Tuesday, May 15, 2012

JIWA SEORANG GURU



Di saat ku melangkah,

Menuju ke sebuah persada,

Kau setia menemaniku,

Menyokong aku di kala sukarku.



Ku pernah merenung wajahmu,

Jerih perih seorang murabbi,

Mengharapkan sesuatu yang indah,

Matamu ku tatapi,

Di kala kau memberiku,

Sebuah hadiah yang tiada nilai.



Kau membawa junjungan Rasul,

Yang berat perlu kau pikul,

Yang tidak dapat ku membantu,

Ku hanya bisa melihat,

Ku hanya bisa berdiam diri.



Ukiran manis senyummu,

Membuatkan hatiku tenang,

Mengingatkan aku padamu.



Pernah ku lihat mu menangis,

Tangis atas kejayaan kami,

Anak-anak angkat mu,

Yang berjaya menggenggam,

mencapai sebuah impian,



Kita pernah bermain bersama,

Kita pernah melancong bersama,

Kita pernah bertani bersama,

Kita pernah minum bersama,

Tika itu semua indah,

Tidak dapatku lupakan.



Kini aku sendirian,

Berjalan mengorek ilmu Ilahi,

Perjalanan ku ini amat jauh sekali,

Jatuh bangun ku kini sendiri,

Pedih luka ku ubati sendiri,

Tiada lagi tangan yang menyentuh diri ini.



Ku ingat lagi saat terakhir kita,

Pelukkan erat dari kau,

Tidak membenarkan ku pergi,

Katanya ku permata madrasahmu,

Banyak kau tawarkan kepada ku,

Pangkat, semangat, harapan,

Tapi,

Tika itu ku tiada pilihan,

Terpaksa ku tinggalkanmu,

Dengan hati yang tiada redha,

Hati kecilku juga menangis,

Mengenangkan kekhilafanku padamu.



Khabar kesunyian darimu,

Ku terima dengan tabah,

Walaupun ku cuba,

Cuba membuat kau tersenyum,

Semua itu tidak semudah dulu.



Pena yang melukis bintang,

Juga menulis tahniah, bagus (good),

Akan ku ingat selalu,

Itulah semangat ku hingga kini.



Doa tulusmu ku pohon,

Agar perjalanan ku di sini mudah,

Mudah untuk di lalui,

Semoga keberkatan itu,

Sama-sama dapat dirasai…



DARI ANAK MURIDMU, ASHRAF AZAHAN, IKHLAS UNTUK SEMUA GURUKU DI:



1) Pusat Asuhan Tunas Islam Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan (1997)

2) Tadika Qari ,Kota Bharu, Kelantan (1998)

3) Sekolah Kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan (1999-2001)

4) Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu (2001-2003)

5) Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun, Terengganu (2003-2004)

6) Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar, Dungun, Terengganu (2005)

7) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu (2005-2006)

8) Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4, Gerik, Perak (2006-2008)

9) Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan (2008)

10) Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan (2008-2009)

11) Kolej Matrikulasi Selangor, Banting, Selangor (2010-2011)

12) Universiti Malaysia Pahang, Pekan, Pahang (2011-sekarang)



“SELAMAT HARI GURU 2012”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...