Friday, May 4, 2012

SANAH HELWAH UNIC!!!







Asslamualaikum semua. Sihat ke semua? Akhi berharap semuanya dalam keadaan sihat walafiat ya. Jangan lupa pula untuk melafazkan’ Alhamdulillah’ kerana nikmat kesihatan itu merupakan salah satu nikmat yang datangnya daripada Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Lafazkan juga selawat ke atas junjungan besar kita, yakni kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW. Insya Allah.


Pada kali ini, akhi ingin berkongsi sedikit tentang salah satu kumpulan nasyid yang kini telah pun menyambut ulang tahun yang ke-10. Siapa lagi kalau bukan kumpulan UNIC. Sanah helwah ya UNIC!!! Kumpulan ini terdiri daripada trio iaitu Abg Bazli, Abg Fadzli dan Abg Fakhrul. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan favourite akhi sejak bangku sekolah lagi. (teringat lagu REMAJA^^).


Akhi mula mengenali kumpulan ini pada tahun 2004 lagi. Pada ketika itu akhi pergi menziarahi saudara akhi yang tinggal di Kuala Lumpur. Pertama kali mendengar irama yang didendangkan UNIC, membuat akhi terus berminat dengan kumpulan ini.


Pada ketika itu juga, kumpulan ini masih lagi terdiri daripada Abg Fitri Haris, Abg Hafiz Hamidun dan Abg Wan Syah. Tidak lupa juga Abg Bazli, yang setia bersama UNIC sehinggga sekarang. Lagu pertama yang akhi dengar adalah REMAJA!!! Penyampaian yang penuh tersirat melalui lagu ini membuatkan akhi bersemangat untuk menimba ilmu dan mengenali dunia nasyid lebih mendalam. Lagu REMAJA juga menjadi satu fenomena pada era itu. Mesej2 yang disampaikan oleh UNIC juga banyak berunsur nasihat (ini pada pandangan akhi). Sehingga kini, rentak irama UNIC masih sama seperti dahulu.


Lagu dendangan UNIC juga banyak diperdengarkan dicorong2 radio dan tv. Contohnya, radio IKIM.FM dan CARTA MINGGU INI di RTM1. UNIC juga banyak mendapat penghargaan dan pengiktirafan. Yang terbaru, melalui Anugerah Nasyeed.com. UNIC telah memenangi anugerah melalui lagu BINNABIL HUDA dalam kategori nasyid selawat. TAHNIAH UNIC!!!


Harapan akhi, semoga team UNIC sentiasa konsisten dalam setiap apa yang dilaksanakan dan sentiasa berjaya menarik ramai lagi sahabat2 menuju ke jalannya. Kepada peminat2 nasyid, semoga kalian sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada penggiat2 nasyid tanah air kita. Itu sahaja buat masa ini.wallahua’lam…


*p/s: baru terima album dr UNIC^^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...