Tuesday, September 11, 2012

SUPER 'JUNIOR'





Alhamdulillah, segala puji Allah tuhan sekalian alam yang telah menjadikan pagi pada hari ini amat dingin sekali di bumi UMP ini. Selawat dan salam juga dilanturkan kepada Rasulullah SAW, nabi terakhir yang diutuskan oleh-Nya kepada kita, umat akhir zaman.


Selamat kembali ke alam perjuangan mencari ilmu setelah hampir 3 bulan ber’istirehat’ di kampung halaman. Alhamdulillah, akhirnya akhi selamat tiba di UMP pada pagi ahad setelah beraya sehari suntuk di Kuantan bersama ikhwah2 yang lain. Ini merupakan aktiviti pertama yang akhi lakukan bersama ikhwah yang lain bermula pada perjalanan pulang dari bumi Kelantan yang memakan masa hampir 6 jam. Kenangan beraya dan berkenalan dengan kenalan baru serta melihat telatah pak cik – pak cik di kedai makan menjadikan antara memori yang tak dapat akhi lupakan. Akhi ingin berkongsi sedikit telatah sorang pak cik ni. Kebetulan pada hari tu, ada sekolah ganti. Maka, datanglah sorang cikgu ni tuk makan di kedai tu.


“ Aik cikgu, sekolah masuk pukul brape?”.

“ Pukul 7.40, lambat lagi”.

“ Sekarang ni pukul brape?”.

Kebetulan akhi tengok jam akhi….7.35 pagi…haha

Cikgu tu gelak. Elok je kene sindir ngan pak cik tu depan kami semua. Ade sorang pak cik back up cikgu tu.

“ Takpe cikgu, ibarat kate orang, murid kene ikut kate cikgu, tapi jangan ikut ape yang cikgu buat”.

Kami yang tengah makan ni, tergelak sakan. Bukan kami je, hampir satu kedai tu gelak. Mane taknye, suara pak cik tu kuat sangat^^. Tu la dinamakan kenangan…


10 september 2012 menjadi satu tarikh yang mane telah tercatit bahawa akhi akan meneruskan pengajian di tahun 2. Maknenye, sudah suku perjalanan pengajian telah dilalui dengan pelbagai asam garamnya. Yang lebih best, dah jadi senior^^. Seronok tengok adik2 yang pening2 nak sesuaikan diri kat sini. Tak kurang jugak yang risau nak mulakan sesi pengajian. Hehe, cam la kite ni tak hadapi bende ni. Dikesempatan ni, akhi nak nasihatkan kepada adik2, banyakkanlah bertanye kepada mereka yang lebih tahu sekiranye ada sebarang masalah. Boleh je nak buat decision sendiri tapi sebelum tu adakan dulu perbincangan dengan PA ke, ngan lecturer ke, ngan abg2 dn kakak2 senior ke, agar keputusan yang kite lakukan itu lebih baik dari yang kite jangkakan, insya Allah. Yang penting, nawaitu yang kene betoi^^.


Kepada sahabat2 akhi yang baru menyambung kembali pengajian, akhi ucapkan selamat kembali. Jangan dikenangkan kenangan lalu. Jangan duk pikir2 sangat. Lupekan terus. Kita mulakan perjalanan ini dengan suasana yang baru. Pengalaman anda semua juga menjadi pengajaran buat kami yang berada di sini. Pada kali ini, kita akan same2 membina semangat baru, menguatkan lagi ukhwah antara kita, merancang strategi baru dan membentuk keperibadian yang baru agar usaha2 yang akan kita lakukan nanti dipermudahkan oleh Allah SWT.


Syukur Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya program pengenalan Sahabat Masjid (SAHAM) dan pembahagian team usrah, lebih dikenali sebagai smart group. Seramai 20 lebih naqib dan naqibah telah diperkenalkan. Alhamdulillah, satu kejutan bagi akhi yang mengikuti perjalanan usrah ini. Dulunya hanye beberapa sahaja naqib dan naqibah yang dilantik. Kini, bilangan itu bertambah dengan begitu drastik sekali. Bilangan ahli usrah juga bertambah banyak. Tak pernah lagi akhi melihat situasi ini malah ia jauh berbeza dengan waktu sebelumnya. Selamat datang kepada ahli usrah baru akhi, adik Fauzy, adik Asyraf dan adik Azmil. Semoga kalian terus bersama dengan akhi dan dua lagi sahabat akhi abang Nazlan dan abang Raziman dalam membentuk diri ke arah mendekati Allah SWT. Kepada ahli usrah yang lain, akhi juga doakan agar kite sentiasa bersama bukan sahaja sepanjang tempoh pengajian malah sepanjang hayat kite di dunia dan di akhirat^^. Kepada adik2 yang lain yang masih ingin join ‘ bulatan gembira’ ini, daftarkanlah diri adik2 kepada exco2 SAHAM, insya Allah pihak SAHAM akan memperkenalkan kepada adik2 naqib dan naqibah yang akan bersama adik2 dalam usrah itu nanti^^.


Kepada adik2 yang lain, akhi harap kite dapat istiqamahkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Untuk pengetahuan adik2 yang akhi kasihi kerana Allah sekalian, bilangan ahli jemaah yang adik2 perhatikan itu, merupakan peningkatan yang cukup memberangsangkan berbanding sebelumnya. Kuatkan semangat adik2 untuk sentiasa berjemaah di masjid. Kalu bukan kite, siape lagi nak lakukannye. Lebih ramai, lebih seronok, lebih semangat, lebih kuat ikatan kite dengan Allah SWT.


Semoga apa yang dikongsikan ini dapat kite lakukan dan amalkan dalam kehidupan seharian kita. Cukup dulu buat masa ini, maafkan akhi sekiranye akhi melakukan kekhilafan. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Insya Allah…^^   






5 comments:

Ahmad Saadillah said...

blog yang keren...

komentar disini ya...

http://www.timkomte.com/2012/09/traffic-pengunjung-rumahku-turun.html

Ashraf Azahan said...

syukran^^

CheArep said...

jaga adek2 baik, baik akhi ^^

Bulan Syurga Firdausi said...

smga Allah terus bantu wahai sper junior...

Ashraf Azahan said...

syukran ya Che Arep wa akhi firdaus, doakn ana agar tggjwb yg dberi dpt djlnkn selaras kehendak Ilahi^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...