Wednesday, July 25, 2012

LIRIK IMAM MUDA- PEJUANG AGAMA




Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata


Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka
Renungkanlah bersama


Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju


Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama


Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar
Renungkanlah bersama


Hindari rasa benci
Sesame sendiri teguhkan ikatan
Antara saudara



Tuesday, July 17, 2012

LIRIK IMAM MUDA- UJIAN HIDUP




Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya


Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana


Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi


Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini


Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana


Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya


Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi


Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Monday, July 16, 2012

SANAH HELWAH YA ABI^^


Alhamdulillah. Sanah helwah ya abi (Hj Azahan b. Hj Daud). Semoga dipanjangkan umur. Terima kasih kerana telah mendidik abang selama 20 tahun. Ntah kenape tiada idea nak mengarang bait2 yang indah. Sekadar lirik lagu aeman- ayah yang dapat abang kongsikan. Kalu ayah ingat lagu ni pernah dimainkan time majlis restu ilmu di sekolah dulu. Syahdu betul time tu…T_T… Sebenarnye abang bangga ada ayah yang power cam ayah cume dipendamkan je. Di UMP, sifat yang ada pada ayahlah yang abang gune untuk terus survive. Doakan kejayaan abang.  


ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku


terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan


walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian


ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan


terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan


tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

p/s: Kpd semua sahabat akhi yang dikasihi. Hargailah ayah kite selagi die masih bersame dengan kite^^ 

Sunday, July 15, 2012

RAMADHAN HIGH CLASS^^



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan udara yang sejuk pada malam ini. Angin yang agak ‘sempoi2’ pada malam menambahkan lagi suasana kesyahduan dan ketenangan. Selawat dan salam dipanjat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Marilah kita same2 berusaha untuk menjadi umat baginda yang ter’mantop’ agar kita dikurniakan syafaat di akhirat kelak, Insya Allah^^

Pejam celik, pejam celik, kite dah nak masuk bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu RAMADHAN. Bulan yang mana bagi kita umat Islam untuk menambahkan lagi amal pahala kite. Ganjaran pahala pada bulan ini pula dilipat kali ganda untuk memberi semangat kepada kite untuk terus beribadah.

“Seronok tak?”.

Of course la. Bonus yang ade depan mata, takkan nak lepas camtu je”.

Begitu sayangnya Allah SWT kepada kite. Bukan itu saje, syaitan yang selama ini banyak mendorong kite untuk melakukan maksiat akan digari sepanjang sebulan bulan ramadhan ini. Tapi kene ingat, ade sekor lagi bendalah yang sentiasa mendorong kite untuk melakukan kejahatan. Namanya, nafsu.

“Da tu camne ni?”.

“Haa, train la diri kite untuk melakukan amal kebaikan. Sebab ape tau, nafsu ni lembik je. Die jadi kuat sebelum ni pun sebab ade syaitan la. Mudah citer, Bro Syaitan tu partner rapat die. Bila dua makhluk ni bergabung, kuat la die. Tapi, sikit je pun. Bagi sahabat akhi yang kuat amalnya, tepis camtu je, jatuh debuk la diorang”.

Sahabat2 yang akhi kasihi kerana Allah sekalian. Akhi nak kongsi satu citer. Yang ni realiti di depan mata akhi. Citer ni bermula bile akhi berada di sebuah kedai runcit. Time tu kebetulan bulan ramadhan. Ade la sorang brother ni berlagak macho la sangat. Mule2 tu teragak-agak jugak la die nak masuk kedai. Dengan selambernye die tunjuk peace kat mak cik kedai tu (die mintak rokok). Mak cik tu pulak, tunjuk ke arah anak die yang duduk kat belakang kedai. Maka terjadilah jual beli rokok time tu. Dalam hati dah geram sangat dah. Lepas je budak tu pegi…

“Kenape mak cik jual?”.

Mak cik tu tunjuk ke arah anaknye dengan bibir die. Bajet muncung die tu lawa la kot. Akhi sambung lagi…

“Ni kan bulan puase”.

Eh2, die buat tak tau pulak. Sakit jugak la hati ni (sabar2…X(..)

Apa pandangan sahabat2 sekalian? Realiti masyarakat kite pada hari ini. Kalu kite tanye agama ape? Jawabnye Islam. Rukun Islam kalu tolak satu, takkan jadi empat, die akan jadi kosong terus. Harus ingat ye sahabat2. So, di bulan yang mula ini, marilah kite terus berusaha untuk melakukan amal kebajikan. Pada kali inilah kite nak bersihkan hati kite betul2. Cakap nak masuk syurga kan? Lazimi diri kite dengan qiamullail, zikir, bacaan al-qur’an (khatam satu al-qur’an), sedekah, solat2 sunat dan banyak lagi.

Bagi yang berkelapangan, boleh la lazimi diri kite ke majlis ilmu. Haaa… Disempatan ini, akhi nak jemput sahabat2 akhi sume terutamanya yang tinggal di negeri Kelantan untuk hadir ke majlis ilmu mingguan yang di jalan pada setiap pagi jumaat di Jalan Dato’ Pati. Bagi yang tak tau jalan ni, majlis ilmu ini dilaksanakan betul2 di hadapan kedai buku terkenal, Syarikat Jaafar Rawas. Biasenye, majlis ini bermula pukul 8.30 pagi (kalu tak silap) sampai 9.30 pagi bagi sesi pertama dan 9.30 pagi samapi 10 pagi untuk sesi yang kedua. Tapi, kene la datang awal2 sebab majlis ilmu inilah yang istiqamah dengan bilangannye yang ramai. Parking sentiasa penuh. Kalu nak duduk di pentas utama pun boleh (best sangat duduk situ, tiada halangan, tengok la tok guru yang mengajar tu depan2^^). Bile tamat je majlis tu, akhi akan cepat2 masuk kedai buku sebab kedai ni selalu berlaku traffic jam. Akhi bukan saje gilakan buku2 yang ade kat situ, tapi album nasyid pun same (da addict sgt da^^). Seronok berebut-rebut beli buku. Cam pasar jual ikan^^.

Lupe pulak, bagi yang tak berkesempatan, sahabat2 boleh layari mykelantantv.com.my untuk menyaksikan majlis ilmu ini secara live. (Situasi ni selalu berlaku kepada akhi time kuliah di UMP^^). Hasilnye jugak puas hati.

Sampai di sini saje buat mase ni. Semoga kite dapat berjumpe lagi. Maafkan akhi sekiranye akhi ade melakukan ape2 kesalahan selama ini. Jadikan ramadhan kite pada tahun ni, lebih baik dari tahun lepas. Semoga sahabat2 akhi berjaya mengharungi ramadhan tahun ini dengan jayenye. Kasi high class gitu^^ Insya Allah.

p/s: Dengan usaha kite yang power, semoga Allah SWT pertemukan kite dengan malam lailatul qadar, Insya Allah^^
  

Thursday, July 12, 2012

LIRIK OPICK FT AMANDA- SATU RINDU



Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

Friday, July 6, 2012

INDAHNYA AKHLAKMU




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang maha Esa atas pemberian rezeki yang tidak terhingga kepada kita semua. Dalam menyelami erti syukur ini, tidak lupa untuk berselawat kepada Baginda SAW. Rasul junjungan yang telah banyak berkorban untuk agama Allah dan umatnya. Bukan sahaja ketika zaman jahiliyah, malah sehingga zaman kini, sebuah zaman di mana tiada lagi nabi yang dilantik oleh Allah SWT selepas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, masih lagi mahu melakukan maksiat? Fikir2kanlah ya sahabat akhi semua^^

Pada kali ini akhi ingin berkongsi sedikit dengan satu kisah yang boleh kita jadikan teladan buat sahabat akhi semua. Seorang kanak2 kecil (agak2 dalam darjah tiga, cume dia ni ‘ketot’ skit^^) dijemput oleh ayahnya selepas tamat sesi persekolahan. Beg digalasnya diletakkan di tempat duduk belakang. Setelah itu dia pun duduk di kerusi  bahagian kiri pemandu. Si ayah memulakan bicara:-

“ Kenapa senyap je ni? Biasanye elok je selepas masuk kereta mulut asyik ‘pot pet pot pet’. Senyap pelik je hari ni? Ke ni tanda dah dapat markah exam ke ape?”.

“ Tak da la Abi. Biase je”.

“ Dah tu, yang senyap sangat ni kenape? Sakit?”.

“ Pagi tadi je sakit perut sikit, sekarang dah elok”.

“ Aik, lain je bunyi nada tu. Ade pape ke ni?”. Si anak pun meluahkan persoalan yang dipendamnya.

“ Abiii”.

“ Ya”.

“ Along ni baik tak?”.

“ Aaaaa, kenape tetibe tanye ni? Kene buat kerje kursus ke?”.

“ Alaa abi, cakap la dulu”.

“ Ok ok. Perangai Along, ok, cume kekadang tu nakal sikit”.

“  Tu je?”.

“ Eeerrr, time kecik dulu selalu la kencing dalam seluar”.

“ Bukan yang tu… Abi ni main2 plak… Along serius ni”.

“ Oyeke? Mane ade la. Tu je rasenye. Hhmmmm, kenape Along tanye camtu? Ni mesti ade buat pape kat sekolah ni”.

“ Tak ada la. Cume ade sorang student sebelah kelas Along tu”.

“ Kenape dengan die?”.

“ Dia baik sangat”.

“ Ya Allah, bagus la tu. Apa masalahnya?”.

“ Along suka dengan die”.

“ Aikkk, ade pape ke ni?”.

“ Abi ni, situ pulak, Along suka akhlak die je, tak lebih dari tu”.

“ Abi faham, yang Along nampak gelabah sangat ni kenape?”.

“ Mane ade la abi, biase2 je”.

“ Haha. Ok ok. Abi faham. Along, itulah Islam. Cantiknya Islam ada pada umatnya kerana umat Islam hanye berpegang pada Al- qur’an dan hadis. Kan ade hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.ha yang bermaksud;

Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.

Haa, dari situ kite boleh nampak Rasulullah mempunyai akhlak yang baik kerana isi kandung Al-qur’an merupakan bait2 kata dari Allah SWT yang terpelihara. Allah menyuruh kite untuk berbuat baik dan tinggalkan yang buruk. Senang citer, buat yang makruf, tinggalkan yang mungkar”.

“ Oooo, ustazah pun ade bagitau yang akhlak kite mencerminkan diri kite yang sebenar”.

“ Aiwah, akhlak yang baik bukan saje disukai oleh orang lain, tapi Rasulullah sendiri pun suke. Dalam hadis yang lain riwayat Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur”.

“ Waa, seronoknye. Kalu macam tu Along nak buat kat semua orang la”.

“ Alhamdulillah, kalu macam tu, ramai la yang akan tertarik dengan Islam”.

“ Eh, kenape pulak Abi?”.

“ Ooo, tak faham eh?”.

‘” Tak”.

“ Ok camni. Along ada dua barang yang Along suke. Pertama, ipad dan yang kedua Samsung Galaxy Tabs. Kalau Along la, Along pilih yang mane?”.

“ Samsung Galaxy Tabs”.

“ Kenape?”.

 “ Bagi Along yang ni nampak lebih baik berbanding iPad”.

“ Lagi?”.

“ Lebih sempurna. Banyak yang kite boleh buat dengannye”.

“ Haa, camtu tu la dengan Islam. Islam tu sememangye dah sempurna. Tapi, akhlak umat die yang lebih menyempurnakan Islam itu,. Jadi ramai la yang nak masuk Islam”.

“ Waa, senangnye dakwah Islam. Pandai la Abi”.

“ Alhamdulillah. Haha, sebenarnye penulis blog ni pun dah tak pasti betul ke tak cerita yang die reka ni”.

“ Haa? Ape die abi? Tak faham la”.

“ Tak da pape la. Melawak je tadi”.

“ Ooo, gitu eh? Pape pun, syukran ya Abi. Best la bile abi cakap”.

“ Kalu ye pun, tak payah nak peluk tangan Abi, tengah drive ni”.

“ Opss.. sorry2”.


Semoga apa yang akhi kongsikan ini dapat kite same2 ambil manfaat darinya dan sebarkan kepada sahabat2 kite di luar sane^^ semoga berjumpe lagi, Insya Allah. Jangan lupe solat ye^^Salam Syaaban…





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...