Thursday, April 25, 2013

JANGAN TERLALU KETAWA




Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.“ 

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”hingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Keterangan:

Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat. Dan menjauhi ketawa secara berlebihan merupakan salah satu cara untuk kita tidak leka mengingat kepada maut.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...