Tuesday, August 28, 2012

PERGINYA DENGAN HUSNULKHATIMAH




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan lagi usia hambamu ini. Dengan adanya peluang sebegini akan ku usaha untuk menjadi seorang hambamu yang soleh dan bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan para sahabat serta keluarga baginda yang tercinta. Pada kali ini, akhi ingin berkongsi sebuah kisah untuk tatapan kita bersama. Semoga kita mendapat manfaat darinya dan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Insya Allah.


Pada pagi jumaat itu, berkumpullah anak beranak, saudara mara, jiran tetangga, waris dan semua masyarakat yang mengenali di sebuah rumah yang sederhana indahnya. Pada hari ini, seorang hamba Allah telah dijemput untuk kembali ke pangkuan-Nya. Suasana hening dan tenang menyelubungi di sekitar rumah tersebut bagaikan kehadiran malaikat yang turut menziarahi si mati. Titisan air mata yang mengalir perlahan di pipi-pipi yang amat menyayangi arwah bagaikan terkejut dengan pemergiannya yang tanpa dijangka. Tiada khabar tentang kesihatannya terganggu. Seorang ayah memimpin anaknya baru tiba untuk menziarahi keluarga si mati.


“ Abi, kenapa ramai sangat orang di rumah ni?”.


“ Along, tuan rumah ini dah meninggal dunia, jadi kite kene ziarah keluarga dia. Along kene hormat semua orang di sini tau. Jaga akhlak kita ya”.


“ Insya Allah abi”.


Selepas sahaja selesai urusan pengebumian, mereka berdua pulang ke teratak mahligai yang disediakan oleh si ayah untuk perlindungan dan keselamatan ahli keluarganya.


“ Assalamualaikum umi”.


“ Waalakumussalam along, dah balik?”.


“ A’ah”. Mereka berdua bersalaman.


“ Akhi nak air?”, persoalan yang sering dituju buat suami tercintanya setiap kali cinta hatinya itu pulang dari sesuatu tempat.


“ Boleh jugak, seperti biasa k?”.


“ Baiklah akhi, berehatlah dulu, ukhti Nampak akhi penat sangat”.


“ Haha. Biasa saja”. Senyuman dan gelak kecil dipamerkan bagi mengelakkan si bunga tercintanya terlalu memikirkan tentang dirinya.


Si ibu dan si anak menuju ke ruangan dapur.


“ Umi, umi, tadikan along tengok ramai sangat orang yang berada di rumah kawan abi”.


“ Ooo, sebenarnya kawan abi tu telah dijemput Ilahi”.


“ Tapi, kenape abi nak sangat pergi ke rumah dia? Dia kan dah takde”.

“ Menjadi satu tuntutan ke atas kita untuk meziarahi orang yang telah meninggal dunia. Satu lagi, kawan abi itu merupakan ayah angkat dan murabbi abi. Walaupun abi seorang engineer dan dia seorang pak guard, tidak menjadi halangan buat abi untuk belajar ilmu Allah dengan dia”.


“ Ooo, patut la along tengok abi diam je”.


“ Hhmmm, ni, along tolong bawa air ni itu abi, baik2 tau”.


“ Insya Allah umi”.


Si anak pergi menuju ke arah abinya sambil tangannya memgang tea o suam kegemaran abinya.


“ Abi, airnya dah siap”.


“ Terima kasih along”.


Si anak duduk di celah bahu abinya.


“ Abi, sabar ye. Along baru tau ceritanya daripada umi tadi”.


“ Insya allah. Camne along rasa pergi ke sana tadi?”.


“ Along tengok semua orang senyap je. Cakap pun pelahan2. Tapi abi, along ade bau bende yang best tau. Along cuba jugak tengok2 kat sekeliling rumah tu, nak tengok perfume ape yang mereka pakai tapi tak jumpe pulak”.


“ Haha, sebenarnye along, tu tandanye arwah meninggal dalam husnulkhatimah iaitu pengakhiran yang baik’.


“ Ooo, patut la. Apa lagi tanda2 kalu seseorang tu mati dalam keadaan baik abi?”.


“ Antaranya, mengucapkan syahadat ketika hendak meninggal. Ini yang diceritakan isteri arwah sebentar tadi kepada abi. Buktinya melalui dalil hadith Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia menyampaikan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


“Siapa yang akhir ucapannya adalah kalimat ‘La ilaaha illallah’ ia akan masuk surga.”  (HR. Al-Hakim dan selainnya dengan sanad yang hasan1)


Selain itu, meninggal dengan keringat di dahi. Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ


“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari)


Lagi, meninggal pada malam atau siang hari Jumaat seperti hari ini. Buktinya dari dalil hadith Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, beliau menyebutkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ


“Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi.)


Dan satu lagi, : meninggal dalam keadaan beramal soleh. Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ


“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga.” (HR. Ahmad, sanadnya shahih)


“ Ya Allah, indahnya husnulkhatimah ya abi. Along pun nak jugak pengakhiran yang baik ni”.


“ Insya allah, along boleh, tapi dengan syarat along kene banyak beribadat dan berdoa kepada Allah, jangan lupa untuk abi dan umi sekali”.


“ insya Allah abi. Tapi abi kalu seseorang tu mati time die kene rompak camne abi?”.


“ Kalu die mempertahankan hartanya, maka dia syahid, seperti yang di sabdakan oleh baginda Rasulullah SAW:


مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ


“Siapa yang terbunuh karena mempertahankan hartanya maka ia syahid.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma)


Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu bila datang seseorang ingin mengambil hartaku?” Beliau menjawab, “Jangan engkau berikan hartamu.” Ia bertanya lagi, “Apa pendapatmu jika orang itu menyerangku?” “Engkau melawannya,” jawab beliau. “Apa pendapatmu bila ia berhasil membunuhku?” tanya orang itu lagi. Beliau menjawab, “Kalau begitu engkau syahid.” “Apa pendapatmu jika aku yang membunuhnya?” tanya orang tersebut. “Ia di neraka,” jawab beliau. (HR. Muslim)


“ Waaa, banyaknye abi tau. Ni along semangat nak jadi cam abi ni”.


“ Insya Allah, amin”.


“ Eh abi, ni airnya, nanti sejuk pulak”.


“ Terima kasih along, Ya Allah, sedapnye. Along yang buat atau umi yang buat ni?”.


“ Semestinya umi yang buat. Along tak pandai sangat lagi dalam buat air ni”.


“ Takpe, nanti along akan pandai jugak. Ah, umi kat mane?”.


“ Along nampak tadi umi masuk bilik bacaan, update blog kot”.


“ Ooo, eh, along nak air ni?”.


“ Eh, takpe2, tu kan air abi”.


“ Alaa, sape la abi ni nak bagi bende yang special. Along kan anak abi. Nah, minum”.


“ Syukran ya abi”.


“ Afwan”.


Sebenarnya akhi terpanggil untuk berkongsi cerita ini setelah membaca buku ‘Travelog Iman Seorang Doktor’, karya Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al- Jubair, doctor pakar bedah dan jantung dan disusun oleh A. Ubaidillah bin Alias. Isi kandungannya amat menyentuh kalbu akhi terutamanya tentang kematian husnulkhatimah ini. Semoga sahabat2 yang akhi kasihi kerana Allah sekalian mendapat sedikit suntikan untuk terus beribadat kepada Allah. Semoga kita sama2 dapat mendiami syurga Allah. Insya Allah…
















Thursday, August 23, 2012

TERBAIK SYAWAL^^




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt kerana masih lagi memberi nikmat kepada kita untuk menghirup udara syawal 1433H ini. Selawat serta salam kepada nabi kita Nabi Muhammad SAW. Salam ukhwah juga kepada sahabat2 yang akhi kasihi dan sayangi kerana Allah sekalian tidak kira di mana sahaja anda berada. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada akhi dan tidak lupa juga salam takziah kepada sahabat2 akhi yang baru kehilangan ahli keluarga sebelum hadirnya syawal pada kali ini. Akhi doakan semoga roh2 mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehah. Amiiin…


Alunan takbir pada malam 1 syawal memberi satu suntikan baru kepada diri akhi. Mana tidaknya pada petang akhr ramadhan, akhi berasa sangat sedih dan sayu sekali kerana pengajian akhi di University of Ramadhan ini akan berakhir. Walaupun Ijazah Taqwa bakal dikurniakan, itu bukanlah tiket untuk akhi bergembira. Sehinggakan pada petang tu akhi tertidur dengan helmet yang masih lagi melekat di kepala^^. Azan maghrib berkumandang menandakan tirai ramadhan sudah pun dilabuhkan. Perasaan sayu masih lagi menyelubungi diri akhi.


Selepas solat isyak secara berjemaah di masjid, imam masjid meminta semua jemaah untuk bersame2 melaungkan takbir syawal. Katanya:


“ Hari raya ini merupakan hari kemenangan bagi kita yang telahpun berjaya dalam perjuangan menentang nafsu kita. Seharusnya pada malam ini kita bergembira dalam meraikan hari raya. Bukannya sedih (aduh, terpukulnye^^!). Marilah kita same2 laungkan takbir raye ini sekuat mungkin. Biarlah sampai pecah speaker sekalipun”.


 Haha, semangat dan berjiwa kental imam malam ni^^. Selepas beraya dengan ahli keluarga pada malam itu. Akhi dan adik2 yang lain bertolak pulang ke kampung. Pagi 1 syawal ini amat meriah sekali. Buat pertama kalinya akhi menunaikan solat sunat aidilfitri di Masjid Telipot, Kota Bharu. Ya Allah, ramainya orang. Melimpah sampai ke luar masjid. Seronok sembahyang ramai2 cmni. Panas? Sabor je ler^^.


Kegembiraan yang dikecapi di pagi syawal bukan kegembiraan yang biase2. Ia merupakan sesuatu yang luar biase. Kegembiraan ini tak same seperti kite pergi berkelah bersame member2, time dapat result, time drive kete dan sebagainye lah. Kite akan bergembira bersame mak dan ayah kite, isteri kite, anak2 kite, saudare2  kite, cikgu2 kite dan member2 kite. Dalam kegembiraan ini jugak, kite dapat merasai ikatan ukhwah itu lebih tegang dan kuat. Time ni jugak kite akan berkongsi cerita suka duka kite di tempat study dan tempat kerja. Yang jauh dapat di dekatkan, yang dekat dapat dieratkan. Best kan?^^.



with baby Ajmal


Antara perkara yang akhi suke buat ialah menziarahi saudare2, kawan2 dan cikgu2 yang telah banyak mengajar akhi. Walaupun traffic jam ni selalu melanda di musim perayaan di Kelantan ni, akhi tak kesah sangat sebabnye, bukan kite je nak beraye, orang lain pun nak beraye jugak kan. Dan satu lagi terimalah hakikat yang warga Kelantan ni sememangnye RAMAI!!!... Seronok sebenarnye ziarah ni. Bukan sebab nak kutip duit raye k. Sebabnya kite ni akan memudahkan rezeki yang diterima oleh tuan rumah. Ikatan persaudaraan juga akan lebih mesra. Walaupun jemputan ke rumah2 terbuke tu banyak, akhi akan cube jugak untuk pergi. Dengan bantuan jalan shortcut yang banyak akhi tau memudahkan sikit perjalanan akhi. Alhamdulillah^^


“ Salam, eh, mai la ke umah saye ni”.


Waaa… cikgu ajak anak murid?? Memang susah la zaman sekarang ni nak ade situasi cam ni. Dan ini statement yang agak tercabar daripada cikgu akhi.


“ Kalu zaman akan datang, kalu ibu bapa itu berjaya melahirkan anak yang baik, itu merupakan satu kejayaan yang paling HEBAT!!!”.


Kenape ye?? Renung2kan dan selamat beramah^^.



ziarah pusara mengingatkan akhi tentang kematian


Perkara yang paling best yang pernah akhi buat time syawal ni adalah drive kete. Kenape eh? Ok, salah satunye, drive kete ni memang hobi akhi. Kekadang tu ia boleh jadi penyembuh penyakit akhi. Ha?? Pelik kan?? Itulah salah satu kenape akhi suke sangat drive kete ni. Sebenarnye, drive kete time syawal ni melatih kite untuk lebih ramah dengan orang lain. Di samping itu jugak, kite boleh melatih diri kite ni unutk lebih bersabar, lebih memikirkan perkare2 yang positif dan banyak lagi la. Pada tahun ni, akhi nampak banyak kete2 yang stay kat tepi secara berjemaah. Haa, ni kes ‘kete kawan tu kene cium dengan kete kawan ni dan kete kawan ni tercium kete kawan tu dan kete kawan tu dicium kete kawan ni’, haha. Kalu bab ni banyak2 la bersabar ye. Akhi pun dah pernah ter’jebak’ dengan kegiatan ni. Apa yang akhi nak nasihatkan, bertimbang rase jugak la ye. Kalu kemek tu sebesar ibu jari (means tak nampak sangat la), tak payah la nak berkire sangat. Tak bawak masuk kubur pun. Professional la skit. Dah tengah ramai2 ni. Tak pasal2 disebabkan agenda ‘kecik’ korang tu, jam jalan beberape kilometer. Due2 lane plak tu. Istighfar banyak2 k.



yang ni baru kes besar


Akhi nak kongsi satu citer yang agak best bagi akhi. Takde la citer sangat, just pengalaman gitu. Beberapa hari lepas, akhi menghadiri rumah terbuke yang diadakan oleh bapa saudare akhi. Tengah best2 main amik gambar, tibe2 muncul la sebuah kete yang agak memeranjatkan akhi. Di belakang akhi je. Bile akhi toleh ke belakang, akhi dah agak sape hamba Allah ni. Sepupu akhi tanye pada akhi,


“ Sape tu?”.


“ TOK GURU kite la tu”.


Elok je akhi cakap camtu, hamba allah itu pun keluar dari kenderaannye. Dialah Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah, kali ni kami bertemu lagi. Sebenarnye, akhi dah cukup kenal dengan insan ni. Dulu, agak selalu jugak la TG datang ke rumah time arwah tok ayah akhi masih ade. Mereka ni kawan baik. Alhamdulillah, rezeki akhi dapat tengok die dari akhi kecik lagi. Sepanjang 20 tahun akhi hidup, ni la hamba Allah yang akhi tak pernah jemu melihat mukenye. Sporting plak tu. Semoga TG dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki^^.


akhi sebagai photographer


Alhamdulillah, itu sahaja buat masa  ni. Akhi harap syawal yang sahabat2 lalui pada tahun ni lebih manis dan lebih mantop dari tahun2 yang sebelumnye. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Sampai jumpe lagi. Insya Allah…


Wednesday, August 15, 2012

LIRIK IZZATUL ISLAM- SANG MURABBI




Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..


Wednesday, August 8, 2012

DAKWAH 'SANG MURABBI'



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Ar- rahman Ar-rahim. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Sekali lagi setinggi rasa syukur kepada-Nya kerana masih lagi memberi ruang dan nikmat kepada kita untuk terus kekal lagi di dunia ini. Dengan izin-Nya juga kita masih lagi diberi pelung untuk menghirup udara 20 ramadhan 1433 H ini.


Apa kata yang paling buat akhi ketika ini selain syukur kepada Allah SWT. Lega rasa di hati ini untuk terus kekal dijalan-Nya walaupun ia baru permulaan bagi akhi. Dengan izin Allah SWT, Dia telah mempertemukan akhi dengan sebuah kisah yang amat2 menyentuh jiwa. Baik dari segi jalan ceritanya, baik dari segi dialog dan mesej yang ingin disampaikan. Bagi akhi sukar untuk menemui jalan cerita seperti ini pada zaman kehancuran ini. Cerita yang akhi kongsikan ini merupakan sebuah kisah seorang murabbi dari Indonesia yang bertajuk SANG MURABBI.


Kisah ini difilemkan berdasarkan kisah benar, seorang ustaz yang hidup dan matinya hanya memikirkan tentang umat2 Islam dan dakwah dijalan-Nya. Dia adalah Ustaz Rahmat Abdullah. Walaupun akhi tidak mengenalinya tapi Allah telah mengenalkan akhi dengannya melalui cerita ini. Perwatakan yang ditunjukkan dalam kisah ini amat menyejukkan hati. Sifat2 yang ada pada seorang nabi cuba diterapkan oleh watak Ustaz Rahmat Abdullah sebaik mungkin. Sememangnya sifat seorang nabi itu amat menyenangkan. Semua umat amat menggemarinya.




Di dalam kisah ini ada ditunjukkan bagaimana Ustaz Rahmat melayan golongan2 yang dianggap bagi kita ‘sampah masyarakat’. Ustaz melayan mereka dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Pada masa yang sama, dia juga cuba menutup aib golongan ini. Kata2nya ibarat satu panahan semangat kepada mereka untuk terus mendengar setiap kata2 yang dilontarkan olehnya. Disebabkan layanan yang penuh berhemah ini juga, mereka amat menghormati Ustaz Rahmat. Allahuakbar, amat sukar untuk kita lakukan ini. Kalu akhi, bukan sahaja nak bertegur, nak melihat pun akhi merasa @!$$^^(*%. Masya Allah, sifat yang ditunjukkan oleh Ustaz Rahmat dalam kisah ini memberipengajaran kepada bahawa, kita umat manusia ini semua sama sahaja di sis-Nya.


Selain itu, bab yang amat menyentuh jiwa akhi ketika Ustaz Rahmat memberi taklim di sebatang sungai. Katanya:-


“Antum perhatikan bagaimana Allah SWT menciptakan batu yang luar biasa besarnya. Allah menciptakan begitu kerasnya batu. Bagaimana Allah SWT menciptakan air yang mengalir lembut ini. Tapi antara batu dan air mereka bekerjasama untuk menimbulkan satu harmoni yang Allah SWT harapkan di semua aktivis dakwah. Kita sama muslim, kita sama aktivis dakwah, kenapa banyak di antara kita tidak mengambil ibrah ini? Kenapa banyak di antara aktivis dakwah selalu mengatakan ini hak antum, ini ana. Ini kewajipan antum, ini kewajipan ana. TIDAK ADA!!! Malulah kita kepada apa yang diciptakan Allah SWT, batu dan air ini tidak ada pertikai di antara mereka”.


Allahuakbar, begitu mendalam sekali isinya. Apa yang akhi dapat simpulkan di sini. Kenapa kita sesame Islam, sesame muslim, tidak mahu bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberikan Allah SWT kepada kita. Tugas menegak agamanya di dalam diri kita. Binalah kekuatan agama di dalam diri kita. Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita untuk membina agama di dalam keluarga kita, di dalam masyarakat kita, di dalam negara kita dan di bumi Allah SWT ini. Mungkin kita sibuk untuk melakukan tugas2 yang diamanahkan. Insya Allah, dengan meletakkan segala urusan itu kepada Allah, dengan izin-Nya dia akan menolong kita pada setiap apa yang kita lakukan. Mungkin hasilnya nanti bukan sahaja memberi kebaikan kepada kita, tetapi juga kepada semua umat.


Dalam pada itu juga, kesungguhan yang ditunjukkan Ustaz Rahmat telah menunjukkan betapa sayangnya mereka yang yang mengenalinya apabila ustaz menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua menangis. Mengalirkan air mata hiba. Akhi yang melihat pun terasa sebaknya. Manakan tidak, seorang yang begitu berwibawa membawa agama Allah SWT untuk disampaikan kepada umat disekelilingnya diangkat bertemu dengan pencipta-Nya. Baik yang muda mahupun yang tua. Baik yang lelaki mahupun yang wanita. Semuanya mengalirkan air mata. Pada saat itu akhi mula terfikir, bagaimanakah situasi itu akan berlaku ke atas ulama2 pada masa kini terutamanya di Negara Malaysia ini sendiri. Akhi rasa, walaupun sejauh mana akhi pergi, akhi sanggup balik untuk bersama2 mengiringi jasad ulama tersebut ke tempat pengebumian. Semangat yang ditunjukkan oleh para ulama masa kini merupakan semangat akhi untuk terus berusaha menyumbang tenaga untuk agama Allah walaupun sekuat tenaga ‘kuman’. Untuk mencapai tenaga ini pun amat sukar untuk disampaikan.



Allahyarham Ustaz Rahmat abdullah


Sebelum kita berpisah, marilah kita sama2 sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.


Dengan ada kisah seperti ini memberi sedikit kekuatan kepada akhi untuk terus mencari seorang murabbi untuk diri akhi. Sekiranya diizinkan Allah, biarlah dia menjadi salah seorang daripada keluarga akhi. Seorang abi yang juga merangkap murabbi akhi sepanjang hayat. Pembimbing dalam setiap sudut kepayahan dan cabaran yang akhi tempuhi. Akan akhi berusaha untuk mencarinya selain doa yang tidak jemu2 dilantun kapada-Nya. Semoga perkongsian pada kali ini memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada diri kita semua untuk terus berada dijalan Allah SWT. Berusahalah untuk memperolehi redha-Nya. Insya Allah.. 

p/s: Kepada sahabat2 yang berada di Kelantan mahupun di luar Kelantan, jom kite same2 join program 'QIAM WITH ME'. Insya Allah, ahki juga akan turut serta^^



Thursday, August 2, 2012

SALAM PERANTAUAN



Salam ramdhan buat ayah, Hj Azahan b. Hj Daud, mama, Hjh Fatimah binti Muhamad Nawi serta seluruh  ahli keluarga di Kg Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Tidak lupa juga kepada semua tenaga pengajar dan sahabat di Kelantan (SKKL, MSI, SMKKL), Terengganu (SKTJ, SKBT7, SMKBB, SMKTIZ), Perak (SMKBT4), Selangor (KMS) dan Pahang (UMP). Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Daripada saya, Muhammad Ashraf bin Azahan (Ashraf Azahan), pelajar tahun pertama Jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Automotif, Unversiti Malaysia Pahang, Malaysia…pose molek deh^^ 

Wednesday, August 1, 2012

SOLAT KAMU TUNGGANG LANGGANG



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah meberi ruang kepada akhi untuk memberi sedikit perkongsian untuk kali ini. Tidak lupa selawat ke atas junjunagn kita, Nabi Muhammad SAW, rasul dan nabi terakhir yang diutuskan Allah SWT kepada umat manusia. Marilah kita sama2 mengamalkan sunnah baginda agar kita tergolong dikalangan umatnya yang tercinta, Insya Allah^^


Kita pernah melihat iklan dalam tv yang menyebut:-

“ Hak bermain, hak kami!!!” (semangat jer)

Tapi, pernah kite terfikir tentang ayat ini:-

“ Hak SOLAT, hak ALLAH!!!”


Masya Allah, pada akhir2 ini akhi banyak melihat beberapa fenomena yang pelik berlaku. Terutamanya dalam bab mengerjakan solat. Seperti kita sedia maklum, solat merupakan satu kewajipan yang patut dikerja oleh setiap manusia yang beragama ISLAM. Akhi tekankan balik di sini, WAJIB!!!


Apa yang akhi nak cakap di sini tentang perangai sahabat2 kite, tak kire sama ade yang muda mahupun yang tua, perkara solat kini sangat diambil remeh. Sebelum ini, kite dilema oleh situasi ‘malas solat’ dan ‘main2 dalam solat’. Malah perkara ini masih lagi subur membiak di kalangan masyarakat kite. Tak termasuk lagi dengan susunan saf yang tak tersusun. Kalau di bulan ramadhan ini pula, ada pula yang menyampuk dalam tasbih tarawih semasa ia dilafazkan oleh bilal tarawih. Tak perlu rasanye akhi bagitau kat sini. Yang pastinya, sahabat tersebut merupakan seorang  pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang mana golongan ini mendapat jolokan mata yang tinggi  di sisi masyarakat. Tapi, takde maknenye kalau belajar tinggi2 tapi masih lagi bermain2 dalam beribadah. Harus diingatkan. Kita beribadah ini, bermakna kita berkomunikasi direct dengan Allah SWT, Pencipta kita. Kalau dengan sultan dan menteri boleh hormat bagai nak rak takkan dengan Allah sendiri tak boleh.


Yang terbaru, akhi pernah pergi ke sebuah masjid untuk solat asar ketika tu. Dalam nak masuk ke dalam saf, akhi jadi keliru. Ini pertama kali yang akhi hadapi. Saf di hadapan, Alhamdulillah sempurna. Yang belakang ni. Ade yang sembahyang kat tengah, ade jugak yang sembahyang kat tepi. Ni dah kire ‘terputus’ saf. Yang ni mungkin ok lagi. Yang lagi power, orang tue duduk solat dengan budak2 yang kat belakang tapi masih lagi mengikut imam. Akhi tak tau nak cakap ape time tu. Sangat terkejut.


Baiklah, di sini akhi nak kongsikan sedikit syarat2 sah mengikut imam. Sekiranye ade kesilapan diminta tegur ye. Antaranye:-


1)      Niat mengikut imam
2)      Perbuatan mengikut imam
3)      Mengetahui garak-geri perbuatan imam
4)      Imam dengan makmum berhimpun atau berkumpul pada satu tempat
5)      Mekmum di belakang imam
6)      Makmum tidak menyalahi imam
7)      Imam tidak dipengaruhi oleh solat orang lain
8)      Persamaan solat antara imam dan makmum
9)      Imam mestilah lelaki
10)   Imam hendaklah mempunyai bacaan yang baik
11)   Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal solatnya


Syarat2 ini akhi petik dari buku ‘Indanya Hidup Bersyariat’ karya Dato’ ismail kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. Bagi sahabat2 yang ingin mengetahui banyak lagi perkara tentang fardhu ain bolehlah dapatkan buku ini di kedai2 buku yang berdekatan. Mungkin ini sekadar rujukan sahaja. Akhi sarankan supaya sahabat2 sekalian rajin2 diri untuk bertanye kepada ustaz2 yang pakar dalam hal ini. Membaca sahaja tidak mencukupi, perlukan sedikit ‘isotonik’ untuk menguatkannya.




 Semoga apa yang akhi kongsikan ini dapat memberi sedikit pencerahan minda kepada sahabat2 yang akhi kasihi kerana Allah sekalian. Bersabarlah kite dalam menghambakan diri kepadaNya. Kemanisan dalam beribadat itu tidak datang bergolek, kite yang perlu berusaha mencarinya dengan perbanyakkan amalan2 sunat dan berdoa kepadaNya. Maafkan akhi sekiranye ada tersilap dan terkasar bahasa. Semoga berjaya dalam mengharungi bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga segulung Ijazah Taqwa Kerana Allah dapat kite perolehi dalam Universiti Ramadhan ini. Insya Allah^^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...