Sunday, December 23, 2012

DI SINI ADA 1 PENGUMUMAN^^







Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP dengan kerjasama IQBA Training Centre (Malaysia) akan menjalankan program seperti di bawah:


            Nama Program          : PROGRAM IJAZAH SANAD AL-QURAN 2012/2013
            Tempat                       : Kaherah, Mesir
Tempoh                      : 25 Januari – 8 Februari 2013
Peserta                       : 17 orang mahasiswa


Program ini bertujuan untuk mengukuhkan persediaan mahasiswa menjadi modal insan yang bertaqwa, professional serta inovatif. Disertakan bersama butiran lengkap mahasiswa yang akan mengikuti Program Ijazah Sanad Al-quran tersebut.  


Bagi memenuhi keperluan kewangan, PIMPIN sangat berbesar hati jika pihak tuan dapat menghulurkan bantuan bagi membantu mahasiswa yang akan mengikuti program tersebut. Kos bagi setiap individu ialah sebanyak RM5,000 sahaja. Di sini saya sertakan lampiran untuk rujukan pihak tuan/puan.


Sumbangan ini juga boleh disalurkan kepada Bank Islam : 06019010080089 (Tabung Masjid UMP). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Muhamad Faisal di talian 013-5097944. Sumbangan murni dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


"Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, yang paling besar pahalanya yang diinfakkan kepada keluarga engkau". (Hadis Riwayat Muslim)


"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar". (Al-Hadid, 57: 7)





2 comments:

mami gomez said...

mudahan-mudahan berjalan dengan lancar ya gan

kunjungi juga
mengenal kumpulan jenis topologi yang wajib kita ketahui,baca selengkapnya di http://infomenarikdanbermanfaat.blogspot.com/2012/12/mengenal-bentuk-bentuk-jaringan.html#more

Ahmad Saadillah said...

Kunjungan sore hari sobat blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...