Thursday, March 28, 2013

TAKE NOTE HERE!!!




Trend zaman pada hari amat pantas berubah. Sepantas kilat yang menyambar. Baru sahaja ingin merasai trend baru, sudah muncul lagi trend yang baru. Dan ia berlaku secara berterusan dan berleluasa. Faktor utama yang mendorong kepada perubahan ini adalah kemudahan akses yang hanya boleh dilayari bila-bila masa dan hanya perlu membimbit sebuah gajet ringan sahaja. kesan trend mudah dilihat sendiri melalui masyarakat yang berada disekeliling kita. Tidak salah untuk mengikuti trend, tetapi adakah sahabat-sahabat menimbang dahulu dengan menggunakan hadis berikut:

Sabda Rasulullah SAW :  Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 

Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (mak nyah/ pondan) samada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. 

Trend ini semakin menjadi-jadi dalam mesyarakat kita. Bukan sahaja di alam reality, malah ia mula berani menampilkan diri di laman sosial bag digilai ramai. Ya, mungkin ramai yang akan bersorak disebabkan anda berkelakuan begitu kerana ia dianggap kelakar. Sedar atau tidak itu semua mendorong kepada laknat Allah SWT? Hiburan itu tidak salah. Yang salah adalah menyalahgunakan hiburan. Semua orang suka akan hiburan kerana itu merupakan fitrah manusia yang inginkan hiburan tapi yang bukan melalaikan.

Trend berkelakuan seperti berlainan jantina merupakan trend yang tidak diambil berat oleh masyarakat sekarang. Ia bukan sahaja mengambil aspek ‘jaga tepi kain orang’, malah ia menggunakan fakta takdir yang mengatakan bahawa ‘ Allah sudah takdirkan aku jadi begini’. Sedar atau tidak itu merupakan bahawa itu merupakan satu bentuk ujian Allah SWT. Ada seorang sahabat lelaki yang berperwatakan seperti sejak lahir, tetapi disebabkan kefahaman agama yang ada dalam hatinya, dia berusaha untuk berperwatakan sebagai lelaki walaupun ia agak terlihat sedikit seperti wanita.

Trend ini juga biasa dimasukkan ke dalam aktiviti yang dianjurkan oleh badan tertentu seperti menghias pengantin dengan pakaian yang berlawanan dengan jantinanya. Apa objektif sebenar yang ingin disampaikan kepada para peserta melalui aktiviti ini? Untuk seronok? Ketahuilah para sahabat bahawa Allah SWT tidak akan meberkati sesebuah majlis yang mengandungi segala maksiat di dalamnya  walaupun pada awalnya majlis itu dimulakan dengan bacaan doa. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu’aim).

Adakah sahabat-sahabat sudah bersedia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...