Wednesday, November 6, 2013

MONOLOG KERANA-NYA



Alhamdulillah, Allah masih lagi sayang pada diri ini. Berjuta dosa yang telah dilakukan, masih lagi diri ini dikurniakan ingatan untuk terus mengingati-Nya. Keluhan rasa yang kekadang berkunjung tiba menyebabkan diri ini jatuh. Namun, ada satu perkara yang dapat menguatkan diri ini. Senjata utama yang membuat diri ini terus bangkit.

Bagaimana akhi berdiri dalam tarbiyyah?



Kisah lama yang meruntun jiwa. Saat perubahan alam yang berlaku saat itu. Sebelum semua ini berlaku, diri ini telah dikurniakan kejayaan demi kejayaan dalam hidup. Diberi laluan mudah untuk mencapai impian. Diberi kesenangan untuk menjawab setiap apa yang dipersoalkan. Diberi kekuatan yang luar biasa untuk menangkis kata2 yang tidak enak untuk didengar. 

Suatu saat yang tak di duga, diri ini diuji dengan peristiwa yang menjadi salah satu titik tolak bahawa diri ini akan diuji dengan kesusahan, kepayahan, kekalahan dan kesakitan. Hanya Allah yang tahu hati ini ketika itu. Sebuah kejayaan yang hampir dicatatkan tetapi telah ditutup dengan sekelip mata. Saat itu segala ruang untuk mengorak langlkah ini tertutup dengan begitu sahaja. Ibarat gerbang pintu yang tertutup rapat.




Kesabaran demi kesabaran yang dihadapi di alam baru yang tidak ingin dilihat tetapi terpaksa diteruskan demi kehidupan mendatang. Pelbagai mehnah manusia yang ku lihat saat itu. Pertama kali aku melihat pendidik ku dihina, pertama kali aku melihat sahabat2 bergaduhan sesama sendiri, pertama kali aku melihat realiti masyarakat yang tidak mengendahkan akahlak2 yang disemai oleh Rasulullah SAW. Gejala demi gejala yang berlaku membuatkan diri ini jatuh tanpa dibangunkan. 

Namun, Allah itu Maha Mendengar walaupun diri ini bukanlah asalnya dari warisan keagamaan, bukan warisan para ulama malah jauh lagi hubungan daripada golongan fisabilillah. Diri ini dilahirkan kosong. Tiada apa yang boleh menguatkan diri ini kecuali dengan asas yang diterima daripada pendidik ku, tetapi itu masih lagi sekelumit jari. Dengan usaha seorang novelis nusantara yang berjaya menggarap karya demi perjuangan dan dakwah, hati ini diketuk oleh soalan "APA TUJUAN KAU BERADA DI DUNIA INI?". Soalan yang tiada jawapan buat masa itu. Secara langsungnya, diri ini berfikir, apa yang telah aku lakukan sebelum ini? Atas apa aku berdiri pada hari ini? Kenapa hidup ku sama sahaja sejak aku dilahirkan?




Dua tahun diri ini diselebungi dengan persoalan itu sehinggalah aku melangkah keluar bersama sahabat ku di matrik untuk beriktikaf di masjid luar. Hati ini sayu pabila tiba di masjid yang dikunjungi. Diri ini menangis dalam diam. Sombong tidak mahu tampilkan di khalayak. Saat dinihari tiba, saat insan lain diperbaringan, diri ini berdoa kepadaNya agar dipertemukan dengan sahabat2 yang dapat membimbing ku ke jalan yang diredhaiNya.




Saat tiba di menara gading, alam baru yang didambakan oleh semua para penuntut ilmu. Diri ini diperkenalkan dengan sahabat yang bernama TARBIYYAH. Istilah ini yang membuatkan diri ini kecil dan hina disisi sahabat2 yang lain. Aku bukan dari sekolah agama, aku bukan dari keluarga yang mejalankan usrah, aku bukan seorang budak yang baik. Bagaimana hebatnya Allah yang mengatur hidup ini sehingga aku dapat mengenal pejuang2 agamaNya masa kini. Nama2 pejuang Imam Hasaan Al Banna, Syed Qutb, Sheikh Amad Yasin, yang berjuang selepas kejatuhan sistem khalifah pada 1924 di Turki. Diri ini terus memburu disebalik nama TARBIYYAH itu. Ramai sahabat2 yang aku temui sehinggalah aku mengenali banyak perkara, sehinggalah aku belajar sesuatu yang baru. Dengan mengenali sahabat yang bernama TARBIYYAH ini, dia telah berjaya membentuk diri ini untuk menjadi yang lebih baik. Kini, ramai yang meuji diri ini dengan kata2 pujian yang tidak putus tetapi diri ini tegas mengatakan bahawa "Aku tidak layak memeng pujian itu. Hanya KepadaNya yang sepatut ditujukan", Kerana perkataan itu pernah memakan diri ini dahulu. Aku masih lagi seorang penuntut. Banyak lagi yang belum ku ketahui. Semoga Allah memudahkan jalan ku dalam alam dunia ini agar aku tidak tercicir untuk menjadi golongan yang akan ke syurgaNya....amiin





2 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

moga Allah terus pelihara & permudahkan insyaAllah... :)

Ashraf Azahan said...

syukran akhi^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...