Wednesday, October 24, 2012

ADIK BLOGGER





Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan lagi kepada akhi untuk terus beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam dilisankan kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda.


Pertama2 sekali, akhi nak mohon beribu2 kemaafan kepada semua sahabat2 akhi yang akhi kasihi sekalian bukan sahaja Malaysia tetapi di seluruh pelusuk dunia kerana dah lame tak berkongsi di blog ni. Sehingga ditegur oleh abang2 senior dan sahabat2 akhi sendiri. Haha, ade jugak yang caring dgn blog akhi ni. Terima kasih^^. Disebabkan terlalu banyak sangat kerja yang diberikan menyebabkan akhi tidak lepas tangan dengan kerja2 tersebut. Kini, ditambah lagi dengan amanah yang diberikan. Bukan amanah yang biasa2. Walaupun ia nampak kecil, tetapi ia memberi impak kepada yang agak besar baik di dunia mahupun di akhirat. Waaa, besor bebenor tu^^.Alhamdulillah, akhi juga baru selesai menghadapi imtihan sebelum cuti ni. Insya Allah, ade sedikit lagi selepas cuti ini.


Adik blogger. Akhi pun tak pasti macam mana gelaran ni keluar. Yang pastinya, ni merupakan gelaran kepada adik2 akhi yang juga menulis blog. Sebenarnya, sudah lama akhi ingin berkongsi tentang mereka2 ni tetapi terpaksa ditangguhkan dulu. Adik2 blogger akhi ni terdiri daripada 3 orang. Dan ia terjadi secara spontan^^. Insya Allah, untuk kali ni, akhi akan berkongsi tentang mereka



Sultan Muhaimin Al-fateh

Fateh. Itulah gelaran yang kami gunakan untuk dirinya. Ini sebab dia memang suka dengan sikap perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalu tak silap akhi, dia pun sukakan buku2 yang menceritakan tentang sejarah2 para sahabat Rasulullah SAW dan 4 Imam mazhab. Haha, kalu nak tau cerita2 yang best bolehlah ‘add as friend’ di FB dia. Sekarang ni Fateh agak sibuk sebagai sharer. Tau apa itu sharer? Sharer ni sebenar pengongsi especially tentang movie2. Yang ni macam youtube jugak tetapi kita boleh download citer2 ni bila Fateh online sahaja. Tu yang lemah tu. Sejak akhir2 ni, terutamanya nak dekat cuti, akhi mudah sangat berasa bosan. So, akhi akan ke laman Fateh untuk download citer2 yang best2.

Link untuk ke blog Fateh: http://sultanmuhaimin.blogspot.com/



Fateh (kiri)



Amir Akmal

Seorang blogger dan seorang juga designer. Itu kelebihan yang ade pada Amir. Kalu tak silap akhi, Amir juga seorang photographer. Dulu banyak gambar yang power2 dikongsikan di blognya. Nama Paku Payung digunakan untuk nampak lebih komersial lagi. Akhi pun pernah panggil die ‘Paku payung’. Best kot name tu^^. Sebagai designer, Amir banyak mengilhamkan tema2 yang menarik dalam pembikinan poster dan banner. Akhi pun tak boleh nak fight denagn die. Terlalu kreatif. Sekarang ni, dia agak huru-hara sikit kerana diamanahkan untuk menyiapkan banner dan poster untuk program yang akan diadakan oleh kelab akhi. Akhi ingat lagi time amir diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan sempena Bengkel Multimedia yang diadakan oleh Badan Masjid UMP, SAHAM. Tahniah sekali lagi^^. Semoga terus berjaya k..

Link untuk ke blog Amir: http://updatediriku.blogspot.com/



Amir Akmal



Yusuf Firdaus

Seorang mualaf. Seorang yang ceria. Seorang yang berkemahiran tinggi dalam mereka bentuk bahan. Yang latest, sebelum akhi balik ke kampung, Yusuf sedang menyiapkan reka bentuk kincir angin dalam bentuk tegak. Haha, sangat unik^^. Yusuf jugak merangkap sebagai roommate akhi. Akhi akan cerita sikit tentang kami dalam bilik. Kami ni satu kepala sebenarnya. Sekarang ni, kami sedang berusaha menghias bilik kami. Banyak barang yang kami kongsi bersama. Kalu boleh, kami nak tinggal bersama sampai graduate nanti.yang. Paling best, kami selalu  saling ingat mengingati antara satu sama lain terutamanya tentang solat. Kalu die lambat bangun, akhi kejutkan. Kalu akhi lambat bangun die kejutkan. Kalu dua2….ahaaaa…pikir2 la sendiri. minta jauh la semua tu^^. Kadang2 tu kami agak stress dengan bebanan kerja yang banyak. So, kami agak nakal la time tu, haha^^. Usik abang jual hotdog, pegi kacau member bilik sebelah, yang paling best kami picnic bersame2 kat tengah bilik, walaupun time tu, pukul 1 pagi^^. Borak2, gelak2. Kalu salah seorang dari kami yang ade urusan kat luar, contohnye, yusuf ade urusan di luar UMP, serius, akhi rase sunyi sangat. Begitulah sebaliknya. Bagaikan hati kami ni sudah diikat terlalu erat, dah susah nak putus. Semoga ukhwah kami ini berkekalan buat selama2nye, amin.

Link untuk ke blog Yusuf:  http://diariperantau93.blogspot.com



Yusuf (kanan) bersama sahabat akhi, Maghribi dan 'adik blogger' Amir Akmal



Insya Allah, itu saje dulu buat masa ni. Oh ya, doakan akhi untuk menyiapkan satu projek mega. Yang ni persendirian punya. Insya Allah, akhi akan berkongsi dengan sahabat2 apabila ia berjaya nanti. Cume akhi nak sahabat2 doakan akhi agar projek ni berjalan dengan lancarnya^^. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Insya Allah^^.


p/s:

Semoga berjaya kepada sahabat2 yang akan mengahadpi peperiksaan tak lame lagi.

Kepada sahabat2 akhi yang pulang ke rumah hari ni, semoga selamat tiba ke destinasi.

Kepada sahabat yang tidak berpuasa pada 9 zulhijjah ini, tak mengapa, doa banyak2 kepada Allah agar kita dipanjangkan umur agar kita dipertemukan lagi pada tahun hadapan^^.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA^^  





2 comments:

MizReenA said...

Assalam,
A'ah dlu wall fb n reading list aku xsah klu xda post ko, skrg da kurang. Tgok archive ko pun mmg makin lama entri makin sikit.

Sharing is caring, kalau ada bnyk idea/ilmu nak share, buat scheduled post. Baru update sikit. And TQ for sharing ^__^

Ashraf Azahan said...

syukran d atas keprihatinan... dulu tu time x busy sgt..skrg ni dh smakin byk amanah yg dberi, so tpakse tangguh dlu, susah jgk nk cari masa luang walaupun hujung mggu, entri yg dkongsikan buat masa ni kebanyakan dikongsi time cuti atau ade pkara yg betul2 kene share...insya allah, doa saya utk terus istiqamah dlm penulisan ni dan doakan saya agar amanah yg dberikan dapat dlaksanakan dgn penuh hikmah^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...