Tuesday, December 11, 2012

AKHLAK: THE BEST WEAPON







Rasulullah s.a.w adalah manusia terpilih yang mempunyai keperibadian unggul. Sejak kecil lagi baginda telah menjadi yatim piatu. Baginda s.a.w mendapat tarbiyyah terus dari Allah s.w.t.

Nabi menegaskan:

"Allah telah mendidikku dengan didikan yang terbaik"

Sebab itulah baginda adalah uswah hasanah (ikutan terbaik) bagi umat sejagat. Tiada satu ruangpun dari kehidupan nabi dan akhlaknya dapat dipertikai mempunyai kekurangan dan kelonggaran. Sebab itulah pemimpin Kuffar Quarisy yang hampir mencetuskan peperangan dan pergaduhan gara-gara pertikaian masaalah meletakkan Hajar Aswad telah bersetuju melantik Nabi menjadi hakim. Persetujuan tersebut dibuat kerena mereka benar-benar yakin  tentang keperibadian dan akhlak nabi.

Firaman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya terdapat pada diri Rasulullah s.a.w itu satu contoh ikutan yang paling baik"
"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) di atas budi pekerti yang amat luhur"
(al-Qalam:4)

Nabi menyebutkan:
"Aku telah diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia"

Contoh-contoh Akhlak Nabi

Terlalu banyak contoh-contoh akhlak Rasulullah dapat kita saksikan untuk ditiru dan dijadikan ikutan kita diantaranya:

1.      Amat betoleransi.

2.      Amat Berani.

3.      Amat Adil.

4.      Amat bersopan santun.

5.      Tangannya tidak pernah menyentuh perempuan ajnabi- kecuali perempuan yang dinikahi.

6.      Amat Murah hati- tidak tidur selagi ada ditangannya dinar atau dirham.

7.      Tiada mengambil rezeki yang dikurniakan Allah lebih dari keperluan makan minum untuk satu tahun.

8.      Tiada pernah menghampakan permintaan orang walaupun kadang kala terpaksa meminjam.

9.      Menampal sendiri bajunya koyak.

10.  Mejahit sendiri kasutnya yang koyak.

11.  Suka membantu ahli keluarga dalam pekerjaan rumahtangganya.

12.  Amat Pemalu.

13.  Tidak menatap wajah orang lama-lama.

14.  Memperkenankan undangan samaada orang merdeka atau hamba sahaya.

15.  Menerima hadiah apa sahaja walaupun seteguk air.

16.  Sentiasa membalas hadiah apabila menerima hadiah.

17.  Tidak menerima sedekah (zakat).

18.  Tidak marah kecuali hak Allah dicabul.

19.  Sentiasa berlapar sehingga mengikat perutnya dengan batu.

20.  Tidak cerewet apabila makan dan tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya.

21.  Amat tawadhuk dan amat pendiam tetapi bukan sombong.

22.  Memakai cincin yang diperbuat dari perak dan dipakai di jari kelingking kanan dan kiri.

23.  Mengenderai keldai dan membiarkan orang lain atau hamba sahaya dibelakang kenderaannya.

24.  Selalu melawat orang yang sakit.

25.  Suka kepada yang baik.

26.  Sering duduk bersama-sama fakir-miskin dan memberi makan kepada mereka.

27.  Menghormati orang-orang yang terutama.

28.  Sentiasa memuliakan orang-orang yang dimuliakan dengan berbakti kepada mereka.

29.  Sentiasa menghubung dengan kaum kerabat.

30.  Suka memaafkan orang lain.

31.  Suka bergurau tetapi kepada perkara yang benar.

32.  Tidak berkata melainkan yang hak.
33.  Suka senyum tetapi tidak sampai mengilai.

34.  Tidak menghalang permainan yang diharuskan dan Pernah berlumba lari dengan isterinya.

35.  Bertimbang rasa walaupun orang mengangkat suara dihadapannya.

36.  Tidak pernah makan atau memakai pakaian yang lebih baik dari hamba sahaya.

37.  Tiada berlalu masa kecuali melakukan perkara yang diridhai Allah.

38.  Suka bersiar-siar di kebunnya bersama para sahabat.

39.  Tidak menghina orang-orang miskin kerana kemiskinannya.

40.  Tidak takut kepada raja kerana kekuasaannya melainkan menyeru mereka kepada Allah.

41.  Tidak pernah memukul orang dengan tangannya kecuali fisabilillah.

42.  Tidak pernah berdendam dengan orang lain walaupun dianinaya oleh orang.

43.  Jika diminta untuk memilih antara dua perkara nescaya baginda akan memilih yang pailing
ringan dan mudah antara keduanya.

44.  Sentiasa memenuhi hajat dan permintaan orang yang memintanya.

45.  Memulakan memberi salam kepada siapa saja yang ditemuinya.

46.  Jika ada orang yang mengasari kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya.

47.  Bila berjumpa dengan para sahabatnya ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

48.  Tidak pernah bangun atau duduk melain sentiasa lidahnya menyebut nama Allah.

49.  Jika sedang bersolat dan ada tetamu yang datang, segera meringkaskan solatnya.

50.  Apabila datang ke suatu majlis tidak pernah duduk di tempat yang khusus melainkan duduk
dimana sahaja.

51.  Menghormati sesiapa sahaja sehingga menghamparkan bajunya untuk dijadikan alas dan
kadangkala memberikan bantal untuk dijadikan alas.

52.  Bila berada dalam sesuatu majlis, beliau akan menghadapkan wajahnya kepada semua orang
satu persatu.

53.  Suka memanggil sahabat-sahabatnya dengan gelarannya masing-masing sebagai tanda
menghormati dan memikat hati mereka.

54.  Amat jarang marah, jika marah cepat reda.

55.  Tidak pernah mengangkat suara tinggi dalam majlis.

56.  Amat fasih bercakap dan manis tutur katanya.

57.  Bila berbicara sentiasa padat lengkap, tidak panjang, tidak pendek, amat mudah memahami,
mendengar, menghafal dan mengikuti arahannya.

58.  Bersuara nyaring bila bercakap dan indah tekanannya bila didengar.

59.  Berbicara hanya apabila perlu.

60.  Tiada berkata-kata dalam marah atau redha melainkan hak.

61.  Bila mendengar ada orang yang bercakap kurang baik baginda akan memalingkan muka dari
orang tersebut.

62.  Menegur seseorang yang melakukan perkara yang tidak baik dengan cara kiasan atau sindiran.

63.  Apabila baginda berucap maka baginda akan isikan dengan kata-kata yang hak dan nasihat yang
berguna.

64.  Baginda sering tersenyum dan tertawa dihadapan sahabatnya dan kadangkala tertawa agak
lebar sehingga ternampak gigi-gigi serinya.

65.  Baginda turut terharu terhadap apa sahaja yang dibincangkan oleh para sahabat, malah
kadangkala turut sama dalam perbicaraan tersebut.

66.  Apabila turun sesuatu bencana atau bala' maka baginda akan menyerahkan segalanya kepada
Allah s.w.t lantas berdoa.

67.  Rasulullah makan apa sahaja makanan yang dihidangkan.

68.  Tidak suka makan makanan yang panas melainkan setelah disejukan.

69.  Makan makanan yang paling hamper dengan baginda.

70.  Baginda makan roti gandum, mentimun dan kurma mengkal tetapi kebiasaannya ialah air dan
kurma.

71.  Makan yang paling disukai ialah daging dengan roti dan sup. Daging yang paling digemari ialah
dari bahagian rusuk dan bahunya. Dan yang tidak digemarinya ialah bahagian buah pinggang,
bahagian kemaluan jantan dan betina, tempat simpan air kencing dan daging keras yang tumbuh
dibahagian kulit.

72.  Baginda tidak makan bawang putih dan bawang merah.

73.  Baginda tidak mencela makanan, jika tidak suka hanya ditinggalkannya.

74.  Baginda akan minum air dengan tiga kali tegukkan dengan minum seteguk demi seteguk tidak
habis dengan sekali tegukan sahaja. Setiap kali tegukan itulah baginda bernafas tetapi tidak didalam
gelas tetapi diluarnya.

75.  Jika seorang diri dirumahnya baginda akan menyediakan makan nya sendiri.

76.  Rasulullah memakai apa sahaja pakaian tanpa memilih, tetapi kebanyakan pakaian yang dipakai
adalah berwarna putih. Semua pakaian nabi melabuh hingga ke bukulali, manakala gamisnya sentiasa terkancing butang-butangnya, hanya sesekali sahaja terbuka kancing butangnya.

77.  Mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat jumaat, selain pakaian yang dipakai pada hari-
hari yang lain.Ada kalanya baginda memakai pakaian hanya selembar sahaja.

78.  Sesekali Rasulullah memakai pakaian serba hitam tetapi kemudiannya diberikan kepada orang
lain.

79.  Baginda memakai cincin yang mana pada cincin tersebut baginda memohorkan surat-surat.

80.  Nabi memakai kopian yang dililit dengan serban, tetapi kadang-kadang hanya memakai kopiah
sahaja.

81.  Memulakan memakai pakaian dengan pihak  kanan dan berdoa dan menanggalkannya dengan
pihak kiri.

82.  Baginda mempunyai tempat tidur yang terbuat dari kulit yang berisi jerami dan bersamanya baju
;abaah yang dijadikan hamparan tidur dibawa kemana-mana sahaja perginya.

83.  Memberi nama kepada binatang tunggangannya, saenjatanya dan barang-barangnya.


Sifat-sifat Fizikal Nabi

Bentuk kejadian nabi adalah seperti berikut:

1.      Sederhana perwatakannya

2.      Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah

3.      Warna kulitnya berseri, tidak terlalu merah dan tidak terlalu putih melepak

4.      Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting

5.      Rambutnya mengiringi sampai ketepi dua telinga

6.      Uban di telinga atau di janggut tidak sampai 20 helai

7.      Luas dahinya

8.      Bulu keningnya tidak lebat tetapi panjang

9.      Alis matanya juga panjang

10.  Giginya renggang-renggang

11.  Janggutnya lebat dan dibiarkan panjang

12.  Misainya kemas diandam

13.  Kedua tulang belikatnya besar melebar

14.  Diantara kedua bahunya terdapat Khatamun nubuwwah (mohor kenabian).

15.  Langkahnya satu-satu seolah-olah turun dari bukit.


Terlalu banyak akhlak Rasulullah untuk dicatat, namun ini adalah sebahagian daripadanya sebagai contoh dan ikutan ummah sepanjang zaman untuk diikuti.


Susunan:
Haji Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah
Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS


p/s: Marilah kite berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari2 mendatang. Tak dapat ikut semua takpe, buat sekadar yang mampu tapi kene istiqamah, Insya Allah^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...