Tuesday, June 26, 2012

MUSIBAH ITU SATU PENGAJARAN




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kite masih dipanjang umur. Selawat dan salam diutuskan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bertaqwa kepadaNya.

Para sahabat yang akhi kasihi dan sayangi kerana Allah SWT sekalian, setiap yang berlaku ke atas diri kita, dalam erti kata lain, sebuah takdir merupakan perkara atau kejadian yang telah ditetapkan oleh allah SWT ke atas kita sejak kita belum lahir lagi sama ada ia baik atau buruk. Takdir juga boleh berubah mengikut kesungguhan kita dalam membuat pilihan.

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Oleh itu, sekiranya kita ingin sesuatu kebaikan, contohnya ketenangan. Berusahalah kita ke arah itu dengan berdoa kepada Allah SWT. Ingatlah para sahabat sekalian, itulah keistimewaan umat Islam. Mereka ada sebuah senjata yang amat canggih untuk berhubung dengan penciptaNya. Tanpa perlu sibuk2 nak on bluetooth. Kalu dulu infra red. Lepas tu nak pairing lagi, nak select file yang nak ditransfer lagi, then nak send lagi. Susahkan? Kekadang tu, tak berjaya pun ade. Cramp kepale dibuatnye. Dengan doa, tanpa perlu menggunakan apa2 perantaraan, terus dapat berhubung dengan Allah. Tapi, kene la bersabar k. insya Allah, semua itu akan diatur olehNya sendiri dengan lebih high class lagi^^….

Musibah, musibah, musibah….

Akhi pun tidak terlepas dari ujian ini. Sebenarnya, akhi ingin berkongsi sesuatu yang baru akhi pelajari. Beberapa hari lepas, akhi ditakdirkan untuk menghadapi satu musibah yang baru pertama kali terjadi selama 20 tahun perjalanan akhi di muka bumi ini. Bile difikirkan balik, nak menitis jugak la ‘embun’ ini, tapi dipendamkan. Hanya jadikannya ia satu pengalaman untuk lebih berwaspada pada masa hadapan, Insya Allah.

Sebenarnya, ketika menghadapi musibah tersebut, mulut akhi tidak terkeluar satu pun kalimah Ilahi darinya. Akhi agak terkejut.

“Kenape begini? Ya Allah, apa sudah jadi dengan aku?”.

Musibah ini amat berkaitan dengan pengakhiran hayat seseorang. Akhi bukan saje tak dapat nak kawal kondisi badan akhi pada ketika itu, malah untuk mengingatiNya juga susah. Dalam keadaan memikirkan jalan penyelesaian untuk musibah itu, akhi masih lagi teringat akan saat itu. Trauma sangat2...T_T

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur. Andainya diri ini pergi tanpa menyebut kalimah itu, akhi tidak tahu apa yang nak dibuat lagi. Semua sudah terlambat. Itulah saat yang telah Dia tetapkan buat akhi. Dalam menenangkan diri, akhi memuhasabah balik apa yang akhi lakukan selama ini. Banyak yang perlu akhi perbetulkan lagi. Sumbangan, pengorbanan, kesabaran, kepimpinan, tanggungjawab dan macam2 lagi.

Apa yang akhi ingin sampaikan di sini buat semua sahabat yang akhi kasihi dan sayangi kerana Allah SWT sekalian, kita perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang takdir. Lebih2 lagi, saat ketika ingin bertemu denganNya. Kita tidak tahu saatnya bila. Allah amat merahsiakan hal ini daripada kita semua. Dengan adenya musibah ini, sedikit sebanyak, akhi dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Dapat juga memperingati sesame kita.

Izinkan akhi sambung sikit saje lagi. Musibah ini mungkin jadi seperti sebuah basikal yang rosak. Nak2 lagi basikal yang amat kite sayang. Adakah kite nak membeli basikal yang baru atau membaiki basikal itu? Sudah tentu ramai yang menjawab ‘membaiki basikal itu’. Kenape? Ia memerlukan sedikit sahaja usaha dan pengorbanan untuk membaikinya. Cume bergantung pada diri kite sama ada mahu membaikinya secara keseluruhan atau sedikit demi sedikit atau delay dulu beberapa minggu, baru baiki.

Nasihat akhi, jangan kite berasa sedih dengan musibah yang melanda pada diri kite. Di sebalik satu musibah itu, insya Allah ada seibu satu kesenangan yang menanti diri kite. Berserahlah hanya kepadaNya. Sekiranye memerlukan bimbingan, jumpelah dengan seseorang yang betul2 mampu membimbing kite. Itu sahaja dulu buat kali ini, semoga apa yang dikongsikan ini, dapat kite sama2 manfaatkan dalam kehidupan kita seharian. Insya Allah...Jangan lupe solat ye^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...