Tuesday, November 13, 2012

MARAH TANDA SAYANG




“ Ustazah nak kamu siapkan jugak kerja ni, kalau tak, tak boleh balik. Faham?”.
“ Faham ustazah”.
“ Satu lagi, sekali lagi kamu tak siapkan kerja sekolah, ustazah akan panggil abi kamu”.
“ Mak aih”, hati kecilnya berbisik.

………………………………

“ Umi Aisyah sayang, lambat balik hari ni? Penat abi tunggu”.
“ Ustazah tu la”.
“ Aiisshh, ape pulak ni? Marah tak tentu pasal. Ape yang tak kena hari ni?”.
“ Along silap sikit je. Tu pun ustazah suruh salin balik ayat yang sama 10 muka surat. Salah ke kalu betulkan je. Along dah faham dah silap Along kat mane”.
“ Oho, ni kes kena marah la ni. It’s ok anak abi. Hidup ni tak selalunya dipenuhi bunga2 tau. Kekadang tu kene la rase sikit duri die”.
“ Hhhmmm, ayat dalam blog abi semalam. Along dah bace dah”.
“ Amboih2 anak abi ni. Dah pandai tarik muka la. Cer senyum sikit. Ingat tau, marah tu dari syaitan. Nak jadi member syaitan? Nak?”.
“ Abi jangan doakan Along camtu”. Aisyah memeluk lengan abinya.
“ Kalu tak nak. Rileks. Istighfar banyak2. Jangan ikutkan sangat perasaan tu”.
“ Dengan syarat tau?”.
“ Hah? Abi pulak yang kene syarat”.
  Ye la. Syarat die, jangan lagi post pasal Along lagi dalam blog abi. Terasa la abi”.
“ Eleh, abi tak mention pun  Along dalam tu, jangan nak perasan lebih2 k. Orang lain tak tau, Along je yang tau pasal ni. Buat tak tau je. Hah, satu lagi, balik nati Along basuh terus tilam Along tu. Umi tak sempat nak keluarkan tadi, die ade meeting mengejut pagi tadi. Kene cepat pergi sekolah”.
“ Abi tak payah cakap kuat sangat. Kat sekolah lagi kan ni”. Badan kecilnya diturunkan sedikit ke bawah.
“ Haha. Tau pun malu”.
…………………………………………..

“ Assalamualaikum Ustazah”.
“ Waalakumussalam Aisyah. Masuk2”.
“ Kenapa ustazah nak jumpa Aisyah?”.
“ Ustazah nak minta maaf kepada Aisyah”.
“ Kenapa?’.
“ Pasal semalam. Ustazah tau, Aisyah marah kan?”.
“ Ooo. Sepatutnya Aisyah yang minta maaf daripada ustazah. Aisyah tau Aisyah silap”.
“ Aisyah. Guru mana yang tak sayang anak muridnya walaupun anak muridnya seorang yang lebih berpangkat daripadanya. Menjadi tanggungjawab ustazaha untuk mendidik Aisyah. Aisyah nak dengar satu cerita?”.
“ Nak, Aisyah suka dengar cerita. Kalu kat rumah, abi yang selalu bercerita kepada Aisyah”.
“ Bagus abi Aisyah. Cerita die begini. Di sebuah sekolah di sebuah kampung. Ada seorang anak murid yang sangat cerdik. Berdisiplin, kemas, berkepimpinan tetapi die ade satu sikap angkuh dalam diri die. Ini mungkin kerana die seorang yang cerdik di sekolah tersebut. Suatu hari, seorang guru telah mengarahkannya untuk menolong guru tersebut mengangkat buku2 pelajarnya yang banyak. Dalam 25 biji je. Disebabkan die rasa tugas itu tak sesuai dengan dirinya yang cerdik pandai. Dia menolak lalu meninggalkan guru tersebut sendirian. Walaupun perkara itu dianggap remeh tetapi guru tersebut mengalirkan air mata kerana terguris dengan kata2 pelajar tersebut. Pelajar tersebuat berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR dan SPM sehinggakan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di universiti, pelajar tersebut menghadapi masalah untuk memahami setiap subjek yang diambilnya. Disebabkan result yang diperolehinya terlalu teruk pelajar tersebut dibuang dari universiti. Sejak pulang ke Malaysia, die masih memikirkan ape kesilapannya yang telah dilakukan sehingga dirinya menjadi begitu. Selepas puas memikirkan hal tersebut, dengan izin Allah SWT, die teringat balik peristiwa di sekolahnya dahulu. Die nekad untuk mencari balik guru tersebut. Nasib menyebelahinya kerana guru tersebut masih lagi mengajar di sekolah yang sama. Selepas bertemu dengan guru tersebut dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya, guru tersebut memaafkannya. Die amat terharu. Selang beberapa bulan, die mendapat tawaran pendidikan yang lebih baik di sebuah universiti di luar negara. Die mencatat kejayaan yang amat cemerlang sehingga diiktiraf sebagai pelajar terbaik sejak penubuhan universiti tersebut”.
“ Allahuakbar, kerana hati seorang guru yang terguris, boleh menyebabkan pelajar die di buang universiti?”.
“ Aisyah, berkat seorang guru itu amat penting. Guru memberi kita ilmu. Memberi tunjuk ajar. Kita sebagai pelajar wajib menjaga hati seorang guru. Satu lagi sekolah merupakan rumah ketiga kepada seorang pelajar selepas rumah dan masjid”.
“ Terima kasih ustazah. Aisyah dah faham sekarang. Nanti, kalu Aisyah buat ape2 perangai, ustazah hukum je Aisyah, Aisyah tak ambil hati walau sedikit pun”.
“ Ustazah tau Aisyah seorang anak yang baik. Baiklah Aisyah, Aisyah boleh masuk ke kelas sekarang, lagipun waktu rehat dah nak habis”.
“ Baiklah ustazah. Terima kasih ustazah. Maafkan Aisyah sekali lagi ya”.
“ Baiklah Aisyah”.
“ Err, ustazah”.
“ Ya Aisyah”.
“ Nak peluk boleh?”.
“ Pun boleh”. Mereka berdua saling berpelukan.
“ Jadi anak dan pelajar yang solehah ya sayang”.
“ Insya Allah, doakan Aisyah ya ustazah. Aisyah balik ke kelas dulu, asslamualaikum”.
“ Waalaikumussalam”. Melihat anak muridnya berlalu pergi. Die menelefon seseorang.
“ Asslamualakum”.
“ Waalaikumussalam Ashraf. Ustazah dah jumpa dengan Aisyah tadi. Alhamdulillah, die memahami cara ustazah”.
“ Terima kasih ustazah. Alahai, cara ustazah juga yang dapat lembutkan hati anak saya yang sorang tu”.
“ Same macam abi die time kecik2 dulu jugak. Abi ngan anak same je”.
“ Haha, dulu mengajar ‘anak’, sekarang mengajar ‘cucu’ pulak”.
“ Ye la tu Ashraf. Kamu tak kerja ke hari ni?”.
“ Kerja. Cume kene ke bandar sekejap. Ada urusan bank”.
“ Dah loaded tu jangan lupa ustazah pulak”.
“ Insya Allah tidak ustazah. Formula hidup yang ustazah bagi kepada saya dulu, masih saya simpan lagi tau”.
“ Oyeke. Gunelah untuk kebaikan. Ajar Aisyah tu sekali”.
“ Baiklah ustazah. Saya dah sampai kat bank ni. Pape pun syukran ya ustazahku sayang”.
“ Afwan, jangan nak lebih2. Ustazah ketuk kepala tu baru tau”.
“ Aik, ari tu cakap saya ni anak angkat”.
“ Ye la. Agak2 la sikit,k”.
“ Ok ustazah. Jumpa lagi ye ustazah”.
“ Insya Allah”
“ Assalamualaikum”.
“ Waalaikumussalam”.    


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...