Friday, July 6, 2012

INDAHNYA AKHLAKMU




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang maha Esa atas pemberian rezeki yang tidak terhingga kepada kita semua. Dalam menyelami erti syukur ini, tidak lupa untuk berselawat kepada Baginda SAW. Rasul junjungan yang telah banyak berkorban untuk agama Allah dan umatnya. Bukan sahaja ketika zaman jahiliyah, malah sehingga zaman kini, sebuah zaman di mana tiada lagi nabi yang dilantik oleh Allah SWT selepas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, masih lagi mahu melakukan maksiat? Fikir2kanlah ya sahabat akhi semua^^

Pada kali ini akhi ingin berkongsi sedikit dengan satu kisah yang boleh kita jadikan teladan buat sahabat akhi semua. Seorang kanak2 kecil (agak2 dalam darjah tiga, cume dia ni ‘ketot’ skit^^) dijemput oleh ayahnya selepas tamat sesi persekolahan. Beg digalasnya diletakkan di tempat duduk belakang. Setelah itu dia pun duduk di kerusi  bahagian kiri pemandu. Si ayah memulakan bicara:-

“ Kenapa senyap je ni? Biasanye elok je selepas masuk kereta mulut asyik ‘pot pet pot pet’. Senyap pelik je hari ni? Ke ni tanda dah dapat markah exam ke ape?”.

“ Tak da la Abi. Biase je”.

“ Dah tu, yang senyap sangat ni kenape? Sakit?”.

“ Pagi tadi je sakit perut sikit, sekarang dah elok”.

“ Aik, lain je bunyi nada tu. Ade pape ke ni?”. Si anak pun meluahkan persoalan yang dipendamnya.

“ Abiii”.

“ Ya”.

“ Along ni baik tak?”.

“ Aaaaa, kenape tetibe tanye ni? Kene buat kerje kursus ke?”.

“ Alaa abi, cakap la dulu”.

“ Ok ok. Perangai Along, ok, cume kekadang tu nakal sikit”.

“  Tu je?”.

“ Eeerrr, time kecik dulu selalu la kencing dalam seluar”.

“ Bukan yang tu… Abi ni main2 plak… Along serius ni”.

“ Oyeke? Mane ade la. Tu je rasenye. Hhmmmm, kenape Along tanye camtu? Ni mesti ade buat pape kat sekolah ni”.

“ Tak ada la. Cume ade sorang student sebelah kelas Along tu”.

“ Kenape dengan die?”.

“ Dia baik sangat”.

“ Ya Allah, bagus la tu. Apa masalahnya?”.

“ Along suka dengan die”.

“ Aikkk, ade pape ke ni?”.

“ Abi ni, situ pulak, Along suka akhlak die je, tak lebih dari tu”.

“ Abi faham, yang Along nampak gelabah sangat ni kenape?”.

“ Mane ade la abi, biase2 je”.

“ Haha. Ok ok. Abi faham. Along, itulah Islam. Cantiknya Islam ada pada umatnya kerana umat Islam hanye berpegang pada Al- qur’an dan hadis. Kan ade hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.ha yang bermaksud;

Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.

Haa, dari situ kite boleh nampak Rasulullah mempunyai akhlak yang baik kerana isi kandung Al-qur’an merupakan bait2 kata dari Allah SWT yang terpelihara. Allah menyuruh kite untuk berbuat baik dan tinggalkan yang buruk. Senang citer, buat yang makruf, tinggalkan yang mungkar”.

“ Oooo, ustazah pun ade bagitau yang akhlak kite mencerminkan diri kite yang sebenar”.

“ Aiwah, akhlak yang baik bukan saje disukai oleh orang lain, tapi Rasulullah sendiri pun suke. Dalam hadis yang lain riwayat Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur”.

“ Waa, seronoknye. Kalu macam tu Along nak buat kat semua orang la”.

“ Alhamdulillah, kalu macam tu, ramai la yang akan tertarik dengan Islam”.

“ Eh, kenape pulak Abi?”.

“ Ooo, tak faham eh?”.

‘” Tak”.

“ Ok camni. Along ada dua barang yang Along suke. Pertama, ipad dan yang kedua Samsung Galaxy Tabs. Kalau Along la, Along pilih yang mane?”.

“ Samsung Galaxy Tabs”.

“ Kenape?”.

 “ Bagi Along yang ni nampak lebih baik berbanding iPad”.

“ Lagi?”.

“ Lebih sempurna. Banyak yang kite boleh buat dengannye”.

“ Haa, camtu tu la dengan Islam. Islam tu sememangye dah sempurna. Tapi, akhlak umat die yang lebih menyempurnakan Islam itu,. Jadi ramai la yang nak masuk Islam”.

“ Waa, senangnye dakwah Islam. Pandai la Abi”.

“ Alhamdulillah. Haha, sebenarnye penulis blog ni pun dah tak pasti betul ke tak cerita yang die reka ni”.

“ Haa? Ape die abi? Tak faham la”.

“ Tak da pape la. Melawak je tadi”.

“ Ooo, gitu eh? Pape pun, syukran ya Abi. Best la bile abi cakap”.

“ Kalu ye pun, tak payah nak peluk tangan Abi, tengah drive ni”.

“ Opss.. sorry2”.


Semoga apa yang akhi kongsikan ini dapat kite same2 ambil manfaat darinya dan sebarkan kepada sahabat2 kite di luar sane^^ semoga berjumpe lagi, Insya Allah. Jangan lupe solat ye^^Salam Syaaban…





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...