Wednesday, October 31, 2012

MENGANTUK, MENGUAP HASIL KERJA SYAITAN





Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :


"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )



FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita ba hawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.


Tuesday, October 30, 2012

JANGAN NAK KETAWA SANGAT





Daripada Abdullah bin Zam’ah RA bahawasanya beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah dan baginda menyebut unta (yang menjadi mukjizat Nabi Soleh AS) dan orang yang menyembelihnya, maka Rasulullah SAW bersabda, “(membacakan firman Allah yang bermaksud), “Ketika orang yang paling jahat antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Seorang lelaki yang gagah lagi jahat dan berpengaruh dalam qabilahnya segera untuk membunuh unta itu. Kemudian baginda menyebut (perihal) orang-orang yang memberi beberapa nasihat tentang mereka”. Lalu kemudian baginda bersabda, “Ada diantara kamu yang sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba abdi kemudian menyetubuhinya pada akhir hari itu”. Kemudia baginda menasihati mereka mengenai ketawa disebabkan kentut lalu baginda bersabda, “Mengapa ada antara kamu yang ketawa dengan perbuatannya sendiri?”. 

Monday, October 29, 2012

DIA JIRAN KITA






TIGA JENIS JIRAN

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Di dalam Islam, Jiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga itu ada tiga jenis:
1.      Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat).
2.      Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam.
3.      Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai tetangga.
Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah Umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.


HORMATI JIRAN
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:
"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".
Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kimat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya"( Hadis riwayat Bukhari)


HAK-HAK JIRAN
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
"Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;


1.       Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
2.       Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3.      Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4.       Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,
5.       Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,
6.       jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
7.      Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
8.      Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9.      Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
10.  Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
11.  Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

SABAR  KERENAH JIRAN
Seseorang itu hendaklah sentisa sabar dengan karenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya. Dalam sejarah dimana telah datang seorang laki-laki kepada nabi s.a.w menyatakan:
 " Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika akau mengejakan akan dapat memasukan aku ke dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan enkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat". ( hadis riwayat al-Baihaqi)


Susunan:
Ustaz Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
JAIS



SYUKUR AIDIL ADHA 1433H





“Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosamu yang lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban)

Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-
Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.  Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).


Biarlah gambar yang menceritakan pengalaman akhi pada aidil adha kali ni^^




on the way ke Kg tal 7, Pasir Mas



bile racer drive kene slow, cmtu la muke die^^



everytime dgn buku^^



kamera paparazi, control2^^



bende yang paling best dipegang^^



sesi melapah, ayah (baju oren)





adik bongsu, Azfar Azahan



potong jgn tak potong^^







when my 'heart' want to see the environment^^



oh tidak, mc kejap dr main tenis^^



yum yum





adik ke-7, Fatini Azahan


mama Ashraf Azahan, Fatimah Muhamad Nawi





Aqmar Azahan & Azfar Azahan (muke cam abang die time kecik2)^^






time kudapan tengah hari^^



packing daging sebelum diagihkan



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1433H

MAAFKAN AKHI SEKIRANYA ADA MELAKUKAN KHILAF SELAMA INI^^


Sunday, October 28, 2012

HARTA KESAYANGAN, GUNAKAN





Daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid (Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi” Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesungguhnya aku sangat sayang kepada kebun tamar Bir Ha’ itu dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku mendapat kebaikan (yang dijanjikan Allah) dan sebagai bekalan akhirat disisi Allah SWT. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa yang Allah tunjukkan kepadamu”. Maka jawab Rasulullah SAW, “Ah, harta itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku berpendapat engkau agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”. Maka Abu Thalhah berkata, “Aku akan lakukan (seperti yang engkau suruh) wahai Rasulullah SAW”. Lalu Abu Thalhah membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan sepupunya”.


Saturday, October 27, 2012

LIRIK YUSUF ISLAM FT RAIHAN- GOD IS THE LIGHT





How Great The Wonder Of The Heavens
And The Timeless Beauty Of The Night
How Great Then How Great The Creator ?


And It's Star Like Priceless Jewels
Far Beyond The Reach Of Kings
Bow Down For The Shepherd Guiding Him Home


But How Many Eyes Are Closed To The Wonder Of This Night ?
Like Pearls, Hidden, Deep Beneath A Dark Stream Of Disires
But Like Dreams Vanish With The Call To Prayer
And The Dawn Extinguishes Night - Here Too Are Signs
God Is The Light (2X)


How Great The Beauty Of The Earth And The Creatures Who Dwell On Her
How Great - Then How Great The Creator ?
As Its Mountains Pierce The Clouds High Above The Lives Of Men
Weeping Rivers For Thousand Of Years


But How Many Hearts Are Closed To The Wonders Of This Sight ?
Like Birds In A Cage, Assleep With Closed Wings
But Like Work Stops With The Call To Prayer
And The Birds Recite - Here Too Are Signs
God Is The Light, God Is The Light


How Great The Works Of Man And The Things He Makes
How Great, Then How Great The Creator ?
Thought He Strives To Reach The Heavens He Can Barely Survive
The Wars Of The World He Lives In


Yet How Many Times He's Tried, Himself To Immortalize ?
Like His Parents Before Him In The Garden Of Eden
But Like The Sunsets With The Call To Prayer
And Surrenders To The Night Here Too Are Signs
God Is The Light Everlasting (3X) 

Wednesday, October 24, 2012

ADIK BLOGGER





Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan lagi kepada akhi untuk terus beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam dilisankan kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.


Pertama2 sekali, akhi nak mohon beribu2 kemaafan kepada semua sahabat2 akhi yang akhi kasihi sekalian bukan sahaja Malaysia tetapi di seluruh pelusuk dunia kerana dah lame tak berkongsi di blog ni. Sehingga ditegur oleh abang2 senior dan sahabat2 akhi sendiri. Haha, ade jugak yang caring dgn blog akhi ni. Terima kasih^^. Disebabkan terlalu banyak sangat kerja yang diberikan menyebabkan akhi tidak lepas tangan dengan kerja2 tersebut. Kini, ditambah lagi dengan amanah yang diberikan. Bukan amanah yang biasa2. Walaupun ia nampak kecil, tetapi ia memberi impak kepada yang agak besar baik di dunia mahupun di akhirat. Waaa, besor bebenor tu^^.Alhamdulillah, akhi juga baru selesai menghadapi imtihan sebelum cuti ni. Insya Allah, ade sedikit lagi selepas cuti ini.


Adik blogger. Akhi pun tak pasti macam mana gelaran ni keluar. Yang pastinya, ni merupakan gelaran kepada adik2 akhi yang juga menulis blog. Sebenarnya, sudah lama akhi ingin berkongsi tentang mereka2 ni tetapi terpaksa ditangguhkan dulu. Adik2 blogger akhi ni terdiri daripada 3 orang. Dan ia terjadi secara spontan^^. Insya Allah, untuk kali ni, akhi akan berkongsi tentang mereka



Sultan Muhaimin Al-fateh

Fateh. Itulah gelaran yang kami gunakan untuk dirinya. Ini sebab dia memang suka dengan sikap perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalu tak silap akhi, dia pun sukakan buku2 yang menceritakan tentang sejarah2 para sahabat Rasulullah SAW dan 4 Imam mazhab. Haha, kalu nak tau cerita2 yang best bolehlah ‘add as friend’ di FB dia. Sekarang ni Fateh agak sibuk sebagai sharer. Tau apa itu sharer? Sharer ni sebenar pengongsi especially tentang movie2. Yang ni macam youtube jugak tetapi kita boleh download citer2 ni bila Fateh online sahaja. Tu yang lemah tu. Sejak akhir2 ni, terutamanya nak dekat cuti, akhi mudah sangat berasa bosan. So, akhi akan ke laman Fateh untuk download citer2 yang best2.

Link untuk ke blog Fateh: http://sultanmuhaimin.blogspot.com/



Fateh (kiri)



Amir Akmal

Seorang blogger dan seorang juga designer. Itu kelebihan yang ade pada Amir. Kalu tak silap akhi, Amir juga seorang photographer. Dulu banyak gambar yang power2 dikongsikan di blognya. Nama Paku Payung digunakan untuk nampak lebih komersial lagi. Akhi pun pernah panggil die ‘Paku payung’. Best kot name tu^^. Sebagai designer, Amir banyak mengilhamkan tema2 yang menarik dalam pembikinan poster dan banner. Akhi pun tak boleh nak fight denagn die. Terlalu kreatif. Sekarang ni, dia agak huru-hara sikit kerana diamanahkan untuk menyiapkan banner dan poster untuk program yang akan diadakan oleh kelab akhi. Akhi ingat lagi time amir diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan sempena Bengkel Multimedia yang diadakan oleh Badan Masjid UMP, SAHAM. Tahniah sekali lagi^^. Semoga terus berjaya k..

Link untuk ke blog Amir: http://updatediriku.blogspot.com/



Amir Akmal



Yusuf Firdaus

Seorang mualaf. Seorang yang ceria. Seorang yang berkemahiran tinggi dalam mereka bentuk bahan. Yang latest, sebelum akhi balik ke kampung, Yusuf sedang menyiapkan reka bentuk kincir angin dalam bentuk tegak. Haha, sangat unik^^. Yusuf jugak merangkap sebagai roommate akhi. Akhi akan cerita sikit tentang kami dalam bilik. Kami ni satu kepala sebenarnya. Sekarang ni, kami sedang berusaha menghias bilik kami. Banyak barang yang kami kongsi bersama. Kalu boleh, kami nak tinggal bersama sampai graduate nanti.yang. Paling best, kami selalu  saling ingat mengingati antara satu sama lain terutamanya tentang solat. Kalu die lambat bangun, akhi kejutkan. Kalu akhi lambat bangun die kejutkan. Kalu dua2….ahaaaa…pikir2 la sendiri. minta jauh la semua tu^^. Kadang2 tu kami agak stress dengan bebanan kerja yang banyak. So, kami agak nakal la time tu, haha^^. Usik abang jual hotdog, pegi kacau member bilik sebelah, yang paling best kami picnic bersame2 kat tengah bilik, walaupun time tu, pukul 1 pagi^^. Borak2, gelak2. Kalu salah seorang dari kami yang ade urusan kat luar, contohnye, yusuf ade urusan di luar UMP, serius, akhi rase sunyi sangat. Begitulah sebaliknya. Bagaikan hati kami ni sudah diikat terlalu erat, dah susah nak putus. Semoga ukhwah kami ini berkekalan buat selama2nye, amin.

Link untuk ke blog Yusuf:  http://diariperantau93.blogspot.com



Yusuf (kanan) bersama sahabat akhi, Maghribi dan 'adik blogger' Amir Akmal



Insya Allah, itu saje dulu buat masa ni. Oh ya, doakan akhi untuk menyiapkan satu projek mega. Yang ni persendirian punya. Insya Allah, akhi akan berkongsi dengan sahabat2 apabila ia berjaya nanti. Cume akhi nak sahabat2 doakan akhi agar projek ni berjalan dengan lancarnya^^. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Insya Allah^^.


p/s:

Semoga berjaya kepada sahabat2 yang akan mengahadpi peperiksaan tak lame lagi.

Kepada sahabat2 akhi yang pulang ke rumah hari ni, semoga selamat tiba ke destinasi.

Kepada sahabat yang tidak berpuasa pada 9 zulhijjah ini, tak mengapa, doa banyak2 kepada Allah agar kita dipanjangkan umur agar kita dipertemukan lagi pada tahun hadapan^^.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA^^  





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...