Monday, July 22, 2013

PENGALAMAN PERTAMA BAYAR ZAKAT FITRAH





“ Assalamualaikum ustaz”.
“Waalakumussalam”.
“Err, ustaz amil kat sini eh?”.
“A’ah”.
“Ooo”.


Selepas selesai urusan kerja.


“Ustaz, student boleh bayar zakat tak?”
“Boleh. Digalakkan kalu dah ade sumber cam PTPTN ke, tau sumber2 lain ke”.
“Ooo, Ustaz, saye nak bayar zakat boleh? Tapi saye ni baru je nak belajar2”.
“Boleh, baca lafaz bayar zakat untuk diri sendiri berdasarkan teks ni dan untuk akad ni kite ade salam jugak”.


Ustaz pun menghulurkan tangan. Hati ni pun berbisik.


“Eh eh, cam nak nikah pulak”. (serius time ni sangat2 berdebar^^).


“Ustaz, macam nak nikah je”.
“A’ah, tapi ni akad untuk zakat”.
“O, ok”. Tangan ustaz tadi disambut.


Akad pun dilafazkan.


“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.


Lafaz ni pun disambut oleh ustaz dan doa pun dibacakan.

Alhamdulillah, Allah bagi pengalaman bayar zakat^^haha, sangat seronok….



p/s: Kepada semua sahabat2 akhi yang dah mampu, jangan lupa untuk membayar zakat fitrah k, cume setahun sekali^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...