Wednesday, February 29, 2012

CARA MEMPEROLEH MATI SYAHID



Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid."

Tuesday, February 28, 2012

LIRIK DEVOTEES- TIKA DINIHARI


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu
Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu
Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu
Tuhan Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Monday, February 27, 2012

GAGAH BERKUDA, TEPAT MEMANAH, TANGKAS BERENANG

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih lagi memanjangkan usia kami dalam mendalami ilmu-Mu ini. Selain itu, kami juga memanjatkan selawat kami kepada Rasulullah SAW. Pada hari yang penuh kesegaran ini, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan sunnah Rasulullah SAW iaitu menunggang kuda, memanah dan berenang.

Hadith Rasulullah SAW bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.” (NASAI – 3522)


MENUNGGANG KUDA



Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). “Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan”.

Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan galloping kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga perkara ini sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.

Menurut Chassigne, menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat :-

1. Membaiki imbangan, meguatkan otot, membentuk kelembutan dan mendorong semangat penunggang.

2. Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar dan berdisiplin tinggi.

3. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa takut (terapi emosi).

Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran dapat :-

1. Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka.

2. Melatih mereka supaya mematuhi disiplin.

3. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.

4. Berinteraksi sesame rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.

5. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.


MEMANAH






“Sesungguhnya Allah ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga lantaran satu anak panah; orang yang ketika membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan Allah serta orang yang memanahkannya di jalan Allah.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kamu memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.” (AHMAD – 16699)

Hadith di atas menggambarkan betapa Rasulullah SAW sangat menganjurkan agar seorang muslim prihatin dengan persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang terkait dengan hal itu. Dan seorang muslim perlu memiliki semangat untuk berjihad di jalan Allah. Mengapa? Karena Nabi SAW memperingatkan bahwa hilangnya semangat berjihad sebagai tanda hadirnya kemunafikan dalam diri.

Dengan memanah, kita dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


BERENANG



Banyak manfaat yang boleh diperolehi ke atas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik.

Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional, dan sosial.

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:-

1. Kemahiran motor kasar dan halus

2. Refleksi (masa tindak balas)

3. Kuasa tumpuan (focus)

4. Kepintaran / kecerdasan

5. Tabiat sosial

6. Interaksi sosial

7. Keyakinan diri

8. Kebebasan

9. Boleh menangani situasi yang di luar jangkaan.

Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Hidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW. Insya Allah.


https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/12/20/kebaikan-menunggang-kuda-memanah-dan-berenang-bahagian-1/


IMAGE BY:


http://www.google.com.my/imgres?q=MENUNGGANG+KUDA&hl=en&biw=1364&bih=707&gbv=2&tbm=isch&tbnid=zVsULWksmQMoWM:&imgrefurl=http://koleksioldskool.blogspot.com/2011/04/permainan-kuda-kayu.html&docid=odZ6Kx5f4dMlcM&imgurl=http://4.bp.blogspot.com/-mwOCi_CdX08/TbqnCvY1nDI/AAAAAAAAB8c/NDEPhsWhkMs/s400/DSC02968.JPG&w=300&h=400&ei=3yNMT4z5HMPVrQf7k9SwDw&zoom=1


http://www.google.com.my/imgres?q=MEMANAH&hl=en&gbv=2&biw=1364&bih=707&tbm=isch&tbnid=yq2KtMiIBT6MrM:&imgrefurl=http://fenip.blogspot.com/2011/03/nabi-muhammad-saw-menganjurkan-ummat.html&docid=3dVM1d5d_nGwLM&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/-IJnzzKJC6rs/TYMiDApUrRI/AAAAAAAAADM/Zcvd0TN7N5M/s320/panah2.jpg&w=320&h=320&ei=ayRMT-66DNCqrAf99YmzDw&zoom=1


http://www.google.com.my/imgres?q=BERENANG&hl=en&gbv=2&biw=1364&bih=664&tbm=isch&tbnid=q5B0CvFW3z_w8M:&imgrefurl=http://www.forumkami.net/cafe/51952-lihat-harimau-gajah-berenang.html&docid=UgD7xIHsKI4BpM&imgurl=http://img709.imageshack.us/img709/622/ber1.jpg&w=450&h=332&ei=MCVMT_ybG8HQrQfEoKCtDw&zoom=1

Sunday, February 26, 2012

NIKMATNYA WUDHUK

Alhamdulillah. Syukur kepada pencipta kita Allah SWT kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita untuk beramal di atas bumi yang sementara ini. Tidak lupa juga ucapan selawat kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang berwudhuk. Berwudhuk adalah satu perkara sunat tetapi apabila hendak melaksanakan solat maka hukum berwudhuk berubah menjadi wajib. Tanpa wudhuk solat Tidak Sah maka sia-sia sahajalah amalan kita. Mari kita perhatikan apa kelebihan-kelebihan berwudhuk dari sudut kesihatan:-

BERKUMUR: Kuman akan membiak dengan pantas jika terdapat sisa makanan di dalam mulut kita. Kuman tersebut akan membuatkan kerosakan gigi, ulser mulut dan sebagainya. Cara untuk mengatasinya adalah dengan berkumur. Sains telah membuktikan berkumur dapat mencegah mulut dan kerongkong daripada jangkitan kuman dan radang. Bahkan ia mampu membuang sisa makanan di dalam mulut yang boleh merosakkan gigi.

MEMBASUH HIDUNG: Udara kotor yang kita sedut membawa bermacam jenis kuman dan debu. Kuman-kuman ini boleh menyebabkan demam, selsema, batuk, sakit kerongkong dan lebih teruk boleh menyebabkan radang otak. Maka apabila kita membasuh hidung ketika berwudhuk, sudah tentu kita dapat menyucikan rongga hidung dan membuang sebahagian besar kuman tersebut. Bahkan ia boleh mengurangkan risiko terkena penyakit kanser hidung.

MEMBASUH MUKA DAN KEDUA-DUA TANGAN: Bagi kaum lelaki, bahagian muka dan kedua-dua tangan sehingga siku sering terdedah kepada debu dan bakteria ketika mereka keluar rumah kerana bahagian lain tertutup. Maka dengan membasuh muka dan tangan kita dapat membuang sebahagian besar kuman, debu dan peluh yang melekat di permukaan kulit. Selain itu, ia juga menyingkirkan bahan berlemak yang terdapat pada peluh yang menyebabkan pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit.

MEMBASUH KEDUA-DUA KAKI: Kaki merupakan organ yang sentiasa terdedah kepada kotoran ketika berjalan. Segala debu, pasir dan cecair yang akan melekat pada kaki ketika berjalan. Maka, berwudhuklah jalan penyelesaiannya kerana kita membasuh kaki banyak kali dalam sehari ketika berwudhuk.

KELEBIHAN-KELEBIHAN LAIN: Kajian saintifik menunjukkan aliran darah di bahagian tangan sehingga siku dan kaki adalah lemah berbanding aliran darah pada organ-organ lain. Maka dengan membasuh anggota-anggota badan tersebut sambil menggosok-gosoknya pada setiap kali berwudhuk dapat membantu meningkatkan pengaliran darah kepada bahagian-bahagian tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan fungsi serta aktivitinya untuk kerja seharian.

Sains juga telah membuktikan kesan sinaran cahaya matahari terutamanya sinaran ultra violet yang boleh menyebabkan penyakit kanser kulit. Kesan cahaya matahari pada permukaan kulit yang terdedah dapat dikurangkan dengan membasuh bahagian tersebut kerana air dapat melindungi kesan-kesan bahaya sinaran matahari pada permukaan luar dan dalamnya.

Wudhuk dapat menyucikan diri daripada kesalahan dosa di samping membersihkan anggota-anggota badan. Ketika membasuh anggota-anggota wudhuk maka keluar dan terhapuslah dosa-dosa yang dilakukan oleh setiap anggota.

Hal ini dijelaskan oleh hadith:

Yang bermaksud: “Sesiapa yang berwudhuk dan menyempurnakannya dengan baik maka keluarlah segala dosa-dosa dari tubuh hingga ke bawah kukunya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Perkara ini disebut oleh hadith yang bermaksud:

Apabila seorang Muslim lagi Mukmin berwudhuk, maka apabila membasuh mukanya nescaya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya terhapuslah segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya lalu gugurlah segala dosa yang dilakukan oleh kakinya bersama air atau titisan air wudhuknya yang terakhir, sehingga sucilah dari segala dosa-dosa.”. (Hadith Riwayat Muslim)

Sesiapa yang hendak berwudhuk terlebih dahulu hendaklah dia berkumur-kumur dan menyedut air ke hidungnya lalu menghamburkannya keluar, maka keluarlah bersama air itu dosa-dosa daripada wajah, mulut, dan hidungnya. Apabila dia membasuh mukanya seperti yang diperintahkan Allah, maka keluarlah dosa-dosa daripada mukanya hingga ke hujung janggutnya. Apabila dia membasuh kedua tangan hingga ke siku maka gugurlah dosa-dosanya hingga ke hujung jari. Apabila dia menyapu kepala, lalu gugurlah dosa-dosanya hingga ke hujung rambut. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka gugurlah dosa-dosa kaki hingga ke hujung jari kakinya. Apabila dia berdiri untuk bersolat kemudian memuji, mengagungkan Allah dengan selayaknya serta mengikhlaskan hati kepada Allah maka gugurlah segala dosa-dosanya seperti keadaan seorang kanak-kanak yang baru dilahirkan oleh ibunya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Berwudhuk dapat mengatasi perkara yang dibenci di samping meningkatkan darjat.

Perkara ini disebut oleh hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang boleh menghapuskan dosa-dosa kamu dan meningkatkan darjat kamu?” Para sahabat menjawab: “Mahu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Menyempurnakan wudhuk serta menjauhi perkara yang dibenci dan memperbanyakkan langkah ke masjid-masjid dan menunggu masa solat berikutnya setelah mengerjakan solat sebelumnya. Oleh itu hal yang sedemikian adalah benteng bagi kamu. Oleh itu hal yang sedemikian adalah benteng bagi kamu.” (Rasulullah s.a.w mengucapkan ayat ini sebanyak dua kali). (Hadith Riwayat Muslim)

3. Membaca syahadah selepas berwudhuk merupakan sebab untuk masuk ke syurga.

Semoga apa yang dikongsi ini, dapat meningkatkan lagi semangat kita dalam mencintai-Nya. Ambillah iktibar dan manfaat dan sebolehnya kita sampaikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga kita sama-sama merasai rahmat Allah SWT. Insya Allah.

http://malakian.blogsome.com/2006/02/03/kemuliaan-dan-kelebihan-wudhuk/

http://wafazinnirah92.blogspot.com/2012/01/berwudhuk-untuk-sihat.html

Saturday, February 25, 2012

DUNIA AKHIR ZAMAN


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Friday, February 24, 2012

BERSYUKURLAH KITA


Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW,“Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”

Thursday, February 23, 2012

KESABARAN LEBIH BAIK


Daripada Abu Said Saad bin Malik bin Sinan al-Khidri RA katanya, “Ada beberapa orang sahabat di kalangan Ansar telah meminta (sedekah) kepada Rasulullah SAW. (Ansar ialah penduduk asal Madinah yang menerima kedatangan Rasulullah dan membantunya.) Maka diberi oleh Rasulullah SAW. Kemudian mereka meminta lagi dan diberi lagi oleh Rasulullah SAW sehingga habis apa yang ada padanya.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada mereka, “Apa jua kebaikan yang ada di sisiku tidak akan kusembunyikan daripada kamu. Sesiapa yang hendak menjauhkan diri daripada kekejian (meminta-minta) dijauhkan Allah daripada kekejian itu, sesiapa yang inginkan kaya jiwanya dikayakan Allah dan sesiapa yang sabar menghadapi penderitaan diberi kesabaran oleh Allah. Dan tiada pernah seseorang itu diberi kurniaan yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”

Tuesday, February 21, 2012

NOTA KULIAH MAGHRIB (16 FEBRUARI 2012)


1. Allah itu wujud-à boleh tengok pada alam ini sendiri

2. Allah menurunkan rasul yang membawa penjelasan yang boleh diilmiahkan

3. Nabi Muhammad SAW paling berpengaruh di dunia kerana baginda lahir pada zaman tidak bertamadun

à masyarakat menanam bayi perempuan hidup-hidup

4. Kita adalah umat yang terbaik

à mengamalkan amar makruf nahi mungkar

à beriman kepada Allah SWT

5. Sakaratul maut amat menyakitkan

6. Mengembala kambing dapat mendidik dalaman seseorang

7. Kalau susah , kena pandang dari sudut positif, mudah untuk berdoa dan beribadah

PENGUBAT HATI

Mari kita sama-sama cuba untuk mengamalkan zikir sebagai salah satu amalan kita seharian. Ia ringan tetapi mempunyai ganjaran yang besar di sisi-Nya. Insya Allah.

TERHAPUS SEMUA DOSA APABILA MEMELUK ISLAM


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”

Monday, February 20, 2012

KELEBIHAN BERSUGI


"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A

Kayu Sugi diperbuat dari akar pokok "Araak"(Salvadora Persica).

Hikmah dan faedah

~Membersihkan gigi,lidah dan mulut.
~Melindungi dari kerosakan gigi.
~Menguatkan gusi dan gigi.
~Menghilangkan bau busuk mulut.
~Menambah selera makan.
~Mencerahkan mata.

Diriwayatkan sepotong hadis, solah yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah:

1) membersihkan mulut
2) menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t
3) menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan para malaikat mengasihi orang bersugi
5) menguatkan gusi
6) menghilangkan gelema
7) mewangikan mulut
8) menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
9) menguatkan pandangan mata
10) menghilangkan bau busuk mulut

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah sunah Rasulullah s.a.w. (Daripada kitab Munabihat karangan Hafiz Ibnu Hajar).
Para ulama mencatatkan terdapat 70 faedah dalam bersugi, salah satunya ialah dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia sebaliknya terdapat lebih 70 kemudaratan dalam candu atau dadah. Salah satu kemudaratan candu ialah lupa kalimah syahadah ketika hendak meninggal dunia. (Fadhilat Solah susunan Maulana Zakariya).

Adab bersugi
~Niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan ALLAH S.W.T.
~Baca BISMILLAH dan SELAWAT.
~Basuh berus sugi sebelum dan selepas digunakan.

JANGAN!

~Baring semasa bersugi.
~Diletak melintang/berbaring.
~Guna kedua-dua hujung berus.
~Bersugi/simpan kayu sugi di dalam tandas.

Masa
~Sebelum tidur.
~Sebelum solat(amat digalakkan).
~Sebelum dan selepas makan.
~Semasa bermusafir.
~Semasa membaca AL-QURAN.
~Bila mulut berbau.
~Zikrullah.
~Sebelum menghadiri perjumpaan.

Petua
Sakit gigi? Senang sahaja.
Bersugi macam biasa.Bila berus sugi sudah lembut,tekapkan di tempat yang sakit. Urut dan kemam sambil selawat dalam hati.InsyaALLAH akan hilang serta merta.Amalkan selalu,tawakkal, InsyaALLAH sakit gigi akan sembuh.

INFO SAINS-Kandungan Semulajadi
Sodium Chloride,Potassium,Chlorides,Calcium Oxides,Chlorophyll,Sodium Bicarbonate,Flouride,Silica,Sulphur,Tannin dan Vitamin C.

Tahukah Anda?
Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian(Pencegahan),Universiti King Saud,Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak,gusi berdarah,gigi haus dan kesakitan gigi.(Arabnews).

http://amalan-harian.blogspot.com/2010/05/bersugi-antara-sunah-rasulullah.html

Sunday, February 19, 2012

MILIKI KEMANISAN IMAN


Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”.

ALLAH GEMBIRA MENERIMA TAUBAT HAMBA


Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”

Menurut riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu).

http://www.islam.gov.my/e-hadith

Thursday, February 16, 2012

KELEBIHAN BERSUCI


Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).

LIRIK SHOUTUL HAROQAH- GELOMBANG KEADILAN


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga


http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/802/shoutul_haroqah-gelombang_keadilan.html

Wednesday, February 15, 2012

4 KARYA DIANTOLOGIKAN


Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kepada pencipta-Ku, Allah SWT. Engkau memang bijak dalam merencana hidup hamba-Mu. Segala yang telah Kau berikan tidak dapat ku balas walaupun dengan hartaku yang menggunung. Hanya pujian syukur yang dapat ku panjatkan.

Pada bulan September 2011, pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) ada menganjurkan satu pertandingan mengarang puisi sempena sambutan hari kemerdekaan ke-54. Pertandingan ini terbuka kepada staf dan pelajar UMP sahaja. Bagi mengisi masa lapang ketika minggu orentasi, saya telah menghantar beberapa karya saya kepada pihak penganjur. Pada ketika itu saya cuma mahu berkongsi apa yang ada dalam kotak pemikiran saya sahaja.

Beberapa minggu dan bulan berselang saya telah dijemput untuk menghadiri satu majlis resepsi bagi memberi penghargaan kepada para karyawan. Pada ketika itu saya tidak dapat hadirkan diri kerana menghadapi peperiksaan percubaan. Majlis itu berlangsung di Dewan Astaka, UMP kampus Gambang dan dirasmikan juga Antologi Puisi Merdeka UMP: Kemerdekaan yang Terhutang.

Dalam antologi ini, 4 karya saya telah dipilih. Karya-karya saya tersebut ialah Nostalgia, Aku Dulu Kini, Salam Dari Anak dan Dia Pejuang. Kenangan ini adalah yang paling manis yang pernah saya lalui. Terima kasih diucapkan kepada panel penilai Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Prof. Madya Dr Lim Swee Tin. Semoga semua isi tersurat dan tersiratnya dapat dijadikan iktibar dan dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Insya Allah.

KEBAIKAN MEMBAWA GANJARAN BERLIPAT GANDA


Daripada Abu al-Abas Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib RA daripada Rasulullah SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (Hadith Qudsi) Allah SWT sabdanya : “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih. Sesiapa yang berniat hendak melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak dikerjakannya Allah mencatitkan untuknya satu pahala dan jika dia berniat hendak melakukan kejahatan kemudian dilakukannya Allah mencatitkan untuknya satu dosa.”

Tuesday, February 14, 2012

KEMUNCAK MENARA 12


Alhamdulillah. Setelah berminggu-minggu berlalu hanya digunakan untuk melakukan persiapan, akhirnya Menara 12 kini berada di puncaknya. Puncak ini ialah merupakan permulaan program Menara 12 yang berlangsung di Kompleks Islam Al-Hikmah, Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan. Program yang menumpukan kepada pelajar SPM 2012 ini merupakan aktiviti tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang dilaksanakan di setiap negeri di Malaysia.

Pada awalnya kami dikejutkan dengan kehadiran awal peserta dari waktu yang ditetapkan. Ini menyebabkan kami terpaksa bersegera dalam menyiapkan secepat mungkin tugas-tugas yang belum diselesaikan. Peserta yang kebanyakan yang dimonopoli oleh pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz seramai 67 orang, 13 orang muslimin dan 54 muslimat.

Antara aktiviti yang menyeronokkan bagi saya ialah Menara Maruah, Xplorace, Pengenalan Universiti dan Bernasyid Bersama Abang-Abang Fasi. Dalam aktiviti Menara Maruah, adik-adik peserta dikehendaki membina menara menggunakan kad sambil diperhatikan oleh semua fasilitator. Sehingga waktu yang ditetapkan, semua fasi akan berubah menjadi ‘pemusnah menara’ dan meraka dikehendaki membina semula menara tersebut sambil mereka diganggu gugat oleh abang dan kakak fasi. Bermulalah suasana yang riuh-rendah. Macam-macam perkara yang telah digunakan oleh adik-adik bagi menghalang semua fasi yang mengganggu. Saya pun tidak terlepas dari menerima ‘sagu hati’ dari aktiviti ini. Kesan yang tercalit di bawah mata ini akan dikenang selalu. Sebenarnya, menara yang telah dibina oleh adik-adik diibaratkan sebagai maruah mereka sendiri. Ketika sesi konklusi, macam-macam ayat yang keluar dari mulut adik-adik ini. ‘Fasi jahat’ antara ayat yang membuatkan semua fasi tergelak.

Dalam aktiviti Xplorace pula, saya ditugaskan untuk menjadi fasi untuk check point yang ke-3. Aktiviti yang baru sahaja diilhamkan oleh saya sendiri ini bernama GPS. Dalam aktiviti ini peserta-peserta dikehendaki memasukkan pen ke dalam botol menggunakan tali sambil menutup mata dan hanya diketuai oleh seorang ketua sebagai pemberi arahan. Pada awalnya, saya menetapkan masa selama 4 minit untuk menyelesaikan aktiviti ini tetapi dua kumpulan telah berjaya menyelesaikannya dalam masa kurang 1 minit. Disebabkan itu, saya telah mengubah peraturan masa kepada 1 minit. Ada juga kumpulan yang gagal dalam aktiviti ini. Bagi yang gagal, abang ucapkan tahniah kerana telah mempersembahkan trademark yang menarik buat abang dan kakak.

Dalam aktiviti pengenalan universiti, saya dikehendaki menyampaikan tentang maklumat tentang matrikulasi. Ini disebabkan saya baru sahaja menyelesaikan pengajiannya pada April tahun lepas. Saya juga mempromosikan sedikit tentang kolej saya, Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Ada juga adik-adik yang tertarik dengan program matrikulasi ini. Kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam program ini, semoga berjaya abang ucapkan. Semoga adik-adik dapat mencapai kejayaan dalam program ini.













Aktiviti Bernasyid bersama Abang-Abang Fasi adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yakni aktiviti yang tiada dalam tentatif. Bermula dengan permintaan seorang muslimat untuk memainkan lagu daripada kumpulan In-Team, Bebas Palestin kerana pada waktu itu merupakan waktu senggang untuk persiapan diri. Ketika ini semua pelajar muslimin tiada dalam dewan. Aktiviti ini secara tidak sengaja dikendali oleh abang-abang fasi termasuklah saya. Bernasyid memang hobi saya. Ada dikalangan muslimat melayan lagu nasyid ini dengan gayanya yang tersendiri. (Dik, walaupun awak duduk di balik tiang tu, abang yang duduk kat depan ni nampak apa yang kamu buat kat situ). Aktiviti ini berlanjutan sehingga kami bersama-sama melakukan senaman otak berpandukan video dalam YouTube. Ada juga yang meminta saya untuk bernasyid selepas persembahan mantap dari Abang Izz dan Abang Afzan. Mungkin ini disebabkan pada awalnya saya dan Abang Izz menyanyikan lagu Bebas Palestin menggunakan mikrofon tanpa bunyi, hanya sekadar gaya sahaja. Apa pun, suasana ini amat menyeronokkan saya.

Apa yang membuatkan saya cemburu kepada muslimat ialah sifat ukhwah diantara mereka terutamanya semasa menjamu selera. Saya pernah terfikir, mengapa suasana itu tidak saya hayati dalam peserta lelaki sedangkan kami juga berada dalam satu kumpulan? Mungkin itulah kelebihan muslimat yang sukar dicapai oleh muslimin. Satu lagi yang menyebabkan saya terharu dengan muslimat ketika saya memohon maaf atas kelewatan menjalankan aktiviti qiamullail. Mungkin disebabkan faktor kesihatan pada malam itu dan ada perkara yang belum diselesaikan menyebabkan saya dan peserta muslimin terlewat bangun. Saya meminta mereka untuk memberi apa sahaja denda kepada saya tetapi mereka sebulat suara mengatakan ‘tak apa’ walaupun pada awalnya saya ada terdengar perkataan pumping yang keluar dari mulut salah seorang dari mereka. Saya juga melihat sahabat kepada muslimat tersebut menghalangnya. Itulah saya. Bagi saya, saya berhak meminta hukuman atas kesilapan yang saya lakukan. Peristiwa pada pagi itu benar-benar mengharukan hati saya. Semoga Allah merahmati adik-adik sekalian.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama anda semua. Semoga kita dapat memanfaatkan sesuatu apa yang kita dapat melalui penulisan ini. Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan kurang itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang penulisan saya ini. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Insya Allah.







video

MANUSIA DIBANGKITKAN DI AKHIRAT BERDASARKAN NIAT


Daripada Ummul Mukminin (Ummu Abdullah) Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Sepasukan tentera menyerang Kaabah. Apabila mereka berada di suatu kawasan lapang, tiba-tiba mereka dibinasakan seluruhnya.” Saidatina Aisyah berkata: “Aku berkata (bertanya kepada Rasulullah) : Wahai Rasulullah, mengapa mereka dibinasakan seluruhnya padahal ada di antara mereka orang yang berjual beli dan orang yang bukan daripada tentera itu?” Rasulullah menjawab: “Ya, mereka dibinasakan seluruhnya, kemudian mereka dibangkitkan pada hari kiamat menurut niat masing-masing.”

Monday, February 13, 2012

SEDEKAH YANG KEMBALI KEPADA AHLI KELUARGA


Daripada Abi Yazid Ma`an bin al-Akhnas RA. Mereka bertiga adalah sahabat Nabi SAW katanya, “Ayahku (Yazid) telah mengeluarkan beberapa dinar (mata wang emas) yang hendak disedekahkan lalu diamanahkan kepada seorang lelaki di Masjid (untuk diberikan kepada orang yang berhak menerimanya). Maka aku pergi dan minta (wang dinar itu) daripada orang itu lalu aku tunjukkan kepada ayahku. Maka beliau pun berkata, “Demi Allah bukan kepada engkau yang hendak aku sedekahkan”. Maka berlakulah pertelagahan antara kami. Akhirnya kami adukan perkara itu kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah pun bersabda, “berhasil (pahala) bagi engkau apa yang engkau niatkan wahai Yazid dan halal (harus) bagi engkau apa yang engkau ambil wahai Ma`an”.

KEUTAMAAN NAFKAH/HARTA UNTUK AHLI KELUARGA


Daripada Abu Ishak Saad bin Abu Waqas Malik bin Uhaib bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kalab bin Murrah bin Kaab bin Luai al-Quraisy az-Zuhri salah seorang yang disaksikan sebagai ahli syurga, katanya: “Rasulullah SAW datang menziarahi aku pada tahun Haji Wada` semasa aku menderita sakit tenat lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, penyakit aku ini bertambah tenat sedangkan aku mempunyai harta tetapi tidak mempunyai warisnya kecuali seorang anak perempuan. Jadi adakah boleh aku sedekahkan 2/3 daripada harta aku?” Jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau ½ wahai Rasulullah?”, jawab baginda: “Tidak”, aku bertanya lagi: “Kalau 1/3 wahai Rasulullah?”, jawab baginda: 1/3, dan 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya jika engkau tinggalkan waris-waris engkau sebagai orang kaya, adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka sebagai orang miskin yang terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan sesuatu yang engkau niatkan itu demi untuk mengharapkan keredaan Allah melainkan pasti engkau diberi pahala daripada perbelanjaan yang engkau keluarkan sehinggakan apa yang engkau letakkan di mulut isterimu. … “

Sunday, February 12, 2012

GANJARAN SOLAT BERJEMAAH


Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...