Friday, December 28, 2012

LIRIK MAWI FT KRU- SUJUD






[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang


Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan


[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……


Hanya mampu sujud…..


[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia


Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah


Jangan kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Jangan kita melupakanNya
Ketika langit mendung tanpa bercahaya


[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup


[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……


Hanya mampu sujud…..



Wednesday, December 26, 2012

LIRIK DEVOTEES- HADIRNYA CAHAYA S.A.W







Dalam kesamaran kejahilan
Hadirnya sungguh mengasingkan
Namun perit baginya yang jujur menceritakan


Anak yatim keturunannya
Hidupnya serba sederhana
Tapi munculnya memberi makna seluruh semesta

Kasihnya yang tidak terperi
Buat umat yang tiada tandingi
Lebih dari ibu yang menyayangi anak sendiri

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam

Nabi Muhammad junjungan tercinta
Tauladan ummah rahmati semua
Ditinggalkannya panduan utama
Al-Quran dan Sunnah itu caranya

Tiada selain rahmat
Yang dapat menggugah
Jalan keredhaan  menuju bahagia

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam


Dalam kesamaran kejahilan
Hadirnya sungguh mengasingkan
Namun perit baginya yang jujur menceritakan

Kasihnya yang tidak terperi
Buat umat yang tiada tandingi
Lebih dari ibu yang menyayangi anak sendiri

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu alaihi wasallam


Sunday, December 23, 2012

DI SINI ADA 1 PENGUMUMAN^^







Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP dengan kerjasama IQBA Training Centre (Malaysia) akan menjalankan program seperti di bawah:


            Nama Program          : PROGRAM IJAZAH SANAD AL-QURAN 2012/2013
            Tempat                       : Kaherah, Mesir
Tempoh                      : 25 Januari – 8 Februari 2013
Peserta                       : 17 orang mahasiswa


Program ini bertujuan untuk mengukuhkan persediaan mahasiswa menjadi modal insan yang bertaqwa, professional serta inovatif. Disertakan bersama butiran lengkap mahasiswa yang akan mengikuti Program Ijazah Sanad Al-quran tersebut.  


Bagi memenuhi keperluan kewangan, PIMPIN sangat berbesar hati jika pihak tuan dapat menghulurkan bantuan bagi membantu mahasiswa yang akan mengikuti program tersebut. Kos bagi setiap individu ialah sebanyak RM5,000 sahaja. Di sini saya sertakan lampiran untuk rujukan pihak tuan/puan.


Sumbangan ini juga boleh disalurkan kepada Bank Islam : 06019010080089 (Tabung Masjid UMP). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Muhamad Faisal di talian 013-5097944. Sumbangan murni dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


"Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, yang paling besar pahalanya yang diinfakkan kepada keluarga engkau". (Hadis Riwayat Muslim)


"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar". (Al-Hadid, 57: 7)





Friday, December 21, 2012

LIRIK FIRDAUS- SAAT TERINDAH





Segala jalan yang telah ku lalui
Segala pertemuan pasti berakhir
Namun suka duka yg telah terukir
Tersemat di hati


Tiba detik yang pasti tertulis
Tetap langkahmu yang telah kau pilih
Bersama kita tak henti berlari
Dan mengejar mimpi


Semoga ikatan ini
Kukuhkan semangat diri


Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua


Segala jalan yang telah ku lalui
Segala pertemuan pasti berakhir
Namun suka duka yang telah terukir
Tersemat di hati

Semoga ikatan ini
Kukuhkan semangat diri
Yang telah terpatri


Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua


Semangati langkahmu mengembara waktu
Meniti jalanmu
Agar hidupmu yang satu kali ini
Memberi makna yang bererti
Yang terbaik buatmu


Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua


Semangati langkahmu mengembara waktu
Memberi makna yang bererti
Yang abadi

Saturday, December 15, 2012

LIRIK NAZREY JOHANI- MUSLIMAH






Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu


Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia


SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati


SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya


Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah


Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya


Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati


Friday, December 14, 2012

JENGUK2 SAUDARA



Gambar Hiasang^^




Selain bertakbir, bertahmid dan berselawat serta berpuasa enam, terdapat satu lagi amalan yang begitu dituntut semasa menyambut hari raya iaitu amalan ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kaum muslimin.


Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.


Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)


Bagi mencapai matlamat dan hakikat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap insan muslim untuk meraih keredhaan dan rahmat Ilahi.


Di antara adab-adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ketika melakukan amalan kunjung-mengunjung adalah seperti berikut :

Adab sebagai tetamu perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27 “


Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat”

  Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud :         

” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam”     (Riwayat Abu Daud)


Selaku tetamu adalah sangat digalakan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. riwayat dari Al Barra’ r.a. yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan,kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum keduanya berpisah”


Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Ianya tidak sama dengan budaya barat dan orang bukan Islam yang bersalaman tidak mengira lelaki ataupun wanita yang bukan mahram kerana ianya amat dimurkai oleh Allah s.w.t.


Seorang tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”


Manakala bagi pihak tuan rumah, Agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah yakni dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”


Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Allah s.w.t. telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu melalui FirmanNya yang bermaksud “


Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk,seekor anak lembu yang dipanggang.”


Ikatan ukhuwwah Islamiah yang erat dan kukuh di kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah baik di peringkat nasional mahupun internasional.


Perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat ini di persada dunia dalam era globalisasi yang amat getir cabarannya !


Satu trend masa kini dalam melaksanakan amalan berziarah adalah mengadakan  rumah terbuka. Namun perlu diingatkan bahawa dalam penganjuran majlis seperti ini ialah dengan menggelakkan dari terjebak dengan unsur pembaziran dengan berlebih-lebihan dalam mengadakan jamuan dan perhiasan rumah. Sesungguhnya Allah SWT benci dengan orang yang suka melakukan pembaziran.


Terdapat juga sebahagian kita khususnya golongan muda yang tidak gemar menjalankan aktiviti ziarah hatta bertandang ke rumah saudara mara. Mereka lebih suka terperap di dalam rumah menonton rancangan-rancangan televisyen yang menghidangkan cerita menarik. Malah mereka hanya berharap orang lain yang akan berkunjung ke rumah kita. Sikap ini perlu diubah kerana ia tidak menepati etika sambutan hari raya tersebut yang merupakan satu syiar Islam. Jika kita tidak gemar menziarahi saudara mara bagaimana kita dapat mengenali mereka. Lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja membataskan aktiviti kita untuk mengenali saudara mara pada hari-hari yang lain.


Oleh:


Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor


http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=650&Itemid=1

LIRIK SAUJANA- PAHLAWAN GAZA





Bumi ini dahulunya indah kini musnah dan binasa
Saban hari dimamah senjata membunuh anak watannya
Tiada lagi nada keriangan menghiburkan hati luka
Hanya wajah penuh pengharapan bernafas bersama doa


Membara di jiwa anak kecil pewaris para syuhada'
Cita-cita ingin bebas dari sangkar duri sang durjana
Semangat jihad terus menyala tersemat utuh di dada
Demi Allah pertahankan bumi penuh barakah


Dengarlah alun irama
Derap perjuangan ini
Percikan rasa peduli insani
Biar dipisahkan jarak beribu
Tetap bersama dan berganding bahu


Pahlawan Gaza
Tak gentar tak berhenti
Berjuang hingga mati
Demi janji Ilahi
Bumi Gaza akan terus merdeka


Dengarlah alun irama
Derap perjuangan ini
Percikan rasa peduli insani
Biar dipisahkan jarak beribu
Tetap bersama dan berganding bahu


Pahlawan Gaza
Tak gentar tak berhenti
Berjuang hingga mati
Demi janji Ilahi


Pahlawan Gaza
Tak gentar tak berhenti
Berjuang hingga mati
Demi janji Ilahi
Bumi Gaza akan terus merdeka

Tuesday, December 11, 2012

AKHLAK: THE BEST WEAPON







Rasulullah s.a.w adalah manusia terpilih yang mempunyai keperibadian unggul. Sejak kecil lagi baginda telah menjadi yatim piatu. Baginda s.a.w mendapat tarbiyyah terus dari Allah s.w.t.

Nabi menegaskan:

"Allah telah mendidikku dengan didikan yang terbaik"

Sebab itulah baginda adalah uswah hasanah (ikutan terbaik) bagi umat sejagat. Tiada satu ruangpun dari kehidupan nabi dan akhlaknya dapat dipertikai mempunyai kekurangan dan kelonggaran. Sebab itulah pemimpin Kuffar Quarisy yang hampir mencetuskan peperangan dan pergaduhan gara-gara pertikaian masaalah meletakkan Hajar Aswad telah bersetuju melantik Nabi menjadi hakim. Persetujuan tersebut dibuat kerena mereka benar-benar yakin  tentang keperibadian dan akhlak nabi.

Firaman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya terdapat pada diri Rasulullah s.a.w itu satu contoh ikutan yang paling baik"
"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) di atas budi pekerti yang amat luhur"
(al-Qalam:4)

Nabi menyebutkan:
"Aku telah diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia"

Contoh-contoh Akhlak Nabi

Terlalu banyak contoh-contoh akhlak Rasulullah dapat kita saksikan untuk ditiru dan dijadikan ikutan kita diantaranya:

1.      Amat betoleransi.

2.      Amat Berani.

3.      Amat Adil.

4.      Amat bersopan santun.

5.      Tangannya tidak pernah menyentuh perempuan ajnabi- kecuali perempuan yang dinikahi.

6.      Amat Murah hati- tidak tidur selagi ada ditangannya dinar atau dirham.

7.      Tiada mengambil rezeki yang dikurniakan Allah lebih dari keperluan makan minum untuk satu tahun.

8.      Tiada pernah menghampakan permintaan orang walaupun kadang kala terpaksa meminjam.

9.      Menampal sendiri bajunya koyak.

10.  Mejahit sendiri kasutnya yang koyak.

11.  Suka membantu ahli keluarga dalam pekerjaan rumahtangganya.

12.  Amat Pemalu.

13.  Tidak menatap wajah orang lama-lama.

14.  Memperkenankan undangan samaada orang merdeka atau hamba sahaya.

15.  Menerima hadiah apa sahaja walaupun seteguk air.

16.  Sentiasa membalas hadiah apabila menerima hadiah.

17.  Tidak menerima sedekah (zakat).

18.  Tidak marah kecuali hak Allah dicabul.

19.  Sentiasa berlapar sehingga mengikat perutnya dengan batu.

20.  Tidak cerewet apabila makan dan tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya.

21.  Amat tawadhuk dan amat pendiam tetapi bukan sombong.

22.  Memakai cincin yang diperbuat dari perak dan dipakai di jari kelingking kanan dan kiri.

23.  Mengenderai keldai dan membiarkan orang lain atau hamba sahaya dibelakang kenderaannya.

24.  Selalu melawat orang yang sakit.

25.  Suka kepada yang baik.

26.  Sering duduk bersama-sama fakir-miskin dan memberi makan kepada mereka.

27.  Menghormati orang-orang yang terutama.

28.  Sentiasa memuliakan orang-orang yang dimuliakan dengan berbakti kepada mereka.

29.  Sentiasa menghubung dengan kaum kerabat.

30.  Suka memaafkan orang lain.

31.  Suka bergurau tetapi kepada perkara yang benar.

32.  Tidak berkata melainkan yang hak.
33.  Suka senyum tetapi tidak sampai mengilai.

34.  Tidak menghalang permainan yang diharuskan dan Pernah berlumba lari dengan isterinya.

35.  Bertimbang rasa walaupun orang mengangkat suara dihadapannya.

36.  Tidak pernah makan atau memakai pakaian yang lebih baik dari hamba sahaya.

37.  Tiada berlalu masa kecuali melakukan perkara yang diridhai Allah.

38.  Suka bersiar-siar di kebunnya bersama para sahabat.

39.  Tidak menghina orang-orang miskin kerana kemiskinannya.

40.  Tidak takut kepada raja kerana kekuasaannya melainkan menyeru mereka kepada Allah.

41.  Tidak pernah memukul orang dengan tangannya kecuali fisabilillah.

42.  Tidak pernah berdendam dengan orang lain walaupun dianinaya oleh orang.

43.  Jika diminta untuk memilih antara dua perkara nescaya baginda akan memilih yang pailing
ringan dan mudah antara keduanya.

44.  Sentiasa memenuhi hajat dan permintaan orang yang memintanya.

45.  Memulakan memberi salam kepada siapa saja yang ditemuinya.

46.  Jika ada orang yang mengasari kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya.

47.  Bila berjumpa dengan para sahabatnya ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

48.  Tidak pernah bangun atau duduk melain sentiasa lidahnya menyebut nama Allah.

49.  Jika sedang bersolat dan ada tetamu yang datang, segera meringkaskan solatnya.

50.  Apabila datang ke suatu majlis tidak pernah duduk di tempat yang khusus melainkan duduk
dimana sahaja.

51.  Menghormati sesiapa sahaja sehingga menghamparkan bajunya untuk dijadikan alas dan
kadangkala memberikan bantal untuk dijadikan alas.

52.  Bila berada dalam sesuatu majlis, beliau akan menghadapkan wajahnya kepada semua orang
satu persatu.

53.  Suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan gelarannya masing-masing sebagai tanda
menghormati dan memikat hati mereka.

54.  Amat jarang marah, jika marah cepat reda.

55.  Tidak pernah mengangkat suara tinggi dalam majlis.

56.  Amat fasih bercakap dan manis tutur katanya.

57.  Bila berbicara sentiasa padat lengkap, tidak panjang, tidak pendek, amat mudah memahami,
mendengar, menghafal dan mengikuti arahannya.

58.  Bersuara nyaring bila bercakap dan indah tekanannya bila didengar.

59.  Berbicara hanya apabila perlu.

60.  Tiada berkata-kata dalam marah atau redha melainkan hak.

61.  Bila mendengar ada orang yang bercakap kurang baik baginda akan memalingkan muka dari
orang tersebut.

62.  Menegur seseorang yang melakukan perkara yang tidak baik dengan cara kiasan atau sindiran.

63.  Apabila baginda berucap maka baginda akan isikan dengan kata-kata yang hak dan nasihat yang
berguna.

64.  Baginda sering tersenyum dan tertawa dihadapan sahabatnya dan kadangkala tertawa agak
lebar sehingga ternampak gigi-gigi serinya.

65.  Baginda turut terharu terhadap apa sahaja yang dibincangkan oleh para sahabat, malah
kadangkala turut sama dalam perbicaraan tersebut.

66.  Apabila turun sesuatu bencana atau bala' maka baginda akan menyerahkan segalanya kepada
Allah s.w.t lantas berdoa.

67.  Rasulullah makan apa sahaja makanan yang dihidangkan.

68.  Tidak suka makan makanan yang panas melainkan setelah disejukan.

69.  Makan makanan yang paling hamper dengan baginda.

70.  Baginda makan roti gandum, mentimun dan kurma mengkal tetapi kebiasaannya ialah air dan
kurma.

71.  Makan yang paling disukai ialah daging dengan roti dan sup. Daging yang paling digemari ialah
dari bahagian rusuk dan bahunya. Dan yang tidak digemarinya ialah bahagian buah pinggang,
bahagian kemaluan jantan dan betina, tempat simpan air kencing dan daging keras yang tumbuh
dibahagian kulit.

72.  Baginda tidak makan bawang putih dan bawang merah.

73.  Baginda tidak mencela makanan, jika tidak suka hanya ditinggalkannya.

74.  Baginda akan minum air dengan tiga kali tegukkan dengan minum seteguk demi seteguk tidak
habis dengan sekali tegukan sahaja. Setiap kali tegukan itulah baginda bernafas tetapi tidak didalam
gelas tetapi diluarnya.

75.  Jika seorang diri dirumahnya baginda akan menyediakan makan nya sendiri.

76.  Rasulullah memakai apa sahaja pakaian tanpa memilih, tetapi kebanyakan pakaian yang dipakai
adalah berwarna putih. Semua pakaian nabi melabuh hingga ke bukulali, manakala gamisnya sentiasa terkancing butang-butangnya, hanya sesekali sahaja terbuka kancing butangnya.

77.  Mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat jumaat, selain pakaian yang dipakai pada hari-
hari yang lain.Ada kalanya baginda memakai pakaian hanya selembar sahaja.

78.  Sesekali Rasulullah memakai pakaian serba hitam tetapi kemudiannya diberikan kepada orang
lain.

79.  Baginda memakai cincin yang mana pada cincin tersebut baginda memohorkan surat-surat.

80.  Nabi memakai kopian yang dililit dengan serban, tetapi kadang-kadang hanya memakai kopiah
sahaja.

81.  Memulakan memakai pakaian dengan pihak  kanan dan berdoa dan menanggalkannya dengan
pihak kiri.

82.  Baginda mempunyai tempat tidur yang terbuat dari kulit yang berisi jerami dan bersamanya baju
;abaah yang dijadikan hamparan tidur dibawa kemana-mana sahaja perginya.

83.  Memberi nama kepada binatang tunggangannya, saenjatanya dan barang-barangnya.


Sifat-sifat Fizikal Nabi

Bentuk kejadian nabi adalah seperti berikut:

1.      Sederhana perwatakannya

2.      Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah

3.      Warna kulitnya berseri, tidak terlalu merah dan tidak terlalu putih melepak

4.      Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting

5.      Rambutnya mengiringi sampai ketepi dua telinga

6.      Uban di telinga atau di janggut tidak sampai 20 helai

7.      Luas dahinya

8.      Bulu keningnya tidak lebat tetapi panjang

9.      Alis matanya juga panjang

10.  Giginya renggang-renggang

11.  Janggutnya lebat dan dibiarkan panjang

12.  Misainya kemas diandam

13.  Kedua tulang belikatnya besar melebar

14.  Diantara kedua bahunya terdapat Khatamun nubuwwah (mohor kenabian).

15.  Langkahnya satu-satu seolah-olah turun dari bukit.


Terlalu banyak akhlak Rasulullah untuk dicatat, namun ini adalah sebahagian daripadanya sebagai contoh dan ikutan ummah sepanjang zaman untuk diikuti.


Susunan:
Haji Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS


p/s: Marilah kite berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari2 mendatang. Tak dapat ikut semua takpe, buat sekadar yang mampu tapi kene istiqamah, Insya Allah^^

Monday, December 10, 2012

SIHAT DENGAN PUASA





Diantara tujuan( Maqasid al-Syariah)  disyariatkan puasa di dalam Islam  ialah untuk menjadikan orang yang berpuasa mempunyai sifat takwa. Takwa membawa maksud : "melaksanakan yang diperintah Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang". Semua perintah Allah yang disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan segala laranganNya yang pasti ada kemudaratannya. Maka puasa juga memberikan faedah dan kesan yang sangat baik kepada kita dari aspek kesihatan. Di antara hadis nabi s.a.w menyebut:

" Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)

Apabila sesaorang itu berpuasa, sebenarnya amalan tersebut telah mendidik dan membantu perut (sistem penghadaman) hanya menerima makanan dan minuman pada masa yang ditetapkan sahaja. Sedangkan pada hari-hari biasa, seseorang itu sentiasa menikmati hidangan makanan tanpa mengira masa dan jenis makanan dan yang dimakan. Ia menjadikan  perut  bekerja memperoses makanan tanpa rehat.

Para penyelidik dan pakar ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

Hadis di atas dapat difahami bahawa menjaga pemakanan adalah faktur yang berkait rapat dengan kesihatan yang baik. Oleh yang demikian pakar-pakar pemakanan telah melakukan kajian tentang persoalan tersebut lalu mengemukakan "Konsep pemakanan seimbang". Piramid makanan adalah kaedah yang paling mudah untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Malangnya apabila manusia tidak mempedulikan syor tersebut lalu menterbalikkan Piramid makanan, maka jadilah makanan yang sepatutnya sedikit dimakan diambil dengan berlebihan dan yang perlu diambil dengan kadar yang banyak lalu diambil dengan kuantiti yang sedikit akhirnya mengundang penyakit dan kemudaratan. Benarlah firman Allah dalam al-Quran:

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)

Puasa sebenarnya dapat menghindarkan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Nabi s.a.w  telah menyebutkan:

 " Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)

Menurut  ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila seseorang itu makan sehingga terlalu kenyang, otak  akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Allah berfirman,

"Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu." ( Surah al-Baqarah: 168).

Ayat ini merupakan suatu panduan dalam membina kekuatan jasmani, emosi dan rohani manusia yang murni. Makanan halal lagi baik adalah menjadi asas  dalam  Islam yang bukan hanya semata-mata menjaga kesihatan jasmani, tetapi juga  kesihatan rohani (jiwa dan hati).

Islam juga telah  meletakkan kebersihan dan kesempurnaan adab dan aturan pemakanan sebagai satu prasyarat dimakbulnya doa oleh Allah. Mukmin yang sentiasa memenuhkan perutnya dengan sumber makanan haram bukan saja dilarang Allah, tetapi segala munajat doanya tidak diperkenankan Allah. Nabi s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah itu maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul. Allah SWT berfirma:"Hai para rasul, makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amalan yang soleh"(Surah al-Mukminun :51). Dia juga berfirman: "Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah Kami rezekikan kepadamu" (Surah al-Baqarah:172). Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal seseorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu.Dia menadah kedua-dua tangan ke langit seraya berkata: "Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dikenyangkan dengan makanan yang haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya (doanya)"(Hadis riwayat Ahmad,Muslim dan Tarmizi)

Islam juga menekankan kepada gaya pemakanan yang bercorak sederhana dan tidak keterlaluan. Menurut Imam Al-Ghazali terdapat enam sifat tercela yang berlaku akibat corak pemakanan yang melampaui batas atau berlebihan-lebihan antaranya ialah timbul sikap malas untuk beribadah kepada Allah dan akan menimbulkan banyak penyakit.

Ada orang yang beranggapan bahawa mengapa perlu risau dan takut kerana setiap penyakit yang datang ada ubatnya sebangaimana Nabi SAW bersabda:

"Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya . Apabila menepati ubat itu akan penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan keizinan Allah" ( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

" Tiadalah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan (juga) baginya penawar" (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah , Nasaie dan al-Hakim)

Memanag benar apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW itu namun nabi juga menasihatkan kita bahawa menjaga dan memelihara kesihatan itu lebih baik dari mengubati penyakit. Dengan ertikata lain mencegah lebih baik dari merawat.

Susunan:

Ustaz Khairuddin bin Haiyon

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
JAIS





p/s: Betul ke puas dapat hilangkan stress?? Akhi tak pasti tentang ni tapi akhi ade terperasan jugak perbezaan ni setiap kali puasa. Try la. Insya Allah, sahabat2 lagi baik drpd akhi^^..


Saturday, December 1, 2012

LIRIK UNIC FT IMAM MUDA NAZRUL - WARKAH CINTA







Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...