Wednesday, March 20, 2013

DUNIA TERUS BEREDAR



Bermulanya saat, lahirlah minit. Datangnya minit, disambut jam terus berganti hari. Hari tanpa sedar menukar menjadi bulan. Maka dari bulan, beralih pula kepada tahun. Begitulah peredaran yang kita hadapi tanpa sedar,tanpa paksaan. Setiap hari dibibitkan dengan pelan perancangan yang ingin dilakukan. Tidak pernah putus. Kekadang itu, kita hanyut di telan zaman. Zaman bayi sudah berlalu. Zaman kanak-kanak sudah berlalu. Zaman remaja sudah berlalu. Kini, zaman menguji kematangan menjengah.Hari demi hari ditempuhi dengan pelbagai menah.

Sedarkah kita akan semua ini? Ilusi dan dimensi yang bermain di mata telah memekakkan telinga. Menutup segala ruang bagi mengaburi makna sebenar kehidupan. Kita leka di kala malam bertukarnya siang dan siang bertukarnya malam. Hayatilah firman Allah SWT: 

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

Sedarlah kita akan bekalan yang perlu dikumpul. Dunia yang maya ini hanyalah tempat persinggahan yang sangat sementara. Kini, kita sudah menganjak tua. Masihkah lagi kita mahu berfoya-foya sedangkan berita kematian sering menjengah di telinga kita. Ramai yang sudah pergi menghadap-Nya. Usia dunia juga sudah tidak lama. Zaman kehancuran dunia bakal menjelang. Marilah kita siapkan diri ini dengan sebaik-baik keadaan agar kita cukup bersedia di hadapan-Nya. Ingatlah, di sana kelak ramai manusia akan termenung dengan keresahan. Tercari-cari sesuatu yang tak pasti. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Masanya bakal tiba tanpa mengenal usia tua atau muda.

Dunia terus beredar
Masa terus berputar
Di mana hidup akan terdampar
Di mana hayat akan bersandar

Merenung masa depan
Dengan berjuta harapan
Mengenang masa lalu
Sayu rindu dan pilu hati
Naluri insani mencari erti


Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash  ayat  83).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...