Tuesday, December 10, 2013

UKHWAH ITU APA YA?




Alhamdulillah, masih lagi kita dapat menjenguk skrin lappy masing2. Sebelum tu marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada salah seorang UMP kampus Gambang yang baru meninggal dunia semalam akibat kemalangan di Segamat, Johor semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Akhi nak pesan ni:

“Banyak2 la mengingati mati sahabat2. Walaupun perkara ini amat kecil tetapi inilah sedikit ‘shock circuit’ yang boleh mengingatkan kita dengan akan perjalanan kita pada masa akan datang. Semoga kita sama2 berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT dan syurga menjadi hadiah yang kita sa,a2 dambakan selama ini. Yang ini jugak dapat mengelakkan kita daripada penyakit al-wahan iaitu cinta dunia dan takut mati ”.

 Tidak lupa juga akhi nak ajak sahabat2 untuk kita sama2 doakan saudara2 kita di Kuantan yang mana telah berlaku bencana banjir pada akhi yang paling buruk jugak la. Samapai kuliah UMP terpaksa dibatalkan selama 3 HARI!!!

“Wahaaa, seronok?”.

Mungkin ada yang seronok, tapi pada akhi tidak. Bayangkan salah satu stesen minyak kat tempat banjir tu, air die sampai bumbung.

“Ha? Bukan ke bumbung stesen minyak tinggi ke?”

Yup. Itu la yang berlaku. Pagar KIPSAS runtuh, kereta2 tersadai. Dah macam kene ombak tsunami. Alhamdulillah, Allah pilih akhi untuk membantu saudara2 kita ni pada hari jumaat dan ahad.

“Ha? Sabtu hang pi mana?”.

Pi Indon, haha^^.

Tak dak la. Tak dak masa nak wat sume tu. Kebetulan hari sabtu tu akhi ade keje yang nak kene settle. So, tak dapat pegi la jawabnye^^. Alhamdulillah, akhi sempat untuk tolong saudara kite untuk cuci rumah die. Ni first time tau. Tak sangka banjir ni meninggalkan kesan bau yang amat!!!

(Cover nak &*%$&$)

Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan. Bersyukur la kite. Mungkin nanti allah uji kite dengan perkara yang lagi berat. Kite tak tau kan. Saat yang paling best bile dah settle sume cuci, lontaran ucapan:

‘TERIMA KASIH KERANA TOLONG MAK CIK’

Allahuakbar. Satu penghargaan yang dirasa ringan tapi bermakna. Seronok bile tengok saudar kite menguntum senyuman. Besar hati die. Bantuan barang2 keperluan kami salurkan. Bertambah seronok la diorang. Mungkin di tempat penempatan, mereka tak dapat lelapkan mata kerana memikirkan harta benda mereka yang telah musnah. Allah3x...

Insya Allah pada kali ni akhi nak share sikit berkaitan dengan ukhwah. Kadang2 kite mengaku yang mana persaudaraan yang kite jalankan untuk menuju ke syurga Allah. Kite mengakui ukhwah ini satu medium menghidupkan semula bi’ah solehah yang diterapkan dalam Islam.

“Ye dok?”.

“Macam main sembang je”.

 “Perkara ni bukan hanya teori dan manis dilafazkan pada kata2, tapi pada realiti itu sendiri”.

Di sini akhi nak share info yang akhi dapat setelah sekian lama memerah keringat untuk mencari masa yang sesuai.

“Pufff”.

Antara rukun dalam mengikatkan tali persaudaraan adalah:


1.       Ikhlas kerana Allah Taala
Tidak tertegak persaudaraan sekiranya masih ada lagi kepentingan diri, kemegahan, keuntungan, kebendaan dan gelaran.


2.       Disertakan dengan iman dan taqwa
Sabda Nabi saw “Jangan engkau berkawan kecuali dengan orang mukmin dan jangan engkau memakan makananmu kecuali dengan orang yang bertaqwa “.
(riwaat Abu  Daud dan Tarmizi).


3.       Berdasarkan sistem Islam
Persaudaraan yang terjalin mengikut landasan syariat Allah dan Sunnah Rasulullah saw.


4.       Tertegak atas nasihat yang baik.


5.       Saling bertolongan –tidak menzalimi saudara.

Persaudaraan adalah jantung dan jiwa bagi agama Islam. Islam yang dibawa Rasulullah saw menjadikan persaudaraan sebagai sandaran pokok dalam pembangunan ummat dan melahirkan masyarakat yang berdiri di atas landasan aqidah. Persaudraan merupakan nikmat kurniaan Allah yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya agar manusia terselamat dari kemurkaan dan azab. Persaudaraan Islam lebih bernilai dan mahal daripada dunia dan segala isinya.
(al-Anfal : 63)

Persaudaraaan yang tulus ikhlas sangat tinggi nilainya sehinggga tergolong sebagai amal kebajikan yang utama dan mulia. Sabda Nabi saw “amal kebajikan yang paling afdhal ialah kecintaan demi kerana Allah swt “.
(riwayat Abu Daud)

Dalam  bersaudara,setiap orang beriman hidup dengan semangat berjamaah,tanpa jamaah dia tidak dapat lihat erti kedudukan  dirinya, tidak akan berkembang maju. Segala bentuk perkauman dan diskriminasi akan terhapus melalui jamaah.

Dalam berukhwah, kite boleh melihat dan menilai tahap ukhwah yang ditonjolkan oleh sahabat kite dengan apa yang dia lakukan.

“Tahap? Macam Candy Crush je”.

Nope ‘ah, this is the special level”.

Peringkat tersebut terbahagi kepada tiga:

Terendah : Memenuhi keperluan saudaranya dengan harta yang ia miliki
Pertengahan : Memperlakukan ke atas saudaranya sebagaimana ia memperlakukan ke atas dirinya sendiri
Tinggi : Mengutamakan saudaranya lebih daripada kepentingan diri sendiri.

Jangan terkejut pulak kalu akhi cakap ade juga sahabat2 kite ni yang pada zahirnya ataupun di depan kite, pijak semut pun tak mati, tapi bile di belakang kite, die sentiasa memburuk-burukkan kite.

“Sakit hati dowh!”.

“Rileks, orang macam ni biasenye tak pegi jauh pun”.

“Tak pegi jauh? Acane tu?”.

“Bile die dah puas dengan ape yang die lakukan, die akan berusaha cari kite balik”.

“Cam budak couple je”.

“Yang couple tak termasuk dalam kategori nih”.

“Dush!!!”

Alhamdulillah, itu saje dulu yang akhi nak share pada kali ni, semoga kite sama2 dapat manfaat daripadanya. Kalu ade silap mane2 akhi minta maaf. Jangan lupa solat^^...

“Nak share boleh?”.

“Always keng”.

(^^)V


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...