Saturday, November 24, 2012

BEST MAKAN DALAM TALAM^^







Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT sangat2. Hari ni bukan akhi sahaja bahkan semua sahabat2 akhi masih lagi dapat meneruskan lagi perjalanan kita di atas muka bumi ini. Selawat dan salam dipanjatkan kepada rasul junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.


Alhamdulillah, hari ni merupakan hari terakhir Hari Terbuka Masjid yang berlangsung di dua kampus Ump secara serentak. Insya Allah pada malam ni akan diadakan Annual Grand Meeting, AGM bagi Sahabat Masjid (SAHAM) yang akan berlangsung di masjid UMP Gambang. Kepada sahabat2 Ump sekalian, anda semua dijemput untuk hadir pada hari ni ya. Semoga majlis yang dijalankan nanti berjalan dengan lancer dan mendapat berkat dari Allah SWT, insya Allah^^.


Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah ra., ia berkata:
Ketika aku dalam asuhan Rasulullah saw., pada saat makan tanganku terjulur hendak menjangkau talam lalu Rasulullah saw. bersabda kepadaku: Hai anak muda! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang terdekat darimu. (Shahih Muslim No.3767)



Pada kali akhi nak kongsi sikit tentang makan dalam talam. Haha, cakap pasal makan dalam talam ni memang best. Teringat time blajar kt matrik dulu, ade sahabat2 akhi yang ajak akhi makan dalam talam. Akhi rase seronok sangat3 (haha, over Nampak). Sebab ape, kali terakhir akhi makan dalam talam time akhi di tadika dulu. Lame tu, ade la dalam 12 TAHUN!!! Haha, 12 tahun tak makan dalam talam.


“Ape ke bestnye makan dalam talam?? Geli kot. Yang ni sentuh, yang tu sentuh, eewwww”


Siapa yang pernah ungkapkan statement ni, anda semua kenalah cube. Baru tau aura die^^.


Nabi SAW pernah bersabda “Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku maka bererti dia cinta kepadaku. Dan barangsiapa yang cinta kepadaku pasti akan masuk syurga bersamaku”


So, kepada yang mampu buat, buatlah. Kalu tak mampu, duduk diam2, jangan nak pot pet pot pet.


Back to the topic, kalu teringat time di tadika tu, kami berlumba2 nak jadi team yang pertama habis makan. Haha, macam sukaneka plak. Nak wat camne, budak2^^. Syarat die, kene patuh semua adab2 sebelum, semasa dan selepas makan. Time tu, ustazah2 kami akan pantau cara kami makan, one by one kot, fuuyooo…^^ Kami akan ditegur sekiranya kami tertinggal mane2 part walupun kecik. Bukan nak cakap yang benda ni wajib, tapi itulah didikan. Bukan susah untuk diamalkan, senang je.


Bila kite makan dalam talam ni, kita akan dapat banyak kelebihannya. Yang pastinya pahala berlipat kali ganda dari Allah SWT. Selain itu, kite dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Contohnye, ketika iftar di masjid2, surau2, madrasah2, tak semua orang yang makan setalam dengan kite tu, kite kenal die. Sesi makan bertalam ni dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kite dengan sauadar seislam kite yang lain. Tak kenal, maka tak cinta. Mungkin ade yang Allah SWt takdirkan die makan dengan bakal mertua die sendiri. Siapa tau. Waaa, jangan pulak nanti makan dalam talam dengan orang lain semata2 nak dapatkan jodoh^^haha. Mungkin ade sahabat2 yang kite dah lame tak jumpe, terjumpe balik time makan tu. Maka disitu terjalinlah kemesraan dalam persaudaraan.


Maafkan akhi, sebelum tu, niatkan diri kita untuk makan berjemaah ini kerana Allah SWT. Ini kerana kite makan bukan untuk kenyang tapi sebagai ibadah kite kerana Allah SWT. Semoga dengan perkara2 yang baik yang kita lakukan ini diterima Allah SWT sebagai satu ibadah.


“Upin Ipin: Dapat pahala, boleh masuk syurga^^”


Ketika makan bertalam, kite mungkin diuji oleh Allah SWT dengan kesabaran. Mungkin Allah SWt sengaja letakkan kite makan bersama dengan orang yang KUAT makan. Maka di sini, bersabarlah, bertolak ansurlah, makan sekadar yang mampu sahaja. Kita tak tau apa yang telah die hadapi sepanjang hari. Mungkin kerja die banyak sampai lupa nak makan, kita tak tau kan. Husnuzonkan diri kite. Tengaok, senangnye Allah SWt nak bagi kite pahala. Pahala pakej 3 in 1 (tolak ansur, sabar, berfikiran positif). Dengan sifat2 ni, insya Allah, Allah kan campakkan ke dalam hatinya untuk mengambil peduli hal orang lain. Waaa, dalam mkaan2 pun masih lagi boleh tarbiah orang lain, best^^


 Dari Abu hurairah r.a., katanya:
Rasulullahh SAW bersabda: “Makanan dua orang cukup untuk tiga orang. Makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang


Bagi akhi, ni mungkin konsep dalam makan bertalam ni. Akhi pernah makan bersama 2 orang lagi sahabat akhi. Time tu kami beli satu sorang nasi bungkus. Bila dihidangkan talam, Ya Allah, kami tak percaya. Kami Nampak segunung makanan di hadapan mata kami. Banyak sangat. Boleh makan untuk 5 ORANG!! Kami makan sampai habis. Memang padat perut time tu. Pernah jugak akhi makan bersama abg2 senior time iftar di masjid. Secara zahirnya, memang makanan tu nampak sikit dalam talam tu. Sampai rase tak cukup coz kami semua berbadan ^%^%*$^^. Tapi, alhamdulillah, Allah beri kami kekenyangan.kekadang tu akhi rase seronok dapat melihat kekuasaan Allah dalam mengatur hari2 hambaNya.


Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat memberi sedikit manfaat kepada sahabat2 semua. Dekatkan diri kite dengan Allah SWT, amalkan sunnah Rasulullah SAW, semoga hidup kite diberkati dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Maafkan akhi sekiranya ada melakukan kesilapan. Tegurlah akhi k. Semoga kite dapat bertemu lagi pada masa akan dating, Insya Allah^^




2 comments:

light of leader said...

Alhamdulillah..dan sedikit perkongsian... kalu silap hrp diperbetulkan... di setiap tgn seorg manusia akan mempunyai enzyme yg tertentu... kalu kte mkn dalam talam nie... membolehkan kte mendapat enzyme yg baik dri tgn org2 yg mkn dgn kte... wallahualam... chaiyok..!! teruskan dalam menyebarkan dakwah melalui blog akhi..

November 25, 2012 3:59 AM

Ashraf Azahan said...

syukran ya^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...