urusan ini..amin^^. Kami sama2 memulakan latihan selang 3 hari selepas itu. Satu minggu masa yang tinggal untuk menghadapi pertandingan peringkat antarabangsa ini digunakan dengan sebaik mungkin.





makan malam ngan abg2 senior



mencari maklumat penting



sesi latihan


Kami mula bertolak ke USIM pada 31 januari 2013 pukul 10.30 pagi. Perjalanan terus ke USIM hanya berehat seketika di R&R Nilai untuk makan tengah hari dan solat zohor. Kami tiba di The Aston Hotel pada pukul 2.30 petang. Semasa ingin mendaftar bilik, tiba2 sahabat akhi berkata…


“Peerrgghh… Ashraf pendebat pertama laa”.

Dengan muke terkejut, terus pergi ke kaunter.

“Mana?”, sambil melihat senarai pendebat yang berdaftar. “Haha, kalu cam ni, memang kene join la debat royal nanti^^”. Saje nak psycho orang2 kat sekeliling,haha^^.



pergh...famous kejap^^



selepas solat zohor


Selepas selesai bahagian pendaftaran dan penginapan, kami berehat sementara menunggu taklimat yang menjadi slot pertama pada malam itu. Selepas solat, kami sama2 turun ke dewan untuk mendengar taklimat tentang pertandingan ini. Taklimat ni diadakan khas untuk team2 junior. Maknenye yang baru2 nak berjinak dengan pertandingan ni termasuk la akhi. Niat akhi sebenarnye sekadar nak mendalami ilmu bahasa arab ni saje, tak lebih dari tu. Walaupun sebelum ni kami dimomokkan dengan niat kami ke sana hanya sekadar unutk jalan2. Yang paling best, group KEBARA la yang pelik sekali. Geng2 engineer yang join pertandingan ni. Yang lain semuanye memang dah amik bahasa arab. Itu tak menjadi masalah kepada kami. Bagi kami, sape2 sahaja yang oleh belajar bahasa al-qur’an ni. Memang kami ade mendengar kata2 yang kurang enak di telinga ni, tapi itu bukan penghalang buat kami^^.


Antara institusi yang join pertandingan ni ialah:

1.      DINNIYAH PUTERI (INA)
2.      UIA A (MAS)
3.      UM A (MAS)
4.      UKM B (MAS)
5.      USIM B (MAS)
6.      SYARIF HIDAYATULLAH (INA)
7.      UNISZA A (MAS)
8.      UM B (MAS)
9.      KUPU SERI BEGAWAN (BRU)
10.  UMP (MAS)
11.  SWING
12.  UIA B (MAS)
13.  USIM A (MAS)
14.  UNISZA B (MAS)
15.  UKM A (MAS)
16.  UNI ISLAM BANDUNG (INA)
17.  KUIS (MAS)
18.  UMK (MAS)


Pada malam itu, kami diputuskan untuk memulakan pertandingan pusingan 1 dengan  tetamu dari Brunei, KUPU SERI BEGAWAN. Yang seronoknye, bilik mereka ni hanye berhadapan dengan kami. Kami sempat berbual ringkas di hadapan bilik masing2 ketika kami mahu turun ke dewan. 


Berikut adalah jadual pertandingan yang melibatkan UMP dengan IPT yang lain…


Hari pertama

1.      UMP VS KUPU SERI BEGAWAN
2.      UMP VS KUPU SERI BEGAWAN
3.      UMP VS UNI ISLAM BANDUNG

Hari kedua

1.      UMP VS KUIS
2.      UMP VS UKM A
3.      UMP VS UMK



sesi taklimat






pertemuan pada pusingan pertama



debaran kian terasa time ni^^






Pada hari seterusnya, perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar sekali. Ini kisah menarik yang akhi kongsikan. Semasa kami same2 mencari maklumat untuk team debat UMP, salah seorang sahabat akhi disapa oleh seorang budak kecil. Agak2 dalam menjangkau usia 2 tahun gitu. Dia datang bermain2 dengan sahabat akhi. Sahabat akhi hanya melayannya dengan begitu ramah sekali. Selepas itu, kedengaran suara yang memanggil anak itu. Rupe2nye abi die. Dari jauh die memandang abinye. Banyak kali abi budak itu memanggilnye. Al maklum la, budak2 bile dah datang mood die nak bergurau, betul2 die bergurau. Yang menariknye, si ayah hanye tetap senyum dan tenang menantikan anaknya kembali ke pangkuannye. Tanpa bunyi suara yang kasar, tanpa mengejar anak itu secara melulu, tanpa memarahi anak itu. Apabila anaknya kembali kepada abinye. Abinye terus mendukungnye lalu pergi dari situ. Kebetulan semasa pertandingan debat berlangsung, akhi pergi ke surau.  Akhi berjumpe kembali dengan si ayah tadi. Dia menyuruh dan mengajar anak perempuannya untuk solat sunat dhuha mungkin. Tapi anak itu seakan2 malu pula. Mungkin dia segan sebab akhi ada kat situ. Tapi, abinya tetap menyuruhnya meneruskan solat. Apa yang akhi dapat di sini, pendidikan yang ditunjukkan secara tidak langsung di hadapan akhi itu, merupakan sebuah pendidikan yang penting dalam mencorak seorang anak berdasarkan syariat islam. Cara yang begitu simple dan mudah. Akhi dapat belajar dari situ. Syukran Ya Allah… Kebetulan semasa pulang ke hotel, akhi duduk betul2 di tepi si ayah tadi. Rupe2nya akhi dapat tahu yang mana ibu kepada anak2 kecil itu merupakan salah seorang peserta debat dari DINNIYAH PUTERI. Kali ini, dia pula yang menggalas tugas menjaga anak2 itu selepas seharian si ayah yang menjaganya. Begitu hebat sekali ciptaan Allah SWT. Sememang kata2 ‘lelaki dan perempuan itu saling melengkapi’ itu benar. Allah dah tunjuk di hadapan mata akhi sendiri.




adik yang sporting^^


Satu lagi. Team kami terdiri daripada seorang muslimah yang berjubah dan berpurdah. Dia merupakan kakak senior akhi. Pernah akhi terdengar perbualan seorang fasi dengannya sebab kebetulan akhi ada kat situ.


“ Eerr…akak, kat UMP, akak amik course ape? Arab ke syariah?”

Dengan selambernya akak tu jawab “ Engineering, Electrical Engineering”.


Akhi dapat melihat wajah fasi yang terkejut tu. Ye la, UMP tidak pernah menawarkan course yang khusus untuk bahagian kerohanian. Cume subjek tu ade la sikit. Bagi kami situasi ini dah biasa kerana muslimah di UMP telah membuktikan mereka juga boleh berjaya seperti kaum hawa yang tidak menjaga cara mereka berpakaian. Pada mereka budak engineering bebas mengenakan apa2 pakaian, sedangkan itu tidak benar. Syukur kepada Allah yang telah memberi bukti yang jelas dan nyata bahawa setiap apa yang ditentukan olehNya tidak menjadi penghalang kepada hambaNya terutamanya syang muslimah dalam mengejar impian mereka. Malah lebih hebat lagi^^.





Hajat akhi untuk bertemu dengan sahabat2 KMS tercapai. Pada hari pertama, akhi bertemu dengan sahabat akhi, Syafiq Hasri, seorang yang power dalam bidang agama ketika di KMS dulu. Macho orangnye. Pada hari kedua pula, akhi bertemu dengan sahabat akhi yang juga merupakan pemain yang handal dalam sukan tenis, Khairul Zaman.



Syafiq Hasri



Khairul Zaman

Alhamdulillah, semua pertandingan kami tempuhi bersama2. Bak kate orang, tidur same2, makan same2, lawan same2, bantu same2, cari maklumat same2 dan yang paling penting saling memberi semangat. Inilah kunci yang sentiasa menguatkan kami. Kami tak pernah kenal ape itu kalah. Bagi kami, selagi ada peluang, gunakan sebaik mungkin. Jangan pandang masa lalu, tapi pandanglah masa akan datang. Fikir secara professional dan sentiasa positif dalam apa keadaan sekalipun. Keputusan akhir diumumkan dan kami tidak layak untuk ke peringkat suku akhir. Ya Allah, ini bukan rezeki kami lagi untuk ke suku akhir. Sedikit sebanyak kami dapat mengenalpasti di mana kelemahan kami.



UMP VS KUPU SERI BEGAWAN









sesi pengumuman keputusan pusingan 1


UMP VS KUPU SERI BEGAWAN






UMP VS UNI ISLAM BANDUNG



UMP VS UKM A



UMP VS UMK






Akhi Hassanal (UMP) antara hakim yang termuda^^



UMP VS KUIS


Pada hari seterusnya, akhi terlupa yang akhi ada mendaftarkan diri untuk menjadi peserta di program Konvensyen Pendakwah Muda. Program itu betul2 dijalankan di sebelah tempat berlangsungnya pertandingan debat ASEAN. Pada malam itu, akhi sedikit bingung. Yang mana satu yang patut akhi pilih. Ada jugak sahabat2 yang mencadangkan akhi untuk pergi ke konvensyen tersebut tetapi akhi masih perlu menghadiri dalam pertandingan debat sebagai salah satu persediaan dalam menghadapi Pertandingan Debat Diraja Bahasa Arab yang akan berlangsung pada April 2013, insya Allah. Selepas melihat persembahan debat antara UNISZA VS SYARIF HIDAYATULLAH, akhi memutuskan untuk menghadiri konvensyen tersebut. Alhamdulillah, masih lagi sempat walaupun survive seorang diri walaupun sedikit terlewat.







Antara isi yang dapat akhi catitkan adalah (sebagai perkongsian bersama):


Prof Dr Abu Hassan

1.   Gunakan media untuk tujuan dakwah kerana 96% pengguna yang menggunakan akaun FB sebagai alat komunikasi bagi generasi 40 tahun ke bawah.
2.      Isu berkaitan potret Nabi Muhammad SAW ( kajian dalam masa 3 bulan, tiada karya yang wujud berkaitan luar biasanya tamadun islam sebagai pengganti dan pembina bagi generasi kini).





Sham Kamikaze

1.      Masukkan dakwah dalam bidang yang kita minati dan berkemahiran.
2.      Islam datang bukan mengharamkan tapi mendidik.
3.      Sahabat Rasulullah SAW bersifat ‘ kami dengar, kami buat’.
4.      Muzik adalah fitrah.
5.      Pengaruh hiburan amat kuat.
6.      Gantikan perkataan ‘idol = semabahan’ kepada ikon.
7.      Jangan terlalu menghukum.
8.      Belajar untuk berlapang dada.


Ana Rafali

1.      Jadi lebih baik daripada semalam.
2.      Berada dalam keadaan terbaik.
3.      Semangat untuk berubah.
4.      Pernah berpendapat bahawa orang yang berhijab adalah mereka yang telah bersedia unutk memikul amanah.
5.      Minta doa daripada orang lain, mungkin ada keberkatannya.
6.      Banyak faktor boleh membantu pada kesukaan.
7.     Penulis lagu perlu ada tanggungjawab dengan ada mesej yang positif dan dapat membantu menjadi lebih baik.
8.      Sesiapa boleh melakukan dakwah.


Imam Muda Hafiz

1.      Hidayah adalah nikmat yang paling besar.
2.      Ahli syurga : Ya Allah, terima kasih kerana memberi hidayah kepada kami.
3.      Hidayah taufik (Allah kurniakan kepada sesiapa yang Allah inginkan. Kepada orang yang sudah sangat jauh daripada Allah. Hidayah yang dapat merasai kemanisan iman).
4.      Hidayah irsyad (Pendidikan).
5.      Perhatian pemuda dapat mudah ditarik ketika mereka sedang stress.
6.      Penampilan artis dan lagu yang memainkan peranan.


Akhi tidak dapat mengikuti konvensyen ini sehingga habis kerana masalah pengangkutan. Kebetulan bas yang memang kami pulang ke hotel pada hari itu bertolak selepas zohor. Walaupun ada senior akhi yang mencadangkan agar akhi pulang bersamanya, akhi terpaksa tolak kerana cadangan itu tidak sesuai bagi diri akhi yang berstatus begini^^haha..(ayat tak boleh blah)…



















agak2, ape yg ade dlm ni eh???^^






4 Februari 2013 merupakan perjalanan kami, kontijen UMP dalam pertandinagn ini. Kami terpaksa pulang awal kerana di atas sebab2 yang tertentu tapi sempat lagi mengikuti pusingan akhir pertandingan yang melibatkan pasukan SYARIF HIDAYATULLAH VS USIM B. Sangat hebat pusinagn ini. Pusingan yang menentukan siapa yang layak bergelar juara. Keputusan akhir ini kami terima ketika kami sudah berhenti berehat di R&R Temerloh. Pasukan dari Indonesia, SYARIF HIDAYATULLAH menjadi juara pada edisi kali ini. “TAHNIAH MAS!!!^^”


Sebelum akhi menutup penulisan akhi ini, akhi mewakili team UMP (KEBARA) memohon maaf kepada fasi kami kerana kami terlupa ingin memberitahu akan kepulangan kami. Kami sedar akan kekhilafan ini ketika kami hampir tiba di Serdang. Mungkin kekalutan untuk pulang ke UMP menyebabkan kami terlupa akan hal yang paling penting. Sekali lagi, MAAFKAN KAMI!!!...T_T


Terima kasih diucapkan kepada:

1.      Penaja pertandingan ini yang sudi menjemput UMP.
2.      The Aston Hotel yang telah menyediakan penginapan yang selesa kepada kami.
3.      Panel2 hakim yang setia memegang amanah dalam mengadili kami dalam pertandingan ini.
4.      Sahabat2 team UMP.
5.   Peminat2 UMP yang setia memberi semangat dan sokongan serta membantu kami yang tiada pendidikan khas bahasa arab seperti kalian yang lain.




posing santai^^



Semoga apa yang akhi kongsikan di sini dapat kita ambil ibrahnya. Tegur akhi sekiranya ada tersilap dalam memberi maklumat. Sekali lagi, akhi memohon maaf atas kesilapan dalam penulisan kali ini. Doakan akhi agar terus kuat pada masa akan datang. Semoga kita dapat berjumpe kembali, insya Allah^^….



Berdiri: Akak2 Senior (lupe name ape^^), Hakimi, Akhi Hassanal, Ain Aisyah, Kak Jie, Kak Husna
Duduk: Fateh (Muhaimin), Maghribi, Faiz, Shaiful Idlan, unknown person^^
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...