Sunday, June 24, 2012

WANGINYA AWAK NI...



sekadar hiasan


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas segala rezeki dan nikmat yang telah  diberikan kepda kita semua selama ini. Selawat dan salam dihulurkan ke atas rasul kita, Nabi Muhammad SAW. Pada kali ini akhi ingin berbicara sedikit tentang diri kita sendiri. Sebelum itu akhi ingin memohon kemaafan sekiranya ada tersilap bicara untuk kali ini. Harap sahabat2 dapat menegur ya^^

“Hhmmm, semua dah elok, pakaiannya longgar, sopan santun, baik budi bicaranya, pergelangan tangan dan kaki ditutup elok, tapi KENAPE WANGI SANGAT???”…

Perkara inilah yang ingin akhi ketengahkan. Mungkin ramai menganggap perkara ini biasa sahaja. Membiasakan perkara yang agak bertentangan dengan syarak. Diharap sahabat2 lebih berhati2 ye… Fenomena memakai minyak wangi merupakan satu trend yang tidak asing lagi pada zaman sekarang. Baik lelaki mahupun perempuan. Semuanya ingin menampilkan yang terbaik agar perjalanan yang akan dilalui pada hari itu leboh tenang dan selesa. Sama juga dengan akhi. Kalau hari tu tak pakai minyak rambut contohnye,

“ Ishh, keringnya rambut ni. Lambat lagi ke nak abis kuliah ni, rimas la. Malu la kalu orang tengok. Tandas pulak jauh, hadoihh, semua asyik tak kene je”.

Haha. Kalu diingatkan balik, akhi sanggup tinggalkan kuliah sekejap untuk ke tandas. Itu sem 1 punye cerita. Dah lame berlalu. Ini menunjukkan fitrah diri kita untuk kelihatan lebih kemas. Kekadang tu, akhi ambil mase sampai 20 minit untuk berhias diri.

“ Ko kan lelaki?? Tak payah nak macam anak dara sangat la. Ko buat macam mane pun, tetap same je aku tengok, mambazir mase la ko ni.”

Senyap itu lebih baik dari berkata2^^(V)…

Ok, berbalik kepada topik asal. Mari kita same2 mernung dan menilai dua hadis yang ingin akhi kongsikan:-
Untuk lelaki…
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

Untuk wanita…
Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

“ Kenape lelaki boleh, perempuan tak boleh? Perempuan pun manusia jugak”.
Begini, setahu akhi, wanita mempunyai hak privasi yang begitu banyak berbanding lelaki. Sudah la lelaki ini diuji dengan rupa paras perempuan yang boleh mengasyikkan, ditambah pula dengan wangian yang boleh menarik perhatian. Senang cerita, mereka bukan mahram kite. Kalau wangian tu menyebabkan lelaki rase nak muntah tak pe la (pernah merasai keadaan ini^^). Kalau wangian tu untuk diri kite sendiri lagi bagus, takde masalah.

Kekadang ia boleh menimbulkan fitnah. Perempuan tidak tahu apa yang yang dikatakan oleh lelaki di dalam hati mereka. Baik atau burukkah perkara itu, perempuan tidak tahu. Mungkin pada saat itu, seseorang lelaki itu akan diam, tetapi mereka pun akan lancang tanpa mereka sedar pada masa akan datang. Disitulah bermulanya fitnah. Harus diingatkan, fitnah ini lebih teruk daripada membunuh. Begitu besar kesannya walhal ia adalah perkara yang kecil.

Bagi lelaki pula, sekiranya seseorang menghulurkan minyak wangi, jangan pula ditolak, sesuai denga hadis di bawah:-
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari).
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)

Ini kerana lelaki tidak dapat menghidu bau badannya dengan tepat. Untuk bahagian ini, akhi tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut kerana pernah terjadi kepada akhi, seorang abang senior telah menghulurkan minyak wangi kepada akhi, ttapi akhi menolak kerana kebetulan pada hari itu akhi sudah memakainya dan dalam kotak pemikiran akhi mengatakan, bauan itu akan bercampur, mungkin baunya akan lebih teruk kalau di pakai sekali lagi ( maksudnya dua bauan yang berbeza dipakai pada waktu yang sama). Insya Allah, perkara ini akan akhi update pada bahagian komen setelah mendapat penjelasan daripada ustaz akhi, Insya Allah.

“ Perlu ke pakai minyak wangi semua ni? Membazir duit la”.

Terpulang atas seseorang itu sama ada mahu pakai atau tidak. Bagi akhi, lebih elok pakai kerana kita akan senang didampingi oleh sahabat2 kite (untuk lelaki shj^^). Cuba kita ingat kembali pada zaman kita masih lagi berstatus seorang baby.  Ummi dan abi kita selalu memakaikan bedak wangi kepada kita. Selepas tu, ramai la sedara2 kite yang datang cium pipi kite, peluk badan kite. Seronokkan pada masa tu? Ramai orang mendampingi kite. Kalau boleh nak bawak kite balik rumah mereka^^

Cukuplah buat mase ni, tetapi akhi amat mengharapkan nasihat2 daripada semua sahabat kerana akhi masih lagi merasai kelonggaran pada perkongsian pada kali ini. Semoga yang bermanfaat itu dapat kita kongsikan bersama sahabat2 kite. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan semua yang buruk dan lemah ini datangnya daripada kesilapan akhi sendiri. Insya Allah.

p/s: Tahniah kepada Dr Mohamed Mursi yang telah berjaya memenangi pilihanraya di Mesir seterusnya ditabalkan menjadi presiden Mesir yang terbaru. Syabas Ikhwanul Muslimin^^



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...