Saturday, May 26, 2012

MUKHAYYAM @ CAMERON HIGHLANDS


Alhamdulillah. Masih lagi dipanjangkan usia. Setinggi penghargaan kepada-Nya kerana masih lagi memberi peluang kepada akhi pada kali ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita merupakan salah seorang umat baginda yang akan mendapat syafaat di akhirat kelak.


Syukur alhamdulillah. Pada hujung minggu lepas (18-20 Mei 2012), akhi telah selamat menyertai aktiviti mukhayyam yang merupakan aktiviti anjuran PIMPIN UMP dan SAHAM UMP. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan mereka. Kali ini tempatnya di Cameron Highlands, Pahang.


Sebenarnya, banyak halangan yang akhi tempuhi semata-mata untuk menyertai aktiviti ini. Diibaratkan mendaki gunung dalam keadaan tersesak nafas..(teruk sangat ni, takpe la^^). Halangan ujian yang jarang akhi tempuhi. Dengan membulatkan niat kerana Allah SWT segala urusan diselesaikan sehingga tiba masa untuk bertolak pergi. Alhamdulillah, akhirnya Allah telah memilih akhi untuk turut serta dalam program ni.


Kenapa akhi nak sangat pergi ni? Sebenarnya, akhi seorang yang mudah ditarbiahkan melalui alam. Dengan melihat kejadian Allah SWT melalui mata kasar, sedikit sebanyak hati akhi akan rasa lebih dekat dengan-Nya.



Sebelum bertolak ke UMP Gambang

Bas kami bertolak selepas maghrib dan menuju terus ke UMP Gambang untuk berkumpul di sana. Akhi agak terkejut kerana inilah kali pertama aktiviti yang akhi sertai bersama dengan foreign student. Di dalam bas, kami duduk bersebelahan (time ni tak kenal lagi). sebelum memulakan perjalanan, akhi diminta untuk memimpin bacaan doa. Sepanjang doa dibaca, seorang foreign student ni asyik pandang muka akhi, agak segan juga la. Doa tetap diaminkan dengan lancarnya.


Sepanjang perjalanan, akhi bersama sahabat akhi, Wan Hidayat, tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan mereka. Walaupun kami tidak fasih sangat dalam bahasa inggeris, mereka tidak menganggapnya satu kelemahan tetapi satu usaha yang baik. Bila tali silaturrahim disambungkan, banyak la cerita dan perkongsian yang keluar dari mulut yang dipinjamkan Allah ini. Akhirnya, akhi dapat tahu yang mereka ni bukan calang2 student. Mereka merupakan student peingkat master dan PhD. (waa..^^).


Kami tiba di Cameron Highlands dalam pukul 3.35 pagi. Turun je dari bas, YA ALLAH!!!SEJUK!!! berpeluk dengan jaket la akhi lepas tu. Akhirnya, merasa jugak la udara di puncak Cameron ni, Alhamdulillah..^^



Sahabat sebilik^^: Taufiq, Hidayat, Hasif, Fath dan Mahfudz (depan)


Selepas subuh, akhi bersama sahabat akhi, Taufiq, berbincang sedikit tentang sepotong ayat dari surah Al-Baqarah ayat 74. Perkongsian dan perbincangan yang asalnya disertai dua orang akhirnya disertai oleh semua rakan sebilik. Perbincangan kami melarat sehingga isu 11 september- World Trade Centre pun kami sentuh. Amat membahagiakan pada saat itu. Semua mengutarakan idea masing2^^.


nampak ok, tapi sedang menahan kesejukan...

Maaf, kami jarang tengok haba dr mulut secara live^^

Sarapan pagi

Bersama Bro Hakim (kiri) dan Bro Amjed...

Selepas sarapan, bermulalah aktiviti kami. Pagi ni dimulakan dengan aktiviti EXPLORACE. (tu dia, lepas makan main lari2^^). Selepas warm up, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan disertai juga oleh foreign student. Ni adalah untuk menguji dan mengeratkan hubungan dengan komunikasi. Kumpulan akhi disertai oleh dua orang foreign student.


Mereka ialah Bro Hakim dari Algeria dan Bro Amjed dari Bangladesh. Bro Hakim sekarang ni ambil PhD di UMP dalam bidang mekanikal automotif.


“Ha?? Why I didn’t see u at the faculty?”


“ Sometimes I go to Pekan. If I go there, I’m stay at manufacturing faculty not mechanical faculty”.


“oo”..


Bro Amjed pula ambil PhD dalam bidang kejuruteraan awam.


Kirenye sepanjang aktiviti ni, memang akhi kene translate kepada mereka yang perlu dilakukan.


Kekadang tu, mereka pun tak faham apa yang akhi cakap. Lepas diulang beberapa kali, baru mereka faham. Biasa la tu..^^


Explorace ni mempunyai 5 checkpoint, semuanya ade maksud yang tersirat. Pertama, menunjukkan bagaimana peristiwa Adam dan Hawa berlaku. Kedua, bagaimana manusia dixiptakan. Ketiga, amalan2 yang boleh membawa kepada pahala dan dosa. Keempat, alam kematian dan yang terakhir tentang hari kiamat. Memang terbaik la semua checkpoint ni, nak2 lagi time di checkpoint yang keempat, di KUBUR!!!^^


checkpoint 1

checkpoint 2

checkpoint 3

checkpoint 4

checkpoint 5

Lunch time...

Sesudah solat zohor berjemaah, kami akan ‘merantau’ di sekitar Cameron Highlands. Dapat la beli sikit barang2 kenangan sikit. Untuk family pun ade, untuk diri sendiri pun ade…alhamdulillah^^. Sebelum tu, akhi bersama sahabat akhi, Hidayat, mengambil gambar kenangan bersama pasukan konvoi motorsikal berkuasa tinggi. Ni merupakan salah satu minat kami bersama. Harapan kami, suatu hari nanti, bila dah mampu, kami ingin hidupkan suasana tarbiyah dalam pasukan ini…insya allah^^.


haha...^^

senyum itu sedekah yg paling mudah^^

kaktus kecik..

teh Cameron...

strawberry dan lebah yg telah 'diperap'...^^


Apabila tibanya waktu petang, kami bertolak ke Masjid Tanah Rata. Di masjid ini akan berlangsungnya majlis ilmu yang akan disampaikan sendiri oleh seorang ustaz yang berkaliber dari UMP, Ustaz hazmi Dibok. Seorang ustaz yang mana bijak berkata2. Sesuai untuk didengar oleh semua lapisan masyarakat walaupun diselitkan juga ‘lawak2’ yang ringan. Pada malam tu jugak:


“Ashraf, ko nak tido ke?”, sapa sahabat akhi.


“Tak, kenape?”.


Dia ade mengatakan sesuatu, tapi tak berapa jelas. Jadi, dari barisan hadapan kami bangun lalu ke belakang sedikit, akhi bertanye balik kepada die.


“Apa tadi, tak jelas?”.


“Ko boleh tak jadi translator untuk foreign student?”.


“Hah?”, sambil melihat wajah mereka yang sedang memandang ke arah akhi. Secara spontannya,


“Boleh, insya allah”.


Apa yang aku cakap ni? Itu yang terlintas di hati akhi. Tapi itulah kuasa Allah. Allah tahu akhi mampu. Sebenarnya akhi risau, bimbang sekiranya banyak kesalahan yang akan terjadi nanti. Akhi cuba meneladani sikap pak cik-pak cik yang pernah menjadi translater untuk foreign student di satu majlis ilmu di Pekan. Kalau mereka boleh buat, kenape akhi tak boleh buat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhi berjaya melakukannya walaupun ada beberapa kesalahan pertuturan. Mereka memahami keadaan akhi.


Selepas solat Isyak, kami bertolak semula ke kediaman kami untuk makan malam dan menjayakan program yang terakhir pada malam.


“Kami nak tengok bola. Final, Kelantan vs Sime Darby”


Itulah fenomena yang timbul sebaik sahaja selesai makan malam. Alhamdulillah, abang2 n kakak2 senior pandai pujuk^^. Sesi pada malam tu merupakan sesi ta’aruf perdana. Sesi ni sebenarnya menggantikan sesi persembahan khas. Kerana masalah timing yang agak kritikal, sesi ni ditukar serta-merta. Pada malam itu, kami tidur dalam keadaan sejuk yang amat. Akhi pula silap, hanye pakai jaket sahaja untuk tidur. Tak gune sleeping bag yang dibawa. Akibatnye,^^


“Ya Allah sejuknye…ggrrrrr…da la tak solat lagi ni”.


Ni first time akhi merasai sejuk yang amat. Walaupun berada dalam selimut, tangan kat mulut, keadaan sejuknye seakan tak berubah. Sebenarnye, pagi tu, akhi tak gune air dari mesin heater untuk ambil wudhuk, direct fresh water, memang terbaik la…


Selesai solat subuh berjemaah, kami diberi ‘ubat rohani’ oleh Dr Hassan yang merupakan Presiden PIMPIN( yang ni macam abang kepada SAHAM laa^^). Pengisian berkaitan Islam and Brotherhood (kalu tak silap) yang disampaikan dalam bahasa Inggeris amat2 menarik. Seronok mendengarnye. Sesudah itu, program penutup mukhayyam kami dilangsungkan terus.


kuliah subuh oleh Dr Hassan

hadiah menang Explorace


Selepas bersiap dan bersarapan, kami berkunjung pula ke MARDI dan ladang teh. Seronok dapat melihat dengan mata kasar keadaan pokok teh yang tersusun rapi. Indahnye ciptaan Allah. Bagaikan permaidani yang amat indah. Memang secara logiknya manusia yang melakukan semua ini, tetapi kalau bukan Allah yang menggerakkan hati2 mereka, suasana ini takkan wujud. (Btoi tak?^^). Di situ juga akhi sempat berendam kaki di sungai kecil di ladang tersebut. Air die amat sejuk walaupun sudah tengah hari. sejuk jiwa pada time tu, alhamdulillah.. Pada time tu, akhi teringat kan sebuah karya tarbiyah yang dikarang oleh sahabat akhi di layar ini. Katanya begini, (kalu tak silap akhi)


“ Air sungai ini diibaratkan sebagai satu bentuk dakwah. Di mana air sungai itu akan tetap mengalir walaupun dicelah-celah batu2, baik yang besar, mahupun yang kecil”..^^


Bro Junaid sempat lagi posing^^
Pemandangan ladang teh yang indah, allahuakbar...

Lautan pohon teh yang 'ketot'^^

Rehat sebentar

Gaya 'Imam Muda"^^


Program kami tamat di sini. Kami bertolak balik ke Gambang dalam pukul 12.30 tengah hari. Inilah program yang julung kalinya memberi sedikit pendedahan kepada akhi tentang ukhwah dan alam Allah SWT. Akhi berharap akan dipilih oleh Allah lagi untuk mengikuti program seperti ini pada masa akan datang.


Semoga apa yang dikongsikan ini, dapat memberi sedikit pendedahan kepada semua sahabat akhi akan keindahan sebuah program yang nawaitunya hanya kerana Allah SWT. Insya Allah akan memberi yang terbaik kepada kita semua…Insya Allah^^


Album mukhayyam:


https://www.facebook.com/pages/Deblog_ashraf-Ashraf-Azahan/239796109429987

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...