Saturday, June 2, 2012

CINTA DARI 'SPEC' ASHRAF AZAHAN^^



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas ujian ‘sakit’ yang Dia kurniakan kepada akhi. Walaupun masih ada lagi rasanya itu, ini tak bermakna cinta kami terputus di pertengahan jalan, insya allah^^


Soal cinta? Persoalan daripada salah seorang sahabat akhi. Akhi tak tahu kenapa dia mahu sangat akhi mengulas tentang soalan ini. Siap bagi akhi link blog lagi untuk akhi buat rujukan. Memang tidak salah, tapi akhi tak arif bab2 cinta ni. Insya Allah, akhi akan cuba sedaya upaya untuk mengulasnya. Sebelumtu, sejujurnya, akhi ingin memohon bebanyak kemaafan sekiranya info yang dikongsikan ini agak berterabur atau tunggang-langgang. Inilah hasil seorang hamba Allah yang hanye menginginkan nikmat cinta selepas nikah^^…


Baiklah, cinta merupakan salah satu fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada makhluk ciptaanNya. Maknanye, bukan manusia sahaja yang ade perasaan cinta, haiwan dan tumbuhan serta makhluk yang lain juga ada perasaan cinta. Cuma kita tidak faham akan kisah percintaan mereka. Ni pendapat akhi saje.


Cinta juga merupakan fitrah yang sama juga dengan perasaan benci, dengki, cemburu, dll. Cinta ini boleh membahagiakan dan boleh menyakitkan..


“huh, cmne tu?”


Haa… cinta yang membahagiakan ialah cinta kepada yang Maha Esa dan Baginda Rasulullah SAW. Ini terbukti sebenarnye. Akhi pernah berjumpe dengan pasangan yang mana mereka betul2 menggunakan kaedah ini. Pendapat mereka, sekiranya kita mencinta Allah dan Rasul, Allah akan mengurniakan nikmat yang lebih luar biasa daripada apa yang mereka hajatkn. High class kn???( eh, cm pernah dgr je ayat ni…^^).


Cinta yang menyakitkan pula, cinta yang hanye mengharapkn kepada makhluk sahaja. Contohnye, seorang wanita hanye mengharapkan pemberiaan hadiah berupa strawberry chocolate sahaja daripada si lelaki. Maka, dia hanye akan mendapat itu sahaja. Boringkan?? Limited pulak tu. Kalau kita berniat ingin menikah dengan si lelaki itu semata2 kerana Allah dan rasul serta agamanya, bukan strawberry chocolate saje yang kite dapat. Kite boleh kete die, kite boleh rumah die, kite boleh duit die, kite boleh earphone die, kite boleh buku2 die, kite boleh pegang baju2 die yg mahal2 tu…sweetkn?? Apa yang tak boleh, insya allah semua boleh^^.


“ jadi, cmne nk buat? Dah mengulupur ni? Hukhuk…”


“ aisshh!! Jgn gelojoh! Sabar itukan sebahagian daripada iman. Iman tu kan manis”^^


Jawapannye, urus la cinta kita yg sebelum kawin tu leklok. Antaranye:


a) Banyakkan solat2 sunat

b) Banyakkan berdoa

c) Banyakkan beristighfar

d) Banyakkan berzikir

e) Banyakkan bacaan al-qur’an

f) Sedekah

g) Buat kerja2 amal

h) Dan banyak lagi….^^


“dah tu, yg akhi plak cmne? Cube bg cth yg akhi sendiri. Tak jelas sgt lg niiii…”


Ok ok… jujur k. Akhi banyak tempatkan diri akhi di masjid. Bukan nak menunjuk tau. Tapi inilah satu2nye tmpt yang akhi rase paling selamat dan paling tenang. Pernah sekali akhi rase cm terkene panahan (waa, teruk bebenornye^^, memg teruk pun time tu). So, akhi siapkan diri akhi betul2, pakai wangi2, pakai baju yang terbaik yang akhi ade, terus pergi ke masjid. Ingat lagi time tu waktu dinihari.


Sampai saje di masjid, masuk dengan niat iktikaf, haaa…terduduk la seorang hamba di situ. Memang time betul2 nangis (org klate royak: jerik bedo’oh^^). Lafaz taubat dan istghfar dilantunkan, bagaikan tiada lagi hari esok untuk ku^^.


Mane taknye, suasana di sini tak same dengan suasana islamik yang diinginkan. Banyak cabaran yang terpakse akhi tempuh. Baik dalam penjagaan pandangan, penjagaan telinga, mulut, tangan, kaki dan semualah yang ade kat badan ni. Berat sebenarnye bagi akhi.


“kalu yg dah bpunye plak cmne? Yg dah deal nk nikah giituuuu…”


Kalu yang ni, kene pandai bezakan antara perkara urusan atau alasan. Urusan ni, sesuatu keperluan yang memang amat2 diperlukan, pendek kate darurat. Kalu sikit2 tu, terpulanglah, tapi jangan keterlaluan (lalai).yang ni akan menjurus kepada alas an pula^^.


Ingat ye sahabat2 yang akhi kasihi sekalian, jodoh itu telahpun ditetapkan oleh Allah SWT sejak malaikat ingin memasukkan roh ke dalam jasad kita lagi. terpulanglah kepada kita, sama ada nak teropong awal2 ke, baru nak beli teropong ke. Setiap individu amat mehami keadaan dirinya sendiri.


Nasihat akhi, sekiranya ada apa2 perkara yang berkaitan dengan cinta ini, seeloknye, kite pergi berjumpe dengan ummi abi kite, ustaz ustazah kite, bukan dengan member2 kite yang sedang hot dengan dunia khayalan diorang. Ini bukan perkara main2. Ini soal yang sangat berat. Ini bukan soal dunia saje, ini juga merupakan soal akhirat.


Insya Allah, tu saje rasenye yang akhi ingin kongsikan. Maaf sekali lagi kalu ade tersilap di mane2 (kalu ade, minta tegur eh^^). Semoga kita sentiasa mendapat limpahan rahmat daripada Pencipta kita. Tingaktkan amalan2 kita. Banyak ganjaran di situ. Cume kite je yang tak nampak.


“dah tu, ape status akhi?”


“dah, DIAM!!”


“oookkkaaayyyyy,,,tu pun nk marah ke? Orang tanye je”


“isshh..”


^^!



p/s: sebenarnye ni ape yang akhi dapat time satu ceramah yang diadakan khas berkaitan dengan cinta, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, klik link ni (http://www.youtube.com/watch?v=6vT4OKso8SM). Buat sahabat akhi yang bertanye, semoga ulasan ini memuaskan hatimu. Maaf, akhi bukan seorang ustaz, mungkin jiwanye saje^^...

2 comments:

ummufayyad said...

aiwah.
kurangkan agenda mencari,
lebihkan misi utk menjadi yang soleh wa solehah^^

Ashraf Azahan said...

insya allah, rebutlah cintaNya...^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...