Saturday, November 3, 2012

KEBARA MAKE SEBAR






Alhamdulillah. syukur setinggi-tingginya kepada Pencipta kita Allah SWT kerana masih lagi memberi ruang kepada kita untuk mengirup udara segar di pagi hari ini. Selawat dan salam dilafazkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan sahabat2 baginda.


Alhamdulillah, belum sampai 12 jam lagi, program yang akhi handle dengan sahabat2 akhi yang lain melabuhkan tirainya. Memang best sekali. Syukur alhamdulillah. Program yang kami handle ni diberi nama Seminar Bahasa Arab (SEBAR). Program ni dianjurkan khas oleh kelab kami, Kelab Bahasa Arab UMP (KEBARA). Tujuan program ni diadakan adalah untuk menanam sifat cintakan bahasa arab. Kalu nak lebih advance skit, nak jadikan bahasa arab ni sebagai bahasa komunikasi seharian kita setanding dengan bahasa melayu dan bahasa inggeris.


SEBAR ni merupakan aktiviti yang pertama yang dijalankan di UMP kampus Pekan. So, kami agak risau sebenarnya nak jalankan aktiviti ni. Bukan ape, risau kalau tiada penyertaan dari pelajar2 UMP. Tapi, Allah itu Maha Kuasa. Kami hanya target 100 peserta shaja , tapi Allah bagi kami hampir 200 orang peserta, ALHMDULILLAH, SYUKRAN YA ALLAH!!!!^^









Ini dikira sebagai satu permulaan yang baik kepada kami. Akhi ade bertanye kepada para peserta yang hadir tentang program kami ni. Antara jawapan daripada mereka:


“ Terbaik la korang”

“ Aku akan support program korang yang akan datang”

 Best program ni”


Alhamdulillah, kalian telah memberi semangat kepada kami untuk melaksanakan program2 yang akan datang.


Oh, lupe plak. Terima kasih kepada penceramah yang hadir. Terima kasih kepada Ustaz Rashimi, Ustaz Firdaus dan Ustaz Kamal. Seloka mereka buat kami tak dapat nak lelapkan mata. Antara event yang paling best pada malam tu, kami bernasyid beramai2 dalam bahasa arab (Maher Zain- Assalamua alaika dan Mesut Kurtis- waddi li salami). Yang tak tau bahasa arab pun boleh nyanyi sekali. Dah macam koir islamik bila tengok^^.



Ustaz Rashimi, penceramah yang mesra alam^^



Ustaz Firdaus, baru berusia 24 tahun, muda kot^^




Ustaz Kamal, satu2nya ustaz yang berbangsa arab^^





'Koir Islamik'^^


Tugas yang diamanahkan kepada akhi untuk menjadi pengerusi majlis pada malam tu sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada akhi untuk berada di persada pentas selepas hampir 2 tahun meninggalkannya (teringat time sekolah dulu, muka ni ngan pentas tu dah hampir same. Penghargaan diberikan kepada guru2 SMK Batu 4, Gerik, Perak^^). Mungkin disebabkan dah lame tak praktis, sentuhan yang dulu tu agak tumpul skit. Kurang celotehnya, kurang pembawakannya, ade pulak gagap skit time tu. Sebelum program ni berlangsung, akhi mendapat tawaran untuk menjadi moderator di majlis ilmu yang lain pada pagi itu, tapi terpaksa ditolak kerana kekangan masa untuk pulang semula ke UMP. Syukran di atas tawaran itu, tapi maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan^^.



muka legend je^^


Sebelum akhi akhiri penulisan pada kali ini, akhi nak ucapkan terima kasih yang aulanya kepada sahabat2 akhi yang bersama2 ngan akhi dalam menjayakan program ni especially Tuan Pengarah Program. Terima kasih kepada penceramah2 dan sahabat2 dari Institusi Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) dan yang paling dihargai peserta2 SEBAR. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dan terima kasih kerana telah memeriahkan program kami.



Presiden KEBARA menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Rashimi yang juga mewakili penceramah yang lain^^




AJK yang dedikasi^^





Tuan Pengarah dengan sahabat2 dari IKIP^^







Ini penggerak SEBAR^^





Insya Allah, cukup dulu buat masa ni. Sehingga kita dapat berjumpa lagi. maafkan akhi sekiranya ada kesilapan, kekasaran bahasa sepanjang akhi menghandle program semalam. Semoga kita sama2 dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk kita terus beribadat kepadanya. Sehingga berjumpa lagi, Insya Allah, jazakallah bi khair^^

6 comments:

Ibnu Ibrahim said...

AlhamduliLLAH.. Syukur SEBAR dilaksanakan dengan JAYAnya. Terasa sedikit kerugian tidak dapat menghadirkan diri dalam program nie. Walaubagaimanapun InsyaLLAH di lain kali diharap dapat kita dapat menjadikan majlis sebegini satu majlis berkala yang dapat memberi banyak manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi dan masyarakat sekitar umumnya. Bagi meluaskan maslahahnya insyaLLAH mungkin boleh diluaskan capaian ilmu ini kepada masyarakat luar yang dahagakan ilmu dengan program yang lebih besar skalanya. InsyaLLAH doakan bersama kejayaan KEBARA dalam memartabatkan bahasa arab sebagai bahasa al-quran, bahasa ahli syurga..

Wailalliqa,
Assalam 'alaikm. W.B.T

Ashraf Azahan said...

syukran jazilan diucapkan...Insya Allah KEBARA akan lebih berusaha dalam misi memartabatkan bahasa arab dalam kehidupan seharian mahasiswa/i juga masyarakat luar...Doakan agar KEBARA terus istiqamah dalam mencapai misi yang telah disepakati^^

Anonymous said...

wah saya dengar selepas ini KEBARA ada wt program bersama nilam puri....nk join nk join ^_^

Ashraf Azahan said...

Nilam Puri tu name tmpt...Insya Allah, kami akan usahakan, mohon doanya ye^^Syukran di atas sokongan anda terhadap program KEBARA^^

MizReenA said...

Hari tu nak join tapi ada program yang tak dapat dielakkan, camping. Kalau buat lagi program ni in the future, inshaAllah, pi.

Ashraf Azahan said...

Insya Allah^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...