Tuesday, August 28, 2012

PERGINYA DENGAN HUSNULKHATIMAH




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan lagi usia hambamu ini. Dengan adanya peluang sebegini akan ku usaha untuk menjadi seorang hambamu yang soleh dan bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan para sahabat serta keluarga baginda yang tercinta. Pada kali ini, akhi ingin berkongsi sebuah kisah untuk tatapan kita bersama. Semoga kita mendapat manfaat darinya dan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Insya Allah.


Pada pagi jumaat itu, berkumpullah anak beranak, saudara mara, jiran tetangga, waris dan semua masyarakat yang mengenali di sebuah rumah yang sederhana indahnya. Pada hari ini, seorang hamba Allah telah dijemput untuk kembali ke pangkuan-Nya. Suasana hening dan tenang menyelubungi di sekitar rumah tersebut bagaikan kehadiran malaikat yang turut menziarahi si mati. Titisan air mata yang mengalir perlahan di pipi-pipi yang amat menyayangi arwah bagaikan terkejut dengan pemergiannya yang tanpa dijangka. Tiada khabar tentang kesihatannya terganggu. Seorang ayah memimpin anaknya baru tiba untuk menziarahi keluarga si mati.


“ Abi, kenapa ramai sangat orang di rumah ni?”.


“ Along, tuan rumah ini dah meninggal dunia, jadi kite kene ziarah keluarga dia. Along kene hormat semua orang di sini tau. Jaga akhlak kita ya”.


“ Insya Allah abi”.


Selepas sahaja selesai urusan pengebumian, mereka berdua pulang ke teratak mahligai yang disediakan oleh si ayah untuk perlindungan dan keselamatan ahli keluarganya.


“ Assalamualaikum umi”.


“ Waalakumussalam along, dah balik?”.


“ A’ah”. Mereka berdua bersalaman.


“ Akhi nak air?”, persoalan yang sering dituju buat suami tercintanya setiap kali cinta hatinya itu pulang dari sesuatu tempat.


“ Boleh jugak, seperti biasa k?”.


“ Baiklah akhi, berehatlah dulu, ukhti Nampak akhi penat sangat”.


“ Haha. Biasa saja”. Senyuman dan gelak kecil dipamerkan bagi mengelakkan si bunga tercintanya terlalu memikirkan tentang dirinya.


Si ibu dan si anak menuju ke ruangan dapur.


“ Umi, umi, tadikan along tengok ramai sangat orang yang berada di rumah kawan abi”.


“ Ooo, sebenarnya kawan abi tu telah dijemput Ilahi”.


“ Tapi, kenape abi nak sangat pergi ke rumah dia? Dia kan dah takde”.

“ Menjadi satu tuntutan ke atas kita untuk meziarahi orang yang telah meninggal dunia. Satu lagi, kawan abi itu merupakan ayah angkat dan murabbi abi. Walaupun abi seorang engineer dan dia seorang pak guard, tidak menjadi halangan buat abi untuk belajar ilmu Allah dengan dia”.


“ Ooo, patut la along tengok abi diam je”.


“ Hhmmm, ni, along tolong bawa air ni itu abi, baik2 tau”.


“ Insya Allah umi”.


Si anak pergi menuju ke arah abinya sambil tangannya memgang tea o suam kegemaran abinya.


“ Abi, airnya dah siap”.


“ Terima kasih along”.


Si anak duduk di celah bahu abinya.


“ Abi, sabar ye. Along baru tau ceritanya daripada umi tadi”.


“ Insya allah. Camne along rasa pergi ke sana tadi?”.


“ Along tengok semua orang senyap je. Cakap pun pelahan2. Tapi abi, along ade bau bende yang best tau. Along cuba jugak tengok2 kat sekeliling rumah tu, nak tengok perfume ape yang mereka pakai tapi tak jumpe pulak”.


“ Haha, sebenarnye along, tu tandanye arwah meninggal dalam husnulkhatimah iaitu pengakhiran yang baik’.


“ Ooo, patut la. Apa lagi tanda2 kalu seseorang tu mati dalam keadaan baik abi?”.


“ Antaranya, mengucapkan syahadat ketika hendak meninggal. Ini yang diceritakan isteri arwah sebentar tadi kepada abi. Buktinya melalui dalil hadith Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, ia menyampaikan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


“Siapa yang akhir ucapannya adalah kalimat ‘La ilaaha illallah’ ia akan masuk surga.”  (HR. Al-Hakim dan selainnya dengan sanad yang hasan1)


Selain itu, meninggal dengan keringat di dahi. Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ


“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari)


Lagi, meninggal pada malam atau siang hari Jumaat seperti hari ini. Buktinya dari dalil hadith Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, beliau menyebutkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ


“Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi.)


Dan satu lagi, : meninggal dalam keadaan beramal soleh. Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ


“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga.” (HR. Ahmad, sanadnya shahih)


“ Ya Allah, indahnya husnulkhatimah ya abi. Along pun nak jugak pengakhiran yang baik ni”.


“ Insya allah, along boleh, tapi dengan syarat along kene banyak beribadat dan berdoa kepada Allah, jangan lupa untuk abi dan umi sekali”.


“ insya Allah abi. Tapi abi kalu seseorang tu mati time die kene rompak camne abi?”.


“ Kalu die mempertahankan hartanya, maka dia syahid, seperti yang di sabdakan oleh baginda Rasulullah SAW:


مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ


“Siapa yang terbunuh karena mempertahankan hartanya maka ia syahid.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma)


Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata, “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu bila datang seseorang ingin mengambil hartaku?” Beliau menjawab, “Jangan engkau berikan hartamu.” Ia bertanya lagi, “Apa pendapatmu jika orang itu menyerangku?” “Engkau melawannya,” jawab beliau. “Apa pendapatmu bila ia berhasil membunuhku?” tanya orang itu lagi. Beliau menjawab, “Kalau begitu engkau syahid.” “Apa pendapatmu jika aku yang membunuhnya?” tanya orang tersebut. “Ia di neraka,” jawab beliau. (HR. Muslim)


“ Waaa, banyaknye abi tau. Ni along semangat nak jadi cam abi ni”.


“ Insya Allah, amin”.


“ Eh abi, ni airnya, nanti sejuk pulak”.


“ Terima kasih along, Ya Allah, sedapnye. Along yang buat atau umi yang buat ni?”.


“ Semestinya umi yang buat. Along tak pandai sangat lagi dalam buat air ni”.


“ Takpe, nanti along akan pandai jugak. Ah, umi kat mane?”.


“ Along nampak tadi umi masuk bilik bacaan, update blog kot”.


“ Ooo, eh, along nak air ni?”.


“ Eh, takpe2, tu kan air abi”.


“ Alaa, sape la abi ni nak bagi bende yang special. Along kan anak abi. Nah, minum”.


“ Syukran ya abi”.


“ Afwan”.


Sebenarnya akhi terpanggil untuk berkongsi cerita ini setelah membaca buku ‘Travelog Iman Seorang Doktor’, karya Dr. Khalid bin Abdul Aziz Al- Jubair, doctor pakar bedah dan jantung dan disusun oleh A. Ubaidillah bin Alias. Isi kandungannya amat menyentuh kalbu akhi terutamanya tentang kematian husnulkhatimah ini. Semoga sahabat2 yang akhi kasihi kerana Allah sekalian mendapat sedikit suntikan untuk terus beribadat kepada Allah. Semoga kita sama2 dapat mendiami syurga Allah. Insya Allah…
















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...