Friday, May 3, 2013

CIRI-CIRI SANG QIYADI (PEMIMPIN)




Gelombang anjakan paradigma bakal mengembangkan sayapnya tidak lama lagi. Semangat bersaing hadir pada setiap keping hati insan yang istiqamah dalam perjuangan. Keghairahan bengantung kepada-Nya menjadi diri mereka terus kental di medan perjuangan ISLAM. Hadirnya dinanti selama separuh dekad menyemarakkan lagi semangat juang yang telah lama berdiam diri. Segala sayap diangkatkan. Segala strategi dicaturkan. Segala senjata digilapkan. Kini, perjuangan ini tidak akan hadir tanpa satu hipotesis yang tersangat kuat. Laungan demi laungan, adakah ini mencukupi buat segala-galanya bagi jangka hayat yang mendatang?

Adat manusia inginkan belas dan perhatian. Inginkan keadilan dan kedamaian. Ingin kesempurnaan yang mencukupi. Semua ini tidak akan bermula tanpa hadirnya segumpal hati yang mendiami jasad yang lemah tetapi jelas matlamatnya di atas samudera fana ini. Penerapan bahawa kepentingan memelihara tampuk kerajaan yang berfomulakan sistematik menjadi fokus bagi pembentukan sebuah kerajaan yang teguh berdiri.
Pada pemimpin itu perlulah beriman dan bertaqwa kepada pencipta-Nya. Ini adalah asas utama seorang muslim dalam perjalanan hidup ini walaupun dia bukan seorang pemimpin sekalipun. Ini kerana Allah SWT berfirman bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa seperti ayat yang telah diterangkan dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang –orang yang beriman di antara kamu dan menegerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku”.

Keperibadian seorang pemimpin merupakan satu cerminan awal akan keadaan masa depan sesebuah kerajaan. Sama ada baik ataupun buruk. Semuanya bergantung kepada keperibadian seorang yang bernama pemimpin. Pemimpin yang beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan hadis menjadi antara tunjang yang sangat serius dalam pemilihan seorang pemimpin. Kata Imam Malik RA,

“As-sunnah itu seperti kapal Nabi Nuh barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang menyelisihinya akan karam”.

Pemimpin yang berfaham dengan kefahaman sesat atau tergolong dalam ahli bid’ah akan menghancurkan umat serta membawa kepada malapetaka kepada agama Islam itu sendiri dan fitnah yang tersangat besar. Pemimpin yang berilmu dan berfikiran terbuka serta luas dan maju ke hadapan akan menjadi idola baru kepada segenap lapisan masyarakat yang mendiami kerajaan tersebut. Sesungguhnya, ilmu itu membezakan antara seorang yang celik dan seorang buta. Allah mengangkat golongan yang berilmu pengetahuan. Menjadi satu senjata bagi seorang pemimpin yang berilmu untuk menaikkan kembali islam di mata dunia setelah dikuburkan pada 1924 oleh manusia khianat Mustafa Kamal Artarturk.


Telah dikongsikan di sini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...