Tuesday, May 1, 2012

PERGINYA SEORANG TEMAN


Assalamualaikum kepada semua sahabat2 yang akhi kasihi. Syukur kita kepada Allah SWT kerana Dia telah memberi sedikit masa kepada kita untuk beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.


T T
[PEKAN]
Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Dimaklumkan bahawa pihak PEKA 5 akan menyediakan tabung derma kilat bagi seorang pelajar ,Ang Kent Chin,yang mati lemas di Bekelah..bagi sesiapa yang ingin menghulurkan derma, tabung tersebut akan ditempatkan di beberapa tempat iaitu di 4 buah kafe dan 2 di surau (lelaki dan perempuan)..harap maklum..


Terkejut akhi apabila membaca notis yang ditulis oleh seorang teman di layar fb sebentar tadi. Namanya seperti pernah dibait oleh akhi sendiri. Ang Kent Chin. Akhi bingung memikirkan nama ini. Terus akhi mengalihkan cursor ke laman utama UMP untuk melihat profilenya.


Ya Allah… Itulah yang mampu akhi ungkapkan pada masa tu. Seorang teman yang berbangsa cina yang juga merupakan teman akhi ketika dalam kelas pada semester pertama. Dia juga banyak membantu akhi ketika dalam kelas. Akhi juga pernah meminjam kertasnya untuk akhi jadikan sebagai rujukan.


Berita yang mengejutkan ini membuatkan akhi seperti tidak percaya apa yang berlaku. Tapi, itulah qada’ dan qadar Allah SWT. Akhi terpaksa menerimanya. Wajahnya pula terbayang2 dalam fikiran akhi.


Apa yang lebih mengejutkan akhi, semasa sesi latihan nasyid, sahabat akhi memberitahu bahawa mayatnya baru sahaja dijumpai. Ya Allah, akhi ingatkan semuanya telah selesai sebaik berita itu tersebar. Mayatnya dijumpai selepas 7 jam dia terjatuh ke dalam sungai di Berkelah, Gambang, Pahang. Cerita sahabat akhi lagi, pada masa itu, air terlalu kuat dan dalam. Ada temannya yang ingin menyelamatkannya tetapi dihalang oleh temannya yang lain.


Kini, semuanya telah berlalu.


Ingatlah sahabat2 yang akhi kasihi dan sayangi, kematian itu tidak mengira waktu. Apabila sudah tiba masanya, maka pergilah seorang hamba itu.


"Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu tadinya mati, kemudian dihidupkan (oleh-Nya), kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." Surah Al-Baqarah ayat 28…


Kepada sahabat2 yang masih diberi peluang oleh Allah SWT, berusahalah untuk berubah. Lengkapkanlah solatmu, terimalah teguran yang mengajakmu kearah kebaikan, penuhilah majlis ilmu, dekatkanlah hati kita pada Yang Maha Satu. Semoga perkongsian ringkas ini dalam memberi kita kesedaran dalam menjalani jari2 yang mendatang, Insya Allah…


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...