Wednesday, June 6, 2012

TINTA BUAT FATIHAH



Masa kini pantasnya berlalu,

Hari demi hari,

Kepantasannya tidak tercapai,

Tidak disedari walau sedikitpun.



Kini,

Kau sudah tiba di satu pentas,

Liga ilmu yang kau akan tempuh,

Memikul tangggungjawab seorang anak,

Juga buat dirimu,

Bekalan masa hadapan.



Ku titipkan sebuah penghargaan,

Khasnya buat dirimu,

Kejayaan demi kejayaan kau kecapi,

Diiringi dengan restu Ilahi,

Tidak lupa akan restu ummi abi.



Ku di sini ingin berpesan,

Tanggungjawab ku sebagai kakandamu,

Walaupun jarak kita sejauh mata memandang.



Tetaplah kamu di jalanNya,

Jangan sekali kau berpaling,

Dunia itu amat bahaya sekali,

Walaupun zahirnya manis di pandangan,

Tetaplah kamu dalam usrahmu,

Kuatkanlah kamu dalam berjemaah,

Timbalah ilmu sebanyaknya,

Seimbang dunia akhirat,

Kuatkanlah iman mu,

Agar tidak terusik oleh suara merdu,

Yang pernah ku hadapi,

Tepislah ia dengan namaNya,

Seperti yang ku lakukan.



Maafkan ku atas segala kekhilafan,

Teguran ku untuk mendidik mu,

Dalam membantu ummi abi kita,

Ku ingin membimbingmu sedaya ku,

Walau ku tidak setanding mu.



Selamatlah dikau di sana,

Memegang amanah yang diberikan,

Tatapilah kalam ku ini,

Kala kau mula goyah,

Agar ia bisa memuhasabahkan dirimu,

Panjatkanlah doa kepadaNya,

Sebagai perisai melindungi dirimu,

Semuanya akan baik denganNya.



Buat adinda dari kakanda, ASHRAF AZAHAN

3 comments:

ummufayyad said...

ana igt utk ana da td.^^
nama serupa^^
smoga dipermudahkan urusan Fatihah^^

Ashraf Azahan said...

asif kpd semua shbt akhi yg dikasihi.. penulisan akhi pada kali ade blaku sedikit kekhilafan, mgkin ade shbt yg sedar atau tidak, ape2 pun, setinggi penghargaan kpd ummi akhi sdiri yg menyedari hal tsebut, insya allah, akhi akn lebih bhati2 dlm setiap perkongsian akhi pada masa akn dtg, mohon doa dr shbt2^^

Ashraf Azahan said...

asif ummu, akhi tak perasan komen ummu dlm spam^^syukran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...