Friday, August 30, 2013

HANYA DIA DIHATIKU




Tenangnya hati ini mengingatiMu,
Di saat aku hiba Kau bersama ku,
Bait cinta kita tidak pernah pudar kan?

Tidak dapt ku gambarkan,
Hidup ini tanpaMu, Kau pendokong ku,
Kau penunjuk jalan ku.

Tika ku sendirian,
Kau menemani ku.

Tika ku sedih,
Kau pujuk aku.

Tika ku jatuh,
Kau ada disisiKu.

 Cinta kita tidak pudar kan?

Aku sayang padaMu,
Lebih dari segalanya,
Luahan ini ku tuju kan buatMu,
Yang ku sayangi.

Kau tidak pernah tinggalkan ku keseorangan,
Kau sentiasa menemaniku,
Kau sentiasa dihatiku.

Aku rindu bertemu denganMu,
Tapi,
Apa Kau mahu melihat ku,
Aku tahu,
Kau memilih hanya untuk cintaMu yang sejati,
Yang benar2 menyintaiMu.

Mungkin aku tidak,
Tidak dalam dakapanMu,
Tapi aku masih berharap,
kau menerima cinta ku,
Cinta yang Kau boleh buang,
Yang pergi sendirian dalam keresahan.

Aku tetap sayang kepadaMu,
Walau Kau melemparku,
Walau Kau ketepikan aku,
Walau Kau membenciku.


karya Ashraf Azahan

4 comments:

MerongoZ said...

Salut gan sama tulisannya.

Ashraf Azahan said...

yuk, sama2 kita meraih cintaNya^^

Asmaroni Rahman said...

tak da butang like ke... hehe... bagus puisi ni =)

Ashraf Azahan said...

xpandai lg nk letak cmne^^haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...