Monday, September 23, 2013

KHILAF SEORANG SAHABAT





Duhai sahabat,
Duhai pemimpin,
Duhai mualim,
Sekiranya aku salah, maafkan aku,
Sekiranya berat dosa ku pada mu,
Maka hukumlah aku.

Sekiranya hukuman itu ringan,
Aku turuti,
Sekiranya berat,
Aku juga besedia,
Bahkan dicampak ke lautan sekali pun.

Jika kau apungkan aku,
Maka timbullah aku,
Sekiranya kau selam aku,
Maka tenggelamlah aku.

Jika kau belas kepada ku,
Berikan aku sampan dan pendayung,
Agar aku dapat belajar mendayung,
Tapi bukan sampan yang berlubang,
Bukan pendayung yang patah.

Jika aral ku baik,
Maka baiklah,
Jika ombak kecil,
Mampu juga utuk ku berenang
Jika ombak besar yang menghempap ku,
Akan ku cuba melambai tangan ku.

Jika ini takdir ku,
Biarlah aku kelemasan,
Lemas dengan kesilapan ku,
Memang akal ku telah memahat,
Usah dikenang kebaikan kita kepada yang lain,
Tapi ingatlah kesilapan kita kepada yang lain.


By Ashraf Azahan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...