Friday, September 28, 2012

THE FIGHTER




Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT yang masih lagi memberi ruang dan peluang kepada kita untuk bersama-sama melayari bahtera hidup di dunia ini. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk kita sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Hijrahkan diri kita dari sesuatu keburukan kepada sebuah kebaikan. Dari sebuah kebaikan kepada sebentuk peribadi muslim. Selawat dan salam juga kepada Rasulullah SAW dan para sahabat. Jadikan mereka sebagai mentor kita dalam hidup ini walaupun apa jua keadaan yang berlaku ke atas diri kita. Ini kerana contoh yang ditampilkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sangat2 relevan sepanjang hayat. Insya Allah^^


“ Abi, along nak yang ni boleh?”. Si anak menunjukkan kea rah ais krim keladi yang memikat hatinya.
“ Kenapa Along pilih yang tu?”.

“ Along kan anak abi. Citarasa yang sama”^^

“ Tak payah Along nak bodek sangat”.

“ Haha, Abi tak nak ke?”.

“ Tak nak. Tak tau kenape hari takde selera nak makan ais krim.”

“ Ke sebab umi takde”.

“ Eh eh, ape pulak kaitan ais krim ngan umi. Tapi betul jugak kata Along. Bosan la umi takde. Takde feel”.

“ Takpe Abi. Along ade”.

“ Beza la. Mane same”.

“ Oh, ye eh, ok ok. Terpakse la Along makan sorang2. Betul ni abi tak nak?”.

“ Betul la”.


Selepas membuat pembayaran di kaunter. Mereka bersama2 menikmati angin petang di serambi kafe tersebut. Tidak lama selepas itu, mereka didatangi seorang lelaki yang berpakaian kemas.


“ Assalamualaikum”.

“ Waalaikumussalam”.

“ Tumpang tanye, adakah anta ni Mubin Ashraf? Penulis terkenal di UIA tahun 2008?”.

“ Na’am, ana Mubin Ashraf. Anta siapa?”. Si anak hanya memerhatikan perbualan ayahnya dengan lelaki tersebut.

“ Cuba anta tengok muka ana elok2. Kenal lagi?”.

“ Asif ya akhi. Ana dah keliru. Mungkin dah lame tak jumpe”.

“ Tak pe, tak pe. Adakah anta masih ingat tentang seorang student lelaki yang ada masalah penyakit hati?”.

“ Ya Allah, anta Taufiq Badiuzaman ke?”.

“ Aiwah. Ana la tu”.

“ Astaghfirullah, maaf2 ana lupe. Sila duduk”. Taufiq melabuhkan punggungnya di sebelah kiri Ashraf.” Ana 
ingatkan siapa tadi. Ya Allah, anta sudah lain ya sekarang ni? Dah makin macho ana tengok”.

“ Tapi setanding dengan penulis kita yang sorang ni”.

“ Haha, mane ade. Ana biase2 je. Anta kerja kat mane sekrang ni?”.

“ Syarikat DANIEL MANUFACTURING”.

“ Waa, syarikat besar nampak”.

“ Tapi tak setanding dengan anta. Anta kerja di FORTEY ENGUNEER kan?”

“ Ya, rezeki ana ditempatkan di situ”.

“ Alhamdulillah. So, anta dah tak menulis lagi ke?”.

“ Mana mungkin ana nak tinggalkan hobi ana disebabkan kerjaya ana sekarang ni. Dakwah tu perlu berjalan setiap masa walaupun kena hentam denga apa sekalipun”.

“ Waa, memang ana sangat beruntung dapat sahabat seperti anta. Memang tak salah ana jadikan anta sebagai sahabat ana dulu. Dah la baik, suka menolong orang lain walaupun anta sendiri yang hadapi masalah yang sama”.

“ Ujian yang diberikan kepada ana dahulu, tak same dengan apa yang dihadapi oleh para sahabat yang sentiasa bersama Rasulullah SAW dalam mengerjakan dakwah”.

“ Ya, betul apa yang anta cakapkan”.

“ O ya, cam mane anta boleh tau ana ade kat sini?”.

“ Sebenarnya, isteri ana yang ternampak anta ke kafe ni tadi”.

“ Isteri? Anta sudah menikah?”.

“ Ya”.

“ Dengan siapa?”.

“ Seorang muslimah dalam organisasi kita yang terkenal dengan sikapnya yang garang”.

“ Maksud anta Fitrah”.

“ Ya”.

“ Astaghfirullah. Habis tu, mane die?”.

“ Dia diamanahkan untuk mengajar di sekolah rendah seberang sana”.

“ Alhamdulillah”.

“ Ana dengar anta dah menikah? Dengan penulis jugak kan?”.

“ Ya. Ni anak ana”. Sambil memperkenalkan anaknya kepada Taufiq.

“ Ini anak anta? Ana ingatkan adik anta”.


“ Haha, muda sangat ke ana ni sampai anta cakap macam tu”.

“ Ya la. Anta kan ada ramai adik beradik”.

“ Alhamdulillah tapi cam ne anta tau yang isteri ana seorang penulis?”.

“ Fitrah berusrah bersama dengan isteri anta”.

“ Ye ke? Takde pulak isteri ana bagitau pasal tu”.

“ Lagipun Fitrah sendiri tidak ceritakan hal yang sebenar.”

“ oo”.

“ Ana nak tanye, apa tips yang menyebabkan anta terus berdakwah melalui penulisan?”.

“ Ooo, pertama bagi ana, berdakwah itu boleh dilakukan dalam bentuk apa jua asalkan tak melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Islam itu memudahkan, bukan menyusahkan. Kedua, ana berdakwah melalui medium ni kerana ramai anak2 muda zaman sekarang ni aktif dalam dunia yang kedua. Walaupun usaha ni nampak kecil, Insya Allah, usaha yang kecil ini yang akan memanggil mereka untuk terus berada di laluan Ilahi. Hidayah itu milik Allah. Terpulang kepada-Nya mahu mengetuk hati2 yang terpilih. Ketiga, ini mungkin menjadi satu asbab untuk ana menyebarkan agama-Nya. Yaa, anta tau tugas sebagai jurutera seperti kita ni, takde masa yang panjang untuk berdakwah. Tapi, sekiranya ada masa yang lapang, walaupun sedikit, gunekannya dengan sebaik mungkin untuk agama Allah. Dan akhir sekali, ini mungkin menjadi bekalan ana untuk ke padang mahsyar kelak. Hanya Allah sahaja yang dapat menilai”.

“ Waa, usaha yang bagus. Ana rasa makin dekat dengan kenikmatan Islam. Anta memang bijak dalam berdakwah. Akhlak dan komunikasi yang anta tunjukkan kepada ana dahulu memang sentiasa membuatkan ana rasa bersyukur kerana dilahirkan di dalam islam.”

“ Itu semua aturan Allah. Ana hanya melaksanakannya”.

“ Ana doakan semoga anta sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahakan segala urusan dan dipanjangkan umur”.

“ Itulah yang ana harapkan. Doa baik daripada seorang sahabat, Insya Allah, anta juga sama”.

“ O ya, si kecil manis ni name ape?”. Sambil tapak tangannya mengusap ubun2 anak tersebut.

“  Saya Umi Aisyah”.

“ Ya Allah, cantiknya name. siapa yang berikan name tu?”.

“ Abi Along. Abi pernah cakap yang name ni abi simpan semasa Abi belajar di unibersiti lagi. sebelum bernikah dengan umi”.

“ Oo, bukan ke name ni yang pernah anta bagitau kepada ana dulu?”.

“ Ya”.

“ Waa, sekarang die sudah menjadi seorang pelajar yang  cerdik walaupun kecik. Darjah berapa ni”.

“ Darjah 3 Az- Zahrawi di Sekolah Agama Tunas Pintar. Abi cakap, biar kecik asalkan pandai”.

“ Oo, eh itu bukan trademark mama anta?”.

“ Na’am, ana masih pegang lagi kata2 tu”.

“ Haha, ok la Along, pak cik doakan along berjaya di dunia dan akhirat, jadi pendakwah seperti abi”.

“ Memang cita2 along nak jadi macam Abi, cerdik, baik, sporting, banyak duit”.

“ Kenapa banyak duit?”.

“ Nak bagi orang susah makan”.

“ Insya Allah”.

“ Amin’.


Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua. Maafkan akhi sekiranya ada terkasar dan tersilap bahasa. Semoga kita dalam berjumpa lagi. Insya Allah…


p/s: Dapatkan Cd ustaz Dzulkarnain: Keagunga Zikrullah. Insya Allah, hati yang gundah akan terasa tenang^^



2 comments:

Icahbanjarmasin said...

Hello my friend nice article really I like it.

Ashraf Azahan said...

alhamdulillah, thanks^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...