Thursday, May 10, 2012

TAHNIAH YA ABI



Namamu kian mekar,

Hari demi hari,

Menyinggah dibibir mereka,

Temanmu, ketuamu,

Ibumu, anak2mu,

Isterimu yang tercinta.



Ya Abi,

Kau sememangnya kuat,

Seperti allahyarham ayahmu,

Sentiasa cekal dengan ujian,

Sentiasa bersabar dengan dugaan,

Kau setia menyambutnya,

Mengorak langkah meninggalkan keluargamu,

Bersama dengan kami di rantau,

Kau terus melaluinya.



Ya abi,

Setiap yang kita harungi itu,

Banyak mencorak anak2mu,

Menjadi yang lebih baik,

Baik di mata sahabat mereka,

Sempurna di pandangan murabbi mereka,

Berkebolehan dalam semua perkara.



Ya abi,

Sekali lagi kau dirangkulkan,

Entah ke berapa kali,

Anakmu ni teruk, pelupa,

Syukur Alhamdulillah,

Yang pasti,

Kuntum senyum ummi kami,

Amat membahagiakan mu, ya abi.



Ya allah,

Kau panjangkanlah umurnya,

Kau murahkanlah rezekinya,

Kuatkanlah dia demi membantu kami,

Anak2nya, menuju gerbang kedewasaan ini,

Banyak yang dia berikan kepada kami,

Semuanya atas usahanya demiMu, Ya Allah,

Jadikanlah dia seperti abinya,

Yang dikenang sepergiannya,

Yang sentiasa cekal dalam agamaMu,

Jadikanlah kami generasi rabbani,

Yang meneruskan legasi usrah kami,

Menuju jannahMu,

Insya Allah


Dari pena ASHRAF AZAHAN

3 comments:

ummufayyad said...

alhamdulillah
smoga akh menjadi penyejuk mata dan hati utnuk abi wa umi^^

Ashraf Azahan said...

insya allah,syukran ya ummu, same2la kite, selagi mereka masih lagi di samping kite...:-)

ummufayyad said...

afwan^^
amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...