Wednesday, August 8, 2012

DAKWAH 'SANG MURABBI'



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Ar- rahman Ar-rahim. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Sekali lagi setinggi rasa syukur kepada-Nya kerana masih lagi memberi ruang dan nikmat kepada kita untuk terus kekal lagi di dunia ini. Dengan izin-Nya juga kita masih lagi diberi pelung untuk menghirup udara 20 ramadhan 1433 H ini.


Apa kata yang paling buat akhi ketika ini selain syukur kepada Allah SWT. Lega rasa di hati ini untuk terus kekal dijalan-Nya walaupun ia baru permulaan bagi akhi. Dengan izin Allah SWT, Dia telah mempertemukan akhi dengan sebuah kisah yang amat2 menyentuh jiwa. Baik dari segi jalan ceritanya, baik dari segi dialog dan mesej yang ingin disampaikan. Bagi akhi sukar untuk menemui jalan cerita seperti ini pada zaman kehancuran ini. Cerita yang akhi kongsikan ini merupakan sebuah kisah seorang murabbi dari Indonesia yang bertajuk SANG MURABBI.


Kisah ini difilemkan berdasarkan kisah benar, seorang ustaz yang hidup dan matinya hanya memikirkan tentang umat2 Islam dan dakwah dijalan-Nya. Dia adalah Ustaz Rahmat Abdullah. Walaupun akhi tidak mengenalinya tapi Allah telah mengenalkan akhi dengannya melalui cerita ini. Perwatakan yang ditunjukkan dalam kisah ini amat menyejukkan hati. Sifat2 yang ada pada seorang nabi cuba diterapkan oleh watak Ustaz Rahmat Abdullah sebaik mungkin. Sememangnya sifat seorang nabi itu amat menyenangkan. Semua umat amat menggemarinya.




Di dalam kisah ini ada ditunjukkan bagaimana Ustaz Rahmat melayan golongan2 yang dianggap bagi kita ‘sampah masyarakat’. Ustaz melayan mereka dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Pada masa yang sama, dia juga cuba menutup aib golongan ini. Kata2nya ibarat satu panahan semangat kepada mereka untuk terus mendengar setiap kata2 yang dilontarkan olehnya. Disebabkan layanan yang penuh berhemah ini juga, mereka amat menghormati Ustaz Rahmat. Allahuakbar, amat sukar untuk kita lakukan ini. Kalu akhi, bukan sahaja nak bertegur, nak melihat pun akhi merasa @!$$^^(*%. Masya Allah, sifat yang ditunjukkan oleh Ustaz Rahmat dalam kisah ini memberipengajaran kepada bahawa, kita umat manusia ini semua sama sahaja di sis-Nya.


Selain itu, bab yang amat menyentuh jiwa akhi ketika Ustaz Rahmat memberi taklim di sebatang sungai. Katanya:-


“Antum perhatikan bagaimana Allah SWT menciptakan batu yang luar biasa besarnya. Allah menciptakan begitu kerasnya batu. Bagaimana Allah SWT menciptakan air yang mengalir lembut ini. Tapi antara batu dan air mereka bekerjasama untuk menimbulkan satu harmoni yang Allah SWT harapkan di semua aktivis dakwah. Kita sama muslim, kita sama aktivis dakwah, kenapa banyak di antara kita tidak mengambil ibrah ini? Kenapa banyak di antara aktivis dakwah selalu mengatakan ini hak antum, ini ana. Ini kewajipan antum, ini kewajipan ana. TIDAK ADA!!! Malulah kita kepada apa yang diciptakan Allah SWT, batu dan air ini tidak ada pertikai di antara mereka”.


Allahuakbar, begitu mendalam sekali isinya. Apa yang akhi dapat simpulkan di sini. Kenapa kita sesame Islam, sesame muslim, tidak mahu bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diberikan Allah SWT kepada kita. Tugas menegak agamanya di dalam diri kita. Binalah kekuatan agama di dalam diri kita. Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita untuk membina agama di dalam keluarga kita, di dalam masyarakat kita, di dalam negara kita dan di bumi Allah SWT ini. Mungkin kita sibuk untuk melakukan tugas2 yang diamanahkan. Insya Allah, dengan meletakkan segala urusan itu kepada Allah, dengan izin-Nya dia akan menolong kita pada setiap apa yang kita lakukan. Mungkin hasilnya nanti bukan sahaja memberi kebaikan kepada kita, tetapi juga kepada semua umat.


Dalam pada itu juga, kesungguhan yang ditunjukkan Ustaz Rahmat telah menunjukkan betapa sayangnya mereka yang yang mengenalinya apabila ustaz menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua menangis. Mengalirkan air mata hiba. Akhi yang melihat pun terasa sebaknya. Manakan tidak, seorang yang begitu berwibawa membawa agama Allah SWT untuk disampaikan kepada umat disekelilingnya diangkat bertemu dengan pencipta-Nya. Baik yang muda mahupun yang tua. Baik yang lelaki mahupun yang wanita. Semuanya mengalirkan air mata. Pada saat itu akhi mula terfikir, bagaimanakah situasi itu akan berlaku ke atas ulama2 pada masa kini terutamanya di Negara Malaysia ini sendiri. Akhi rasa, walaupun sejauh mana akhi pergi, akhi sanggup balik untuk bersama2 mengiringi jasad ulama tersebut ke tempat pengebumian. Semangat yang ditunjukkan oleh para ulama masa kini merupakan semangat akhi untuk terus berusaha menyumbang tenaga untuk agama Allah walaupun sekuat tenaga ‘kuman’. Untuk mencapai tenaga ini pun amat sukar untuk disampaikan.



Allahyarham Ustaz Rahmat abdullah


Sebelum kita berpisah, marilah kita sama2 sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.


Dengan ada kisah seperti ini memberi sedikit kekuatan kepada akhi untuk terus mencari seorang murabbi untuk diri akhi. Sekiranya diizinkan Allah, biarlah dia menjadi salah seorang daripada keluarga akhi. Seorang abi yang juga merangkap murabbi akhi sepanjang hayat. Pembimbing dalam setiap sudut kepayahan dan cabaran yang akhi tempuhi. Akan akhi berusaha untuk mencarinya selain doa yang tidak jemu2 dilantun kapada-Nya. Semoga perkongsian pada kali ini memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada diri kita semua untuk terus berada dijalan Allah SWT. Berusahalah untuk memperolehi redha-Nya. Insya Allah.. 

p/s: Kepada sahabat2 yang berada di Kelantan mahupun di luar Kelantan, jom kite same2 join program 'QIAM WITH ME'. Insya Allah, ahki juga akan turut serta^^



2 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

naam ahsanta yaa sohabi..siapa kita nak judge org lain kan?sampah masyarakat?adakah kita bukan sampah?di sisi Allah siapa kita kan..aiwa, dgn 1 asbab je sesiapa boleh ke syurga & boleh ke neraka..

Ashraf Azahan said...

itu salah satu yg ana dpt dr cerita ni...byk lg pengajaran yg amat bmanfaatnya...selamat menonton^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...