Sunday, January 27, 2013

ALAM BERIKUTNYA





Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.


Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah saw bersabda:


Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah saw lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:


"Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, January 23, 2013

LIRIK ALGEBRA- SUARA TAJDID KAMI






Kerana kebenaran engkau dipinggirkan
Kerana amanah engkau difitnah
Kerana cinta mulia engkau dipenjara
Kerana Tuhan engkau pun dibuang

Meskipun jasadmu dikurung orang
Namamu terus menjadi sebutan
Walaupun zamanmu itu telah berlalu
Namun keikhlasan tak pernah berguguran

Suaramu tetap kami warisi
Penyala obor suci nur ilahi
Dikau penyambung lisan nabi
Dikau cahaya tajdid kami

Setiap generasi nama tetap dipuji
Jangan digusar mulut yang celupar
Menabur fitnah tidak pernah sudah
Namun kamilah suara pembela

Kejujuranmu adalah cahaya
Suara mekar indah ibn taimiyah
Segar beredar mewarnai sejarah

Selagi ada hari
Selagi ada bumi
Suara kebenaran kan terus kedengaran
Perjuanagan tidak berakhir dengan kematian
Di mana keikhlasan ia berterusan

Setiap generasi nama tetap dipuji
Jangan digusar mulut yang celupar
Menabur fitnah tidak pernah sudah
Namun kamilah suara pembela

Suaramu tetap kami warisi
Penyala obor suci nur ilahi

Suaramu tetap kami warisi
Penyala obor suci nur ilahi




Wednesday, January 16, 2013

LIRIK HIJJAZ FT IN-TEAM FT UNIC FT MESTICA - ISRA' MIKRAJ





Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsia Tuhan 

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan


Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra’ mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Monday, January 14, 2013

KITA KENA SE'KEPALA'







Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat.


Pada kali ini akhi nak kongsi sikit sebuah kisah. kebetulan pula seorang senior akhi akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. 


"Ashraf doakan abe bahagia di samping zaujah tercinta di dunia dan akhirat. Insya Allah, Ashraf akan penuhi undangan abe dengan sahabat2 yang lain di sini^^".


.....................

Fatimah membersihkan ikan bilis di sinki dapurnya. Hari ini dia akan menyediakan sambal tumis ikan bilis dengan petai kegemaran suami tercintanya. Dia tahu suaminya itu amat menggemari masakan ini sebelum mereka bernikah lagi. Dia masih ingat ketika umminya menyediakan sambal tumis ini ketika rombongan suaminya hadir untuk mengikat tali pertunangan antara dia dan buah hatinya itu. Pelik tapi benar. Itulah yang dia nampak dengan mata kasarnya itu. Sebuah kebenaran. Calon suaminya itu hanya makan nasi kering berlaukkan sambal tumis ikan bilis dengan petai sahaja. Dia masih ingat lagi peristiwa itu…


“Aih Mubin, makan sambal ikan bilis je? Lauk lain tak sedap ke?”

“Eeerrrr, sedap jugak tapi tak tahu kenape yang ni paling sedap”.

“Ke bakal menantu abi ni suke makan sambal tumis je. Untung la, jimat belanja rumah nanti, haha”.

“Haha, mane ade abi”.

“Takpe2, makan sampai habis. Abi tengok tak semua yang makan, Mubn sorang je. Lagipun sambal tumis tu ummi yang buatkan. Resepinya daripada Fatimah”.

“Uhuk uhuk”.

“Haha, cakap pasal Fatimah dah tersedak ke?”.

“Eeerrr, takde la abi, terkene bahagian pedas”.


Semua tetamu yang hadir pada hari itu gembira melihat gelagat insan yang bernama Mubin Ashraf. Di sebalik tirai dapur, seorang puteri yang bakal menamatkan zaman bujangnya ketawa seorang diri.


“Ade pulak macam tu, Akhi, akhi,haha”.


Peristiwa itu mengingatkan kembali bagaimana dia memulakan bicara dengan insan yang kini menjadi suaminya setelah lama mereka ‘malu2 kucing’. Pada malam hari, selepas dia menyiapkan assignmentnya.hatinya terdetik, adakah dia layak dengan insan yang dia lihat sebentar tadi? Apakah ini jalan yang terbaik buatnya? Benarkah pada waktu ini? Adakah mereka serasi dalam menjalani hari2 yang penuh dengan liku rumah tangga? Lappy ASUS dibukanya. Dia menekan butang chatting untuk bertanya sesuatu kepada bakal suaminya itu. Dia memulakan bicara…


“Assalamualaikum ya akhi. Maaf kerana mengganggu pada malam buta ni. Sekadar ingin bertanya. Adakah kita ini sekufu? Tiba2 je ana diganggu dengan persoalanan ini. Ana bukanlah yang terbaik berbanding akhwat yang lain. Ana tak mengharapkan akhi membalas terus persoalanan ni. Bila2 pun boleh. Asalkan free dan tak mengganggu kerja2 akhi. Wassalam…”


Dia hamper ingin menutup akaun FBnya, tiba2…tung!!!


“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, kebetulan akhi tengah free sekarang ni. Bagi masa 15 minit, insya Allah, akhi akn reply balik k”.


Fatimah menghormati keputusan itu. Dia pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Lappynya dibiarkan di atas meja study. Sesudah itu, dia solat sunat witir 3 rakaat dengan dua kali salam. Masa yang berbaki dia gunakan untuk memuhasabah diri dan beristighfar kepada Ilahi. Sebaik dia menghabiskan istighfarnya, tung!!! (incoming pm from %^$£* 45HR4F)


“Alhamdulillah, siap pun, semoga bermanfaat nanti. Kalu ade yang tak faham nati bleh tanye k^^”.

“Ya Allah, die bagi esei. Hhmm, bace je la. Dah tanye sangat.”.


Fatimah mula membaca perutusan yang panjang lebar itu…


Sekufu - Persamaan diantara kedua pasangan suami dan isteri. Kesamaan taraf pada sudut agama yang baik, kedudukan, harta, keturunan, taraf pekerjaan, pendidikan dan lain-lain. Sekufu (kufu) adalah istilah yang di gunakan ulama dalam bab perkahwinan yang bermaksud sepadan atau secocok di antara suami isteri.Islam mementingkan soal kufu kerana menjadi faktor menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga.


Memilih pasangan hidup adalah pemilihan dalam menentukan belahan jiwa seseorang sepanjang hayat sehingga bertemu di syurga, insya'allah. Amat penting seseorang untuk memilih lelaki/wanita yang sekufu dalam menjalani proses pentarbiyahan kerana melalui tarbiyyah akan membentuk fikrah(kefahaman) Islam yang sebenar. Apabila fikrah Islam terbentuk dalam jiwa, nilaian sekufu akan hadir berdasarkan kefahaman Islam yang diterapkan dalam diri kedua-dua lelaki dan wanita. Jika wujud perbezaan dan perselisihan, maka terbukalah ruang-ruang bahaya dan risiko terutamanya apabila wujud percanggahan pada sudut prinsip, pertentangan idea, gerak kerja dan citarasa kerana kedua-duanya menilai sesuatu berdasarkan neraca yang berlainan menggunakan kefahaman yang tidak sama.


Persamaan dalam pentarbiyahan dan sekufu dalam fikrah Islam adalah sangat penting kerana kita hidup bukan untuk hidup biasa-biasa tetapi hidup kerana Allah SWT dan RasulNya. Kita hidup untuk bekerja membawa dan menyebarkan risalahNya, hidup untuk memperjuangkan agamaNya, cita-cita hidup untuk syahid dijalanNya. Kita bukan hidup untuk makan, tidur, bersosial dan mengerjakan rutin harian sahaja. Hidup kita membawa misi dan visi yang besar, menanggung serta memikul tanggung jawab melaksanakan amanah yang berat. Oleh sebab demikian, kita memerlukan gandingan hidup, belahan jiwa, pasangan cinta, pendokong dan penyokong setia yang selari dengan fikrah dan kefahaman kita. Kefahaman adalah produk yang dihasilkan daripada sistem tarbiyyah yang sama. Inilah yang dimaksudkan sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah. Kefahaman dan keserasian pada sudut fikrah tidak akan terhasil sekiranya wujud perbezaan yang ketara pada sistem tarbiyyah sekalipun dia adalah orang yang paling kita kenal, orang yang selalu bersamanya, orang yang sangat dicintai dan disayangi kerana nilaian duniawi tidak akan dapat menjamin keserasian dan kefahaman dalam melayarkan kehidupan dakwah yang menggalas misi yang besar ini.


Memilih pasangan yang sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah adalah satu keutamaan kerana ia bakal menentukan kebahagiaan dan kelangsungan hidup yang bukan sehari dua, atau sebulan dua, atau setahun dua, atau sepuluh tahun atau dua puluh tahun tetapi untuk selama-lamanya sehingga bertemu di taman-taman syurga. Insya'Allah. Memilih pasangan yang tidak sekufu pada situasi ini sebenarnya mempertaruh kehidupan berumahtangga kepada risiko keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan samada cepat atau lambat. Paling tidak, kehambaran dan kepedihan hidup bersama dalam duka kerana terpaksa bersama sekalipun cinta di hati telah tiada gara-gara memilih pasangan yang tidak sekufu dalam tarbiyyah dan fikrah.



Mudahnya, pilihlah yang sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah untuk dijadikan pasangan hidup mati, belahan jiwa rasa kasih sayang dan cinta serta sama-sama mendokong tugas dakwah. Jadikan faktor ini sebagai salah satu faktor yang penting dan utama, bukan faktor kecantikan fizikal paras rupa, kekayaan harta, keturunan yang mulia, pendidikan yang berjaya dan sebagainya. Allah SWT adalah penentu samada bahagia atau sengsara bukan faktor fizikal, harta, keturunan, pendidikan dan kerjaya. Pilihlah pasangan yang memiliki fikrah kefahaman Islam yang sebenar. Nescaya kita pasti beruntung.


Rasulullah bersabda:


"Sesungguhnya perempuan dikahwini kerana empat perkara : harta, kecantikan, keturunan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya."


Pada zaman ini, kebanyakkan wanita sudah mempunyai kerjaya dan berjaya. Pergaulan wanita sudah semakin luas dan sosial hidup masyarakat kini juga telah berubah.Wanita kini melalui perubahan ketara berbanding zaman dahulu. Jadi konsep penentuan jodoh daripada ibubapa juga adalah tidak begitu relevan.Ini adalah kerana pergaulan, cara hidup, pendidikan dan kerjaya menyebabkan wanita kini lebih terdedah dengan lelaki untuk di pilih menjadi pasangan hidup. Tetapi, pandangan ibubapa juga harus di ambil kira agar pasangan yang di pilih mendapat restu orang tua.


Sebenarnya wanita berhak memilih pasangan yang sekufu dengannya iaitu sama taraf tidak kira dalam kerjaya atau pendidikan.Pemilihan sekufu juga, bertujuan untuk mengelakkan ungkit - mengungkit di kemudian hari.


Tetapi ini bukanlah satu penentuan mutlak.Hukum fikah membenarkan memilih pasangan tanpa melihat kedudukan, kekayaan dan pendidikan. Maknanya, dibolehkan wanita yang mempunyai kedudukan tinggi  berkahwin dengan lelaki yang tarafnya lebih rendah.Bagaimanapun , islam telah memberi panduan yang sangat baik untuk memilih calon suami atau isteri.Ini bagi mewujudkan rumahtangga yang serasi dan dapat di layari dengan aman dan tenteram.


Banyak pasangan yang mengalami krisis rumahtangga di sebabkan tidak sekufu ( perbezaan darjat ),  berbeza pendapat, pemikiran, citarasa dan kebiasaan.Sebab itulah, pentingnya pengenalan atau merisik terlebih dahulu. Semasa tempoh merisik sepatutnya pengenalan diri calon haruslah di jelaskan tanpa menyembunyikan sesuatu perkara.Bagaimanapun perkara yang mendatangkan aib, tidak wajib didedahkan .Ini adalah lebih baik di sembunyikan bagi mengelak fitnah dan masalah pada masa hadapan.


Jika suami, tidak menjelaskan secara jujur atau berbohong sepanjang tempoh bertunang atau berkenalan dan selepas akad nikah barulah si isteri mendapat tahu hal sebenarnya para ulama berpendapat adalah harus bagi isteri atau walinya menuntut fasakh bagi memutuskan ikatan.


Ini membuktikan betapa pentingnya soal kufu.Calon suami atau isteri yang menyembunyikan tentang dirinya bermaksud tidak ikhlas dan ada niat menipu.Sedangkan dalam perkahwinan kejujuran , telus dan menghargai pasangan adalah perlu.


Mengikut sudut syarak, ulama memberikan pelbagai aspek perlu di lihat berkaitan kufu.Imam hanafi, maliki, hambali dan syafie menjelaskan maksud persamaan kufu dilihat dari sudut keturunan, pekerjaan, keagamaan. fizikal, ilmuan dan juga harta. Aspek kufu lain adalah umur, hubungan kekeluargaan, minat, bangsa, gaya hidup dan tempat tinggal. Tetapi tetap meletakkan faktor agama menjadi keutamaan. Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak -anak melaksanakan amalan suruhan tuhan.


Diriwayatkan dalam satu kisah, seorang lelaki datang menemui Hassan bin Ali , untuk mendapat nasihat. Katanya, " Anak perempuan aku dipinang oleh beberapa lelaki .Lelaki bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku ? ". Lantas Hassan menjawab : " kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika dia menyukai isterinya dia pasti mengasihinya tetapi jika dia tidak menyukai isterinya pasti dia tidak akan berlaku zalim terhadapnya ".


Sesungguhnya lelaki bertakwa tidak akan bertindak sesuka hati terhadap isterinya.Isterinya akan di layan dengan baik kerana isteri adalah amanat dari Allah. Penelitian soal kufu bukanlah bertujuan untuk menyukarkan soal pemilihan pasangan hidup . Sesungguhnya islam amat menggalakkan umatnya berkahwin.Antara urusan yang tidak patut ditangguhkan apabila tiba masanya adalah mendirikan rumahtangga.


Insya Allah, itu sahaja dulu buat mase ni. Akhi ada kerja skit lagi yang nak disiapkan. Kalu ade yang tak betul atau tak masuk akal, tegur la ye, k, salam (sedap sambal tumis tadi)^^”.


"Hhmm, ade jugak yang suka makan satu lauk dalam dunia ni".


Fatimah membisik di dalam hatinya. “ Ya Allah, sekiranya dia terbaik buatku, maka Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Sekiranya dia bukan milikku, Kau gantikanlah dirinya dengan yang lebih baik Ya Allah. Hanya Kau yang tahu akan segala2nya tentang hati ini”.


“Along, oh Along”.

“Ya ummi. Ummi panggil along?”,

“Eh, ye ke? Mane ade. Kan ummi tengah masak ni”.

“Dah tu, sape yang panggil along”.

“Haha, serius pulak die. Ye ummi yang panggil along. Tolong panggil abi makan”.

“Tak payah panggil, dah sampai pun”.

“Aik, cepatnye sampai. Tak sempat nak panggil”.

“Cukup la sambal tumis tu yang panggil akhi”.

“Haha,ok. Jom makan”.







WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
 UNIC FT IM NAZRUL

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.




 Insya Allah, itu sahaja dulu buat time ni. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Teruskan berdoa dan beribadat kepadaNya. Ilal liqa'^^..




Saturday, January 12, 2013

LIRIK SHOUTUL HAROKAH - BINGKAI KEHIDUPAN






Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur’anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina


Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-qur’an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan  Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi


Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur’anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina


Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Al-qur’an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

Wednesday, January 9, 2013

SEUSAI 2012






Alhamdulillah. Syukur  kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada akhi dan kepada semua sahabat yang kasihi sebuah kesempatan dan nikmat untuk beribadat kepadaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta sahabat baginda.


Alhamdulillah. Tepat pukul 12 tengah hari tadi maka berakhirlah imtihan akhi pada semester kali ini. Syukur Alhamdulillah. Semua dipermudahkan olehNya. Ada yang baik, ada yang sakit hati. Biasa la tu. Name pula exam. Kalu tak susah bukan exam la name die^^.


Kelip2 mata rupanya kite dah masuk tahun 2013. Serius, tahun ni akhi tak terasa langsung perubahan masa tu. Lagipun, tak penting pun. MAKA, tanamlah satu hajat baru yang mana, akhi nak jadikan diri ini lebih baik dari semalam. Yang semalam kite same2 tutup buku, yang hari ni, hadapilah dengan ketenagan dengan mengingatinya, esok, preparekan diri untuk jadi lebih baik dari hari ini.


Tahun 2012 (tak dak pun kiamat^^) bagi akhi merupakan tahun menyambut akhi untuk mengahadapi alam dewasa. Banyak perubahan yang akhi nampak. Pada tahun ni jugak, banyak kenangan pahit manis yang akhi lalui. Mendengar khabaran gembira daripada sahabat2, meraikan kehidupan dengan keluarga tercinta, diberitakan tentang kematian sahabat2 yang dikenali dan banyak lagi. ALLAHUAKBAR. Apakah semua ini???


Sebelum tu, marilah kite same2 sedekahkan al-fatihah kepada semua sahabat2 kite, guru2 kite, saudara2 terdekat kite, saudara2 seislam kite yang lain, semoga mereka semua ditempatkan di kalangan mereka2 yang soleh dan solehah…al-fatihah….


Insya Allah, malam ni, akhi akan berangkat pulang ke kampong akhi di NEWCASTLE!! Wahaha..bapok jaoh..haha^^. Biasa la tu. Tapi nak sampai kat sane kene la menghadapi saat di dalam bas yang ‘selesa’ selama 8 jam. Semoga Allah memudahkan perjalanan akhi.


Newcastle? Serius?


Mane ade la. Bagi kami yang lahir di bumi Kelantan, nak2 lagi yang tinggal di Kota Bharu.dah jadi kebiasaan kami meng’ade2’kan persamaan ni^^


KOTA BHARU = NEWCASTLE


Macam lain je? Memang la^^. Xpe2 yang ni tak penting pun, haha..


Cuti bakal menjelang. Mungkin sahabat2 yang searus dengan akhi sibuk merancang masa percutian yang agak lame ni. Tapi kene ingat,


jangan di ipt, kite seorang yang rajin ke masjid
di rumah, kite seorang yang liat ke masjid


jangan di ipt, kite seorang yang mengeratkan silaturrahim
di rumah, kite seorang yang mengurungkan diri di dalam bilik


jangan di ipt, kite seorang yang aktif
di rumah, kite seorang yang pasif dan m***s





Isilah masa anda semua dengan aktiviti2 yang berfaedah. Sekurang2nye bersukan bersama sahabat2 di tempat kite. Eratkan lagi ukhwah kite dengan mereka. Kan dah lame tak jumpe. Apa salahnye kan. Kepada kaki2 yang suke kedai kopi (perangai lame^^), tanye la khabar pak cik ngan mak cik yang ade kat sane. Walaupun kite sudah masuk ipt, ni tak bermakne yang kite ni lebih baik daripada mereka. Allah nilai kite semua sama. Yang membezakan adalah hati kite. Sama ada ikhlas atau tidak. Gunekan setiap sudut masa untuk membuat kebaikan. Jangan biarkan masa cuti ni berlalu tanpa membuat apa2.





Oh ya, nasib baik akhi ingat. Kepada sahabat2 yang berwarganegerian Kelantanese, dijemput untuk hadir ke majlis ilmu di Jalan Dato’ Pati pada hari juamat dalam pukul 8 pagi kalu tak silap. Tapi akhi tak sure la, minggu ni ade kuliah ke tak. Dah lame tak balik. Cube usha2 la eh^^


Insya Allah, tu saje daripada akhi. Tak ade yang penting mane pun. Sekadar nak lepaskan hajat untuk menconteng sikit kat blog ni. Rase dah lame tinggal. Kepada sahabat2 yang masih lagi berada dalam Peperangan Imtihan, akhi doakan kejayaan kalian semua. banyakkan berdoa dan membaca al-qur'an. Bantulah antara satu sama lain demi agama kita. Semoga kite semua dipanjangkan umur dan sentiasa dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Insya Allah, wa illalliqa’









Anak2 muda sedang memperkukuhkan strategi dalam menghadapi Peperangan Imtihan yang menimpa di UMP^^



Tuesday, January 1, 2013

LIRIK UNIC FT IM HASSAN IM JABBAR IM HAFIZ IM NAUFAL







Rahman Rahim
A’liyul A’zimul Kareem
Ghaffar Qahhar
Razzaqul Fattahul A’lim
Khabir Syahid
Hamidur Raqibul Muqit

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa ‘ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim

Rahman Rahim
A’liyul A’zimul Kareem
Ghaffar Qahhar
Razzaqul Fattahul A’lim

Kau selalu ada di hatiku
Ku kan selalu menyebut namaMu
Allah
Allah

Allah,
Aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar

Dan sujudku rebahkan untuk mengharapkan
Keampunan keredhaan kasih sayang dan rahmat
DariMu Ya Allah

Ilahi lastulil firdausi ahla
Wa la aqwa ‘ala naril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi
Fainnaka ghafirul dzanbil adzhim

Allah,
Aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi nerakaMu
Terima taubatku ampunkan dosaku
Kerna sesungguhnya
Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar

Kau pengampun dosa-dosa besar



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...