Tuesday, June 19, 2012

SAAT2 AKHIR TAHUN 1




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT yang masih lagi menenangkan diri ini untuk terus mengabdikan diri kepadaNya. Selawat dan salam juga tidak lekang di lisan buat junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga semester di UMP ini. Banyak yang akhi tempuh bersama sahabat2 akhi yang lain. Semuanya happy2. Kalau yang tak happy2 tu, kami paksa untuk jadikannya sesuatu yang happy, baru ceria, baru semangat untuk berada di jalanNya itu ada. Halangan demi halangan kami tempuhi bersama juga. Baik soal peribadi, mahupun soal bersama.

Hari jumaat, 12.00 tengah hari merupakan detik yang ditunggu2. Satu detik untuk mengakhiri dunia tahun 1 di universiti.
“Aik, baru 11.30 pagi, awal lagi, kenape dah terpacak di luar dewan, hehehe”.
Itulah akhi. Memang student yang bernama ashraf Azahan ni amat terkenal dengan student yang paling awal keluar dewan. Die ni amat famous dengan gelaran tu. Cume pada masa2 tertentu sahaja die punctual dengan mase exam yang sebenar^^(V)…
Alhamdulillah, tu semua bantuan dari Allah SWT. Tanpa Dia, akhi tak dapat menjawab exam dengan baik. Syukur sangat2. Sesudah itu, akhi menyambung kembali kerja akhi dalam menyiapkan kertas kerja program yang sudah 2 minggu tertunggak. Tengah best melayan kerenah kertas kerja,
“Assalamualaikum abang”.
“Waalaikumussalam ya ayah”.
Try tengok kat luar tingkap”.
“Hah?”
Dari tingkap bilik, akhi nampak adik2 akhi melompat2 keexcitedan. Al maklum la, dah lame tak jumpe abang kesayangan die ni^^. Terus siapkan diri dan turun ke bawah. Memang seronok bila family datang menjenguk. Kalau ikutkan plan asal, memang akhi balik pada petang tu, tapi disebabkan masih ade lagi kerja, barang pun tak sempat nak packing, makanya, delay la satu hari. Lepas tu, kami pergi makan same2^^. Time ni la nak makan sedap2.






Alhamdulilah, selepas siapkan kertas kerja dalam pukul 10 malam, bermula episod mengemas barang2 yang dah setahun di kumpul^^. Agak kepenatan jugak la. Time ni la diuji dengan sifat sabar. Hhmmm…bagus jugak, rupe2nye dalam diam, diri ini sedang diuji.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).  
Jam menunjukkan hampir 12.30 tengah malam. Selepas membersihkan diri, akhi merehatkan diri untuk lebih bertenaga pada esok hari….
Alhamdulilllah, hari ini sekali lagi Allah SWT telah memilih akhi untuk ber’khalwat’ denganNya..haha…seronok kot^^… Pernah sahabat akhi bertanye,
“Ashraf, macam mane nak bangun malam, sekarang ni aku dah susah la nak tahjjud”.
“Aaa.. sori, tak tau la nak cakap macam mane, tapi ade la satu tips daripasa sorang sahabat ni”.
“ Apa diaq?”
“Ko kene buat baik dalam satu hari tu, tak pasti la, tapi alhamdulillah, dapat la jugak bangun. Satu lagi, yang penting sebelum tidoq tu, niat la nak bangun, Insya Allah, Allah akan bantu, Dia kan paling dekat dengan kite”.
“A’ah, tq2. Ya Allah, aku dah lupe la pasal tu”.
“Takpe2, insya Allah dipermudahkan”.
Itulah kami. Saling ingat mengingatkan. Ini la salah satunye kepentingan bersahabat. Minta bantuan apabila diperlukan. Nak2 lagi dalam masalah mendekatkan diri kepadaNya.
Selepas hantar kertas kerja dan sarapan sorang2..T_T.., akhi mula memunggah barang2 ke dalam van ayah akhi. Nak kongsi sikit, van ni ayah akhi telah gunekan sejak kami mula2 berpindah ke Terengganu pada tahun 2001, agak lame la jugak. Pernah sekali time selepas menghantar somebody ( tak pasti sama ada akhi atau adik akhi) di Selangor, van ni memang elok je jalan. Bila ayah akhi pergi servis van di bengkel,
“ Ya Allah tuan haji, dah rosak teruk ni”.
“ Ya ke? Tapi semalam bawa pergi hantar anak elok je”
“ Memang nasib la tu. Kalu diikutkan, van ni memang dah tak boleh nak hidup dah”.
Ya Allah, rupe2nye Allah telah menunjukkan kekuasaanNya kepada ayah akhi. Selepas ayah akhi, menceritakan kepada akhi, hanye istighfar yang bertaut di hati. Bukan sekali keluarga akhi ditunjukkan dengan keadaan ni. Sepanjang usia akhi, memang banyak perkara tak logic yang berlaku, tapi itulah bila Allah menghendaki. Takdir di tanganNya. Oleh sebab itu, akhi memang berusaha keras untuk mencapai cintaNya. Allahuakbar..
Kami bertolak ke Kelantan pada pukul 11 pagi. Alhamdulillalh, kami selamat tiba di kediaman kami tepat pukul 9.45 malam. Dalam mengahrungi kepenatan, sempat lagi ayah akhi belanja kami sekeluarga dengan nasi air yang best. Syukran ya abi^^..
Sepanjang perjalanan pulang:
(akan diupload lg)…
Setakat itu sahaja buat kali ini. Sejuta kemaafan daripada akhi sekiranya akhi ada buat silap. Segala yang baik itu, hanyalah dari Dia sahaja. Semoga perkongsian yang dikongsikan ini, dapat memberi sedikit suntikan kepada sahabat2 yang akhi kasihi dan asayangi kerana Allah untuk meningkatkan lagi amalan. Insya Allah…
p/s: Kpd semua shbt, marilah kite lazimkan diri kite utk solat berjemaah di masjid atau surau. Ganjarannye amat besar tau^^ dan kpd shbt yg pernah memohon utk akhi kongsikn suasana bilik kediaman akhi bleh tgok di sini:
Kpd sahabat yang berkelapangan, mari kite same2 menimba ilmu di Kovensyen Fiqh Ummah 2012 yang akan di UTM Skudai, Johor. Insya Allah, akhi juga akan turut serta sekiranye tiada aral yang melintang^^...




2 comments:

Waalid5035 ™ said...

salam ukhwah fillah...terbaek!

Ashraf Azahan said...

syukran ya waalid^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...