Sunday, September 30, 2012

LOVE STORY IN USRAH





Alhamdulillah. Sahabat2 yang akhi kasihi dan sayangi kerana allah dah solat dhuha ke belum? Kalu dah solat, alhamdulillah, kalu belum, cepat2 solat, tu pun kalu sempat lagi^^Insya Allah, berdoa kepada Alllah agar dipanjangkan umur sehingga dhuha esok hari. syukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan kasih ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Mungkin ada sahabat2 yang bertanye, kenape akhi banyak kongsikan kisah-kisah semenjak dua menjak ni?


“ Ok, terima kasih kepada yang bertanye. Sebenarnya, apa yang akhi bawakan ni semuanye sebuah realiti kehidupan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Cuma penyelesaiannya daripada akhi sendiri. Itu cume dari sudut pandangan dan pengalaman akhi. Kalu ade tersilap, akhi minta tolong daripada sahabat2 akhi semua untuk menegur akhi. Kan kite sama2 nak masuk syurga. Betulkan? Satu lagi, tak semua apa yang dikongsikan nanti dijadikan sebuah cerita, akan ada juga yang dalam bentuk nasihat, teguran dan puisi. Insya Allah, pada hari ni, sebuah kisah ingin dikongsikan. Bagi yang berminat, teruskan membaca, bagi yang tak berminat, takpe, tak pakse pun^^…


Jam dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi…


“ Abi nak ke mana? Awalnye keluar, hari ni kan cuti”.

“ Abi ade perjumpaan dengan adik2 usrah abi”.

“ Ooo, Along nak ikut boleh?”.

“ Aik, kan semalam Umi ajak Along buat kuih karipap same2, dah lupe ke?”.

“ A’ah la. Abi, along dah nyanyuk”.

“ Takde la sayang. Lupe je tu”.


Si isteri datang ke arah mereka sambil membawa sepiring teh panas kesukaan suaminya yang tercinta.


“ Akhi, ni airnye”.

“ Ok, terima kasih”.

“ Cuba teka, akhi balik pukul brape hari ni?”.

“ Insya Allah, selepas zohor kot. Tak best kalu stay kat luar lame2, sorang2 pulak tu, kalu ade yang teman takpe la, boleh la melencong ke tempat lain, hehe”.

“ Mane boleh tiru ayat ukhti. Skema tu ukhti tak valid kalu akhi pakai”.

“ O, ye eh, takpe la, kene brainstorming balik, cari jawapan yang lagi mantop, haha”.

“ Baik2 jalan akhi”.

“ Aik, bile pulak akhi nak jalan, nak drive la”.

“ Ye la, ye la, baik2 drive”.

“ Insya allah, o ye, artikel dalam blog ukhti semalam, sangat best, akhi dah bace semalam. Keep it up. Nanti boleh la bagi talk macam Ustazah Fatimah Syarha”.

“ Terima kasih, dan akhi pulak jadi Dr. Farhan Hadi boleh?”.

“ Lambat lagi la nampaknye”.

“ Baik la akhi, dah lewat ni, nanti lambat pulak sampai”.

“ Ok”. Si ayah bersalam dan mencium dahi si anak dan isterinya.

“ Abi, mane boleh cium umi lebih daripada Along”.

“ Nanti, time along nak tidur, abi cium banyak2, ok?”

“ Ok”. Riang betul si anak. Si isteri tetap setia mengukir senyuman dan tergelak kecil.


Alhamdulillah, seperti yang ditetapkan usrah ‘IBNU KHALDUN’ menangguh perjumpaan mereka 30 minit sebelum azan zohor. Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik bacaan Masjid Indera Putera…


“ Akhi Ashraf tunggu kejap”, sambil tangan memegang siku naqibnya itu.

“ Ya Zahid, ade ape?”.

“ Ade perkara yang Zahid nak bincang dengan akhi, mustahak sangat”.

“ Ok, baiklah, kamu semua bersiap dahulu, akhi ade hal dengan Zahid kejap”. Arah Ashraf kepada adik2 usrahnya yang lain. Mereka berdua melangkah kembali ke bilik bacaan tersebut.

“ Ada ape Zahid? Macam penting sangat je”.

“ Sememangnye akhi, Zahid rase perkara ni memang tak boleh nak tangguh”.

“ Ok, ape die?”.

“ Sebelum tu, ape akhi sanggup ke mendengar masalah saye ni?”.

“ Insya Allah, dan tentang penyelesaiannye, akhi akan cuba yang terbaik”.

“ Terima kasih akhi. Begini, err err, saye nak kahwin!”.

“ Alhamdulillah, bagus la. Ape masalahnye? Duit?”.

“ Untuk lebih lanjut  dan jelas lagi, baik saya cerita dari awal samapi akhir, boleh?”.

“ Boleh je”.

“ Akhi tau kan sekarang ni musim IT, dan fenomena FB dah meletup2 kat dunia ni. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa seorang muslimah ni, saya pun tak tau kenape hati saya tiba2 je jatuh hati pada die. Jadi, serta-merta saya stalker die. Banyak juga la perkara yang saya suka, dia pun suka. Macam dah ditakdirkan je. Dia jugak banyak ilmu agama berdasarkan latar belakang dan keluarga die. So, saya terpikat nak jadikan die isteri saya. Apa pandangan akhi?”.

“ Dah bagitau mak ayah Zahid?”.

“ Dah. Diorang cakap lebih baik belajar dulu, cari duit. Sedangkan Allah dah janjikan, pintu rezeki akan dibukakan kepada siapa yang kahwin. Ustaz Azhar Idrus sendiri cakap, kalu nampak tiang tu cam perempuan, lebih baik kahwin”.

“ Haha, dah baca al-qur’an banyak2”.

“ Dah, banyak sangat, tapi wajah die terbayang2 kat muka surah tu”.

“ Baiklah. Wan Nadim Zahid bin Wan Amin Hamad. Akhi, Mubin Ashraf bin Muhammad Ashraf akan cuba bagi pandangan. Sebelum tu, maaf kalu ade yang tak kena dalam pandangan akhi nanti. Memang fitrah kite laki2 suke kepada perempuan dan perempuan memang fitrahnya suke kepada laki2. Seperti kita, sedia maklum dan tahu bahawa nikah itu menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Memang Allah ade menjanjikan bahawa Dia akan bukakan pintu rezeki kepada kita. Tapi Zahid pernah ke terfikir ape yang diperlukan sebelum nikah?”.

“ Duit.”

“ Lagi?”.

“ Err..”.

“ Baiklah, Zahid apa yang terpenting sekali sebelum kita berkahwin adalah persiapan diri kita sendiri iaitu menjadi individu muslim. Zahid ingat hal tu?”.

“ Ingat akhi”.

“ Selepas kita melengkapkan diri kita sebagai individu muslim, ape peringkat yang seterusnye?”.

“ Baitul muslim”.

“ Alhamdulillah, Zahid masih ingat. Adakah Zahid telah mempunyai gred yang tinggi dan memuaskan dalam individu muslim? Dalam kata lain, apakah Zahid sudah menjadi individu muslim? Akhi harap Zahid pertimbangkan hal ini. Akhi bukan nak jatuhkan semangat Zahid untuk bernikah tapi betul apa yang dikatakan oleh mak dan ayah Zahid. Mereka tidak katakan ‘TIDAK’, tapi mereka tunjukkan jalan.  Allah memang akan bukakan pintu rezeki kepada sesiapa yang nak kahwin, tapi Allah akan bantu ke hambaNya, sekiranya hambaNya itu belum berusaha? Takkan? Dunia sekarang, dunia perlukan duit. Memang duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya adalah duit. Zahid ingat apa matlamat hidup kita?”

“ Menghambakan diri kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini”.

“ Baiklah, sekarang ni ramai sahabat2 kita yang kat luar sana perlukan kita. Mereka bukan tidak mahu mendekati Islam, tapi mereka tak tahu nak buat macam mane. Kita, hambaNya yang telah diberikan jalan awal oleh Allah SWT ini menjadi ‘alat’ untuk mengajak mereka untuk mendekatkan diri kepadaNya. Apakah Zahid perlu memikirkan soal nikah, sedangkan Zahid belum bersedia. Nikah itu memang indah dan romantik. Bahagia, seronok bagaikan dunia ni kita dengan isteri kita sahaja yang hidup. Apakah kita hanya memikirkan hal itu sahaja? Sedangkan pernikahan itu bukan untuk seminggu dua, tapi, untuk selama-lamanya. Dan jalan yang tertebar di baitul muslim bukannya jalan yang dipenuhi bunga-bunga yang wangi dan cantik, tapi dipenuhi dengan duri dan jerangkap samar. Nak nikah tak salah, tapi apakah Zahid tetap kuat dalam membentuk masyarakat muslim? Nikah itu cantik, tapi jangan rosakkan. Ramai pasangan yang akhi jumpa, mereka dah kahwin 5-6 tahun, dah ade ramai anak2. Ape yang mereka bagitau kepada akhi, serius, mereka memang mengharapkan pasangannya yang jujur dan ikhlas, bukan yang hanya indah pada zahirnya. Mungkin sampai di situ dahulu. Sekali lagi, maafkan akhi kalu akhi mengguris hati Zahid. Akhi pernah lalui zaman muda seperti Zahid. Tapi, disebabkan kasih dan sayang kerana Allah akhi kepada Zahid, akhi terpaksa bagitau kepada Zahid. Insya Allah, banyakkan mendekatkan diri kepada Allah. Satu lagi, akhi pernah memberitahu kepada adik perempuan akhi, sekiranya dia ingin mencari calon suami, carilah yang tidak merokok, kerana merokok adalah haram disisi Islam. Kalau dengan perintah Allah dia boleh langgar, inikan pula kita sesame manusia, malah mungkin jadi lebih teruk lagi. Ok, zohor dah nak masuk ni, elok kita siapkan diri kita”.

Zahid bangun sambil kepalanya tertunduk ke bawah. Sebaik melihat naqibnya berjalan ke arah pintu, dia terus memeluk naqibnya. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Mungkin terkesan akan martabat dirinya yang masih lagi memerlukan persiapan yang rapi.

“ Terima kasih akhi. Insya allah, Zahid akan berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik, selagi zahid mampu”.

“ Insya Allah, akhi doakan kebahagiaan Zahid dunia dan akhirat”.

“ Amin”.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sahabat2 akhi diluar sana. Maafkan akhi di atas segalanya keilpaan yang telah akhi lakukan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa yang akan datang. Insya Allah^^





  

2 comments:

Ronaldo Roy said...

Mantef banget nih artikelnya abang..salut.

Ashraf Azahan said...

Terima kasih,semoga terus berjuang untuk menjadi individu muslim^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...