Tuesday, May 22, 2012

TAKDIR ALLAH ITU INDAH



Alhamdulillah. Syukur2 sesangat kepada Allah!!!^^ Eh, selawat dan salam juga kepada Rasul ku nabi Muhammad SAW.


Allahuakbar, hanya kata syukur yang dapat diungkapkan. Nak tau kenape? Ni kesahnye…^^


Sebulan yang lepas akhi dan sahabat2 akhi yang lain diberi empat final project untuk subjek computer aided design (CAD), kirenye setiap group satu projek. Kami hanye perlu cipta satu design berdasarkan tema yang diberi. Alhamdulillah, group akhi kene buat design untuk mechanical arm.


Dipendekkan cerita, kami dilanda dugaan yang agak berat sejak2 nak tamat sem 2 ni. Assignment banyak, presentation banyak, kene jd lecturer kat depan kuliah pun ade. Allahuakbar, hanye Allah sahaja yanga tahu keadaan akhi ketika tu. Nak2 lagi akhi kini menjawat sebagai pengarah program untuk sem depan. Sampaikan kerap kali telefon ayah dan mama akhi. Luahan katekan (ni dah teruk ni^^!).


Selepas bertungkus-lumus menyiapkan semua keperluan, tibalah mase untuk kami present di hadapan lecturer sebelum sesi project presentation dilakukan keesokan hari.


“Err, Ya Allah, kat mane aku ni? Hah!!(sambil tengok jam)”.


Haha. Tertidur kat surau rupenye, allahuakbar. Dalam keadaan kepala yang sakit, akhi keluarkan telefon.


“1 missed call, 1 message received”.


Hhmmm… sori la sahabat, kawan ko ni tertidur lepas zohor. Masya Allah, rase teruk betul diri ni time tu.


Masa dah tak boleh nak ditarikbalik. Jauh akhi memikirkan reaksi lecturer akhi tu bile jumpe die nanti. Tak sanggup tengok muke seorang pendidik yang sedang marah. Marah untuk memberi peringatan. Peringatan yang perlu diingat sampai bila2.


Lepas solat asar berjemaah, akhi pergi ke kuliah yang jamnye dah pukul 5 petang. Tengah khusyuk meneguk ilmu applied calculus,


“1 message received (bukak jap), PROJECT KITE KENE REJECT!!!”


Haha, agak2 la camne muke akhi time tu. Diri ini bagaikan sehelai daun yang sedang terbang entah ke mana, warna oren kelayuan pulak tu. Ya Allah…


Habis je kuliah, fikiran akhi dah mula bercelaru. Projek yang dilakukan selama sebulan telah direject. Esok dah kene present. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan. Permudahkanlah kami Ya Allah. Selepas berbincang melalui laman ‘muka buku’, kami were decided to make the ‘on call’ this night. Satu sesi pembedahan oleh jurutera muslim muda akan dilaksanakan di fakulti.




Lakaran model yang akhi lukis, lukisan cam budak tadika^^

Kami memulakan kerja selepas solat isyak. Masa terus berlalu, operation session terus berjalan, tidak tahu sampai pukul berape. 9.30 mlam…..10 malam…..11 malam….12 tengah malam….1 pagi….2 pagi…..3 pagi…..3.30 pagi…


“STOP!!! Cukuplah dulu, otak kite pun perlukan rehat”.


Maka, pulanglah bakal muslim engineer ni ke bilik. Perjalanan mereka bagaikan merangkak.


Selepas breakfast,kami meneruskan lagi operasi kami. Pukul 1 petang kene buat last progress dengan lecturer. Disebabkan terlalu banyak yang belum selesai, akhi bersama seorang sahabat akhi agak lewat sedikit tiba di bilik lecturer. Tapi,


“Sir, takdok, takpe la, kite solat zohor dulu”, ujar Wan Hidayat, calon Imam Muda UMP.^^


Selepas solat zohor, kami mendapat tahu progress session dibatal terus. Ni maknenye kene terus buat presentation pada pukul 4 petang. Alhamdulillah, ade sedikit mase lagi. Selepas free lunch (syukran Hidayat^^V),akhi dan sahabat yang lain meneruskan lagi perjuangan menyiapkan projek yang diberi. Tiba2,


“Ya Allah, die SANGKUT pulak”, peritnye Ya Allah!!!”.


Jam dah menunjukkan pukul 4 petang. Sekali lagi akhi terlewat pergi ke makmal. Alhamdulillah, lecturer tak masuk lagi. Kami cuba apa2 yang patut untuk presentation tu. Banyak lagi rupenye yang tak siap.


“Baiklah, tolong ambil nombor giliran masing2”, lecturer kami, Sir Azrul Hisyam mengarah.


Disebabkan tiada wakil daripada kumpulan akhi yang pergi ambil, dengan rela serta paksaan jugak akhi pergi ambil nombor giliran.


“Alhamdulillah!! Nombor 3 daripada 4. Masih ade mase lagi untuk siapkan yang mana patut.”


Presentation 1: Mechanical Robot


Presentation 2: Mechanical Legs


“Baik!!! Group yang ke-3, Mechanical Arm present!!!”


Hanya doa yang megiring kami. Hanya bantuan daripada Allah yang kami perlukan. Tamat sahaja sesi pembentangan.


“Ok, bagus!!! Satu pembentangan yang baik”.


Dalam hati kami, ALHAMDULILAH!!!


“Tapi, kene jage masa, slide dah cantik, semua dah cantik”.


Nak je time tu kami nak lompat same2. Sabar2. Senyuman tak lekang dari mulut kami.


Sebelum masuk ke tempat duduk, akhi sempat bertanye,


“Sir, how about CAD Competiton? Can we join it?”.


I will think about that. Ok, I will announce the winner for The Best Slide Presentation first. The winner is The Mechanical Wheel Chair Group. Next, The Best Model Design, The Mechanical Legs Group and The Best group Presentation, THE MECHANICAL ARM GROUP.


Alhamdulillah”.




Bersama lecturer akhi, En Azrul Hisyam, asalnye Kelantan, dekat je dengan kampung akhi.

Kepenatan sepanjang ‘on call’ kami semalam terubat sudah. Dari perit dan pahit, kini ia menjadi sebuah kenangan yang tak dapat dilupakan. Kekadang tu, rase tak logic jugak. Tapi, itulah takdir dari Allah SWT. Selepas sesi fotografi yang ringkas, kami pulang dengan hati yang sangat2 tenang dan lega. Hanya syukur kepada-Nya yang ada dalam diri kami.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak motivasi dan nasihat kepada semua sahabat. Pohonlah bantuan dari Allah SWT, semestinya Dia Maha Mendengar apa yang kita hajatjan. Insya Allah…


Sahabat perjuangan akhi, ni la muke2 yang on call malam tu...^^

3 comments:

ummufayyad said...

aiwah
alhamdulillah
bile tgok flow nya,
subhanaAllah.
ad hikmhanya
yang penting di sini,
jangn putus asa dan mengeluh
teruskan berjuang para muslim engineer^^

Ashraf Azahan said...

syukran ya mualimah, doakn kami agar tpilih untuk menyertai CAD competition, Insya Allah, akhi terfikir untuk mengangkat name ISLAM di medan ni, moga2 Allah memilih kami...syukran skali lg diatas nasihatnye^^ Insya Allah, dikuatkn Allah dalam urusan ni^^

ummufayyad said...

afwan,
mudahan
Allah membantu akh^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...