Monday, January 14, 2013

KITA KENA SE'KEPALA'







Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat.


Pada kali ini akhi nak kongsi sikit sebuah kisah. kebetulan pula seorang senior akhi akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. 


"Ashraf doakan abe bahagia di samping zaujah tercinta di dunia dan akhirat. Insya Allah, Ashraf akan penuhi undangan abe dengan sahabat2 yang lain di sini^^".


.....................

Fatimah membersihkan ikan bilis di sinki dapurnya. Hari ini dia akan menyediakan sambal tumis ikan bilis dengan petai kegemaran suami tercintanya. Dia tahu suaminya itu amat menggemari masakan ini sebelum mereka bernikah lagi. Dia masih ingat ketika umminya menyediakan sambal tumis ini ketika rombongan suaminya hadir untuk mengikat tali pertunangan antara dia dan buah hatinya itu. Pelik tapi benar. Itulah yang dia nampak dengan mata kasarnya itu. Sebuah kebenaran. Calon suaminya itu hanya makan nasi kering berlaukkan sambal tumis ikan bilis dengan petai sahaja. Dia masih ingat lagi peristiwa itu…


“Aih Mubin, makan sambal ikan bilis je? Lauk lain tak sedap ke?”

“Eeerrrr, sedap jugak tapi tak tahu kenape yang ni paling sedap”.

“Ke bakal menantu abi ni suke makan sambal tumis je. Untung la, jimat belanja rumah nanti, haha”.

“Haha, mane ade abi”.

“Takpe2, makan sampai habis. Abi tengok tak semua yang makan, Mubn sorang je. Lagipun sambal tumis tu ummi yang buatkan. Resepinya daripada Fatimah”.

“Uhuk uhuk”.

“Haha, cakap pasal Fatimah dah tersedak ke?”.

“Eeerrr, takde la abi, terkene bahagian pedas”.


Semua tetamu yang hadir pada hari itu gembira melihat gelagat insan yang bernama Mubin Ashraf. Di sebalik tirai dapur, seorang puteri yang bakal menamatkan zaman bujangnya ketawa seorang diri.


“Ade pulak macam tu, Akhi, akhi,haha”.


Peristiwa itu mengingatkan kembali bagaimana dia memulakan bicara dengan insan yang kini menjadi suaminya setelah lama mereka ‘malu2 kucing’. Pada malam hari, selepas dia menyiapkan assignmentnya.hatinya terdetik, adakah dia layak dengan insan yang dia lihat sebentar tadi? Apakah ini jalan yang terbaik buatnya? Benarkah pada waktu ini? Adakah mereka serasi dalam menjalani hari2 yang penuh dengan liku rumah tangga? Lappy ASUS dibukanya. Dia menekan butang chatting untuk bertanya sesuatu kepada bakal suaminya itu. Dia memulakan bicara…


“Assalamualaikum ya akhi. Maaf kerana mengganggu pada malam buta ni. Sekadar ingin bertanya. Adakah kita ini sekufu? Tiba2 je ana diganggu dengan persoalanan ini. Ana bukanlah yang terbaik berbanding akhwat yang lain. Ana tak mengharapkan akhi membalas terus persoalanan ni. Bila2 pun boleh. Asalkan free dan tak mengganggu kerja2 akhi. Wassalam…”


Dia hamper ingin menutup akaun FBnya, tiba2…tung!!!


“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, kebetulan akhi tengah free sekarang ni. Bagi masa 15 minit, insya Allah, akhi akn reply balik k”.


Fatimah menghormati keputusan itu. Dia pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Lappynya dibiarkan di atas meja study. Sesudah itu, dia solat sunat witir 3 rakaat dengan dua kali salam. Masa yang berbaki dia gunakan untuk memuhasabah diri dan beristighfar kepada Ilahi. Sebaik dia menghabiskan istighfarnya, tung!!! (incoming pm from %^$£* 45HR4F)


“Alhamdulillah, siap pun, semoga bermanfaat nanti. Kalu ade yang tak faham nati bleh tanye k^^”.

“Ya Allah, die bagi esei. Hhmm, bace je la. Dah tanye sangat.”.


Fatimah mula membaca perutusan yang panjang lebar itu…


Sekufu - Persamaan diantara kedua pasangan suami dan isteri. Kesamaan taraf pada sudut agama yang baik, kedudukan, harta, keturunan, taraf pekerjaan, pendidikan dan lain-lain. Sekufu (kufu) adalah istilah yang di gunakan ulama dalam bab perkahwinan yang bermaksud sepadan atau secocok di antara suami isteri.Islam mementingkan soal kufu kerana menjadi faktor menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga.


Memilih pasangan hidup adalah pemilihan dalam menentukan belahan jiwa seseorang sepanjang hayat sehingga bertemu di syurga, insya'allah. Amat penting seseorang untuk memilih lelaki/wanita yang sekufu dalam menjalani proses pentarbiyahan kerana melalui tarbiyyah akan membentuk fikrah(kefahaman) Islam yang sebenar. Apabila fikrah Islam terbentuk dalam jiwa, nilaian sekufu akan hadir berdasarkan kefahaman Islam yang diterapkan dalam diri kedua-dua lelaki dan wanita. Jika wujud perbezaan dan perselisihan, maka terbukalah ruang-ruang bahaya dan risiko terutamanya apabila wujud percanggahan pada sudut prinsip, pertentangan idea, gerak kerja dan citarasa kerana kedua-duanya menilai sesuatu berdasarkan neraca yang berlainan menggunakan kefahaman yang tidak sama.


Persamaan dalam pentarbiyahan dan sekufu dalam fikrah Islam adalah sangat penting kerana kita hidup bukan untuk hidup biasa-biasa tetapi hidup kerana Allah SWT dan RasulNya. Kita hidup untuk bekerja membawa dan menyebarkan risalahNya, hidup untuk memperjuangkan agamaNya, cita-cita hidup untuk syahid dijalanNya. Kita bukan hidup untuk makan, tidur, bersosial dan mengerjakan rutin harian sahaja. Hidup kita membawa misi dan visi yang besar, menanggung serta memikul tanggung jawab melaksanakan amanah yang berat. Oleh sebab demikian, kita memerlukan gandingan hidup, belahan jiwa, pasangan cinta, pendokong dan penyokong setia yang selari dengan fikrah dan kefahaman kita. Kefahaman adalah produk yang dihasilkan daripada sistem tarbiyyah yang sama. Inilah yang dimaksudkan sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah. Kefahaman dan keserasian pada sudut fikrah tidak akan terhasil sekiranya wujud perbezaan yang ketara pada sistem tarbiyyah sekalipun dia adalah orang yang paling kita kenal, orang yang selalu bersamanya, orang yang sangat dicintai dan disayangi kerana nilaian duniawi tidak akan dapat menjamin keserasian dan kefahaman dalam melayarkan kehidupan dakwah yang menggalas misi yang besar ini.


Memilih pasangan yang sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah adalah satu keutamaan kerana ia bakal menentukan kebahagiaan dan kelangsungan hidup yang bukan sehari dua, atau sebulan dua, atau setahun dua, atau sepuluh tahun atau dua puluh tahun tetapi untuk selama-lamanya sehingga bertemu di taman-taman syurga. Insya'Allah. Memilih pasangan yang tidak sekufu pada situasi ini sebenarnya mempertaruh kehidupan berumahtangga kepada risiko keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan samada cepat atau lambat. Paling tidak, kehambaran dan kepedihan hidup bersama dalam duka kerana terpaksa bersama sekalipun cinta di hati telah tiada gara-gara memilih pasangan yang tidak sekufu dalam tarbiyyah dan fikrah.



Mudahnya, pilihlah yang sekufu pada sudut tarbiyyah dan fikrah untuk dijadikan pasangan hidup mati, belahan jiwa rasa kasih sayang dan cinta serta sama-sama mendokong tugas dakwah. Jadikan faktor ini sebagai salah satu faktor yang penting dan utama, bukan faktor kecantikan fizikal paras rupa, kekayaan harta, keturunan yang mulia, pendidikan yang berjaya dan sebagainya. Allah SWT adalah penentu samada bahagia atau sengsara bukan faktor fizikal, harta, keturunan, pendidikan dan kerjaya. Pilihlah pasangan yang memiliki fikrah kefahaman Islam yang sebenar. Nescaya kita pasti beruntung.


Rasulullah bersabda:


"Sesungguhnya perempuan dikahwini kerana empat perkara : harta, kecantikan, keturunan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya."


Pada zaman ini, kebanyakkan wanita sudah mempunyai kerjaya dan berjaya. Pergaulan wanita sudah semakin luas dan sosial hidup masyarakat kini juga telah berubah.Wanita kini melalui perubahan ketara berbanding zaman dahulu. Jadi konsep penentuan jodoh daripada ibubapa juga adalah tidak begitu relevan.Ini adalah kerana pergaulan, cara hidup, pendidikan dan kerjaya menyebabkan wanita kini lebih terdedah dengan lelaki untuk di pilih menjadi pasangan hidup. Tetapi, pandangan ibubapa juga harus di ambil kira agar pasangan yang di pilih mendapat restu orang tua.


Sebenarnya wanita berhak memilih pasangan yang sekufu dengannya iaitu sama taraf tidak kira dalam kerjaya atau pendidikan.Pemilihan sekufu juga, bertujuan untuk mengelakkan ungkit - mengungkit di kemudian hari.


Tetapi ini bukanlah satu penentuan mutlak.Hukum fikah membenarkan memilih pasangan tanpa melihat kedudukan, kekayaan dan pendidikan. Maknanya, dibolehkan wanita yang mempunyai kedudukan tinggi  berkahwin dengan lelaki yang tarafnya lebih rendah.Bagaimanapun , islam telah memberi panduan yang sangat baik untuk memilih calon suami atau isteri.Ini bagi mewujudkan rumahtangga yang serasi dan dapat di layari dengan aman dan tenteram.


Banyak pasangan yang mengalami krisis rumahtangga di sebabkan tidak sekufu ( perbezaan darjat ),  berbeza pendapat, pemikiran, citarasa dan kebiasaan.Sebab itulah, pentingnya pengenalan atau merisik terlebih dahulu. Semasa tempoh merisik sepatutnya pengenalan diri calon haruslah di jelaskan tanpa menyembunyikan sesuatu perkara.Bagaimanapun perkara yang mendatangkan aib, tidak wajib didedahkan .Ini adalah lebih baik di sembunyikan bagi mengelak fitnah dan masalah pada masa hadapan.


Jika suami, tidak menjelaskan secara jujur atau berbohong sepanjang tempoh bertunang atau berkenalan dan selepas akad nikah barulah si isteri mendapat tahu hal sebenarnya para ulama berpendapat adalah harus bagi isteri atau walinya menuntut fasakh bagi memutuskan ikatan.


Ini membuktikan betapa pentingnya soal kufu.Calon suami atau isteri yang menyembunyikan tentang dirinya bermaksud tidak ikhlas dan ada niat menipu.Sedangkan dalam perkahwinan kejujuran , telus dan menghargai pasangan adalah perlu.


Mengikut sudut syarak, ulama memberikan pelbagai aspek perlu di lihat berkaitan kufu.Imam hanafi, maliki, hambali dan syafie menjelaskan maksud persamaan kufu dilihat dari sudut keturunan, pekerjaan, keagamaan. fizikal, ilmuan dan juga harta. Aspek kufu lain adalah umur, hubungan kekeluargaan, minat, bangsa, gaya hidup dan tempat tinggal. Tetapi tetap meletakkan faktor agama menjadi keutamaan. Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak -anak melaksanakan amalan suruhan tuhan.


Diriwayatkan dalam satu kisah, seorang lelaki datang menemui Hassan bin Ali , untuk mendapat nasihat. Katanya, " Anak perempuan aku dipinang oleh beberapa lelaki .Lelaki bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku ? ". Lantas Hassan menjawab : " kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika dia menyukai isterinya dia pasti mengasihinya tetapi jika dia tidak menyukai isterinya pasti dia tidak akan berlaku zalim terhadapnya ".


Sesungguhnya lelaki bertakwa tidak akan bertindak sesuka hati terhadap isterinya.Isterinya akan di layan dengan baik kerana isteri adalah amanat dari Allah. Penelitian soal kufu bukanlah bertujuan untuk menyukarkan soal pemilihan pasangan hidup . Sesungguhnya islam amat menggalakkan umatnya berkahwin.Antara urusan yang tidak patut ditangguhkan apabila tiba masanya adalah mendirikan rumahtangga.


Insya Allah, itu sahaja dulu buat mase ni. Akhi ada kerja skit lagi yang nak disiapkan. Kalu ade yang tak betul atau tak masuk akal, tegur la ye, k, salam (sedap sambal tumis tadi)^^”.


"Hhmm, ade jugak yang suka makan satu lauk dalam dunia ni".


Fatimah membisik di dalam hatinya. “ Ya Allah, sekiranya dia terbaik buatku, maka Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Sekiranya dia bukan milikku, Kau gantikanlah dirinya dengan yang lebih baik Ya Allah. Hanya Kau yang tahu akan segala2nya tentang hati ini”.


“Along, oh Along”.

“Ya ummi. Ummi panggil along?”,

“Eh, ye ke? Mane ade. Kan ummi tengah masak ni”.

“Dah tu, sape yang panggil along”.

“Haha, serius pulak die. Ye ummi yang panggil along. Tolong panggil abi makan”.

“Tak payah panggil, dah sampai pun”.

“Aik, cepatnye sampai. Tak sempat nak panggil”.

“Cukup la sambal tumis tu yang panggil akhi”.

“Haha,ok. Jom makan”.







WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
 UNIC FT IM NAZRUL

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.




 Insya Allah, itu sahaja dulu buat time ni. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Teruskan berdoa dan beribadat kepadaNya. Ilal liqa'^^..




6 comments:

Anonymous said...

best sangat.hee
kisah saudara ke?
*cam pengalaman je*
fatimah dan mubin ashraf..

Sharing said...

Bagus sekali artikelnya sobat.. :)

ditunggu follow backnya yaah.. :)

Ummu Fayyad said...

entri yg baik;mengenai sekufu.
teruskan akh.
ada yang kurang faham sekufu tuh bagaimana.

'perbezaan itu sentiasa ada,tetapi anggaplah satu perbezaan itu suatu rahmat'

Ashraf Azahan said...

saudara anonymous: bkn pengalaman tp perkongsian, nak tau lg, tunggu kemunculannya, akan diberitahu kemudian^^doakn eh

sharing: syukran mas^^

ummu: ramai yg tlepas pndg bab ni, same2 la kongsi ya^^

Anonymous said...

cepatlah sambung.
tak sabor eden.
***

Ashraf Azahan said...

sabar ye^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design